Nasionalisme Akidah

Dengan Nama Allah 

Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang

Segala pujian hanya milik Allah Rabb Yang Mengatur segala urusan di dunia ini.

Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung iaitu junjungan Rasulullah saw, kaum kerabat, para sahabat, para tabieen tabiut tabieen salafus soleh ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah SWT. Satu-satunya umat yang Allah redha kerana berjaya membangunkan kuntum khaira ummah seperti mana yang Allah kehendakki.

Tajuk Nasionalisme Akidah ibu pilih untuk mengetengahkan istilah yang menjadi harapan Assyahid Syed Qutb. Beliau menulis dalam Fizilal Al Qur'an Dan ibu terbaca semasa  mentaddaburi juz 7, awal surah Al An 'am. 

Menurut ulamak muktabar yang menulis buku tersebut "Nasionalisme yang dikehendaki oleh Islam adalah Nasionalisme Akidah" . 

Di Malaysia masih lagi tebal dengan semangat Nasionalisme keMelayuan, keCinaan dan keIndiaan. Yang boleh mengubungkan ketiga-tiga bangsa hanyalah Akidah Islam.

Melayu sesama melayu sekarang berpecah belah menjadi 4 blok, iaitu BN, PN, PH dan Pejuang. Masing-masing dengan ego masing-masing cuba merebut kuasa untuk merealisasikan menifesto yang mustahil dipenuhi kecuali setelah mereka kembali kepada Al Qur'an dan Sunnah. Menjadikan Al Qur'an sebagai Perlembagaan Negara

 Kenangan pahit yang mungkin tidak dapat ibu lupakan apabila kami didakwa 'berkepala Batu' oleh mereka yang tidak faham dengan pendirian kami tidak mahu memihak mana-mana blok dalam PRU, mengamalkan dasar berkecuali kerana dalam semua blok ada saudara seiman kami. Lagipun peluang hendak mengundi memang tipis kerana nama pusat mengundi ibu  masih di Tangkak Johor. Suami pulak uzur.

Malam tadi ada meeting tergempar untuk bincangkan pendirian memilih block yang mana? Kami dari awal telah difahamkan agar memilih block yang minima ancamannya terhadap  dakwah dan tarbiyah.

Sebelum meeting dimulakan tazkirah agar mohon Allah yang pilihkan melalui solat istikhorah. Walaupun sudah ditaklimatkan untuk menentukan pilihan, terdengar suara anak muda membantah keras melalui seorang ibu yang juga sudah diracuni dengan pemikiran agak liberal di kalangan anak mudanya. Paling tersayat hati ibu apabila mereka melabel parti berkenaan sebagai 'parti pelacur' menghimpit  dan mengemis jawatan kepada block yang ada harapan akan menang. 

Pengibur utamaku di taman syurga 

Cucu Yang kerinduan kasih

Kerisauan ibu sekarang berfokus kepada pemikiran anak muda, yang mungkin agak jauh dari Al Qur'an, terlalu ikut emosi dan trend jahiliyah di luar sana. Musuh-musuh Islam pasti gembira umat Islam semakin berpecah belah dan mereka (musuh-musuh Islam) berjaya meracuni pemikiran anak muda kita . 

Budaya Lumazah (pencela) dan humazah (pengumpat) semakin membarah kini. Takutlah dengan neraka hutamah yang apinya menyala menjulang sampai ke qalbu. Ibu sempat bersama kakak dan adik bungsu  ibu mentaddaburi surah Al Humazah sebelum bercuti sebulan dari program Gema Fajar.

Kalaulah mereka dengar Tafsir surah itu, meremang bulu roma hendak memperlekehkan golongan ulamak sebagai 'menunggang agama' dan seumpamanya. La haulawala quwatta Illa Billah Aliyyil Azim.

Dua hari lepas ibu dapat panggilan telefon daripada  bekas anak murid suami semasa mengajar di Parit Saidi Batu Pahat, Johor. Beliau  memaklumkan rakan karib suami hendak hubungi bertanyakan berita yang belum sahih. Katanya anak murid yang menunaikan Umrah satu bilik dengan orang Perlis. Orang Perlis itu memaklumkan berita sedih Ustaz Omar sudah meninggal dunia. Ibu  dengarkan  suami berita itu. Suami ibu tertawa...

Malamnya suami minta tangan untuk dijabat , untuk minta maaf, saling redha... Terkenang berita yang memaklumkan dirinya "telah meninggal dunia" sambil tertawa kecil. 

Kematian amat dekat, bukan sahaja dekat dengan orang sakit, bahkan amat dekat dengan orang yang sihat, tidak kira umur, pangkat dan darjat.

Kepada semua anak menantu dan cucu-cucu, sama-samalah kita berdoa semoga Allah kurniakan kita semua kefahaman tentang Deen-Nya. Tak faham tentang Islam amat merbahaya kerana memudah diserang virus merosakkan akidah melalui 'ghazwatul fikr' (serangan pemikiran) di mana kita berperang dengan kehendak hawa nafsu yang selalu menyimpang tergoda dengan bisikan syaitan dan perangkap-perangkap Jahiliyah yang merata-rata diumpan oleh musuh-musuh Islam.

Justeru itu amat pentingnya usrah atau halaqah. Ibu hanya mampu tunjukkan contoh beberapa kali untuk cucu-cucu. Usaha selebihnya perlukan keinginanan dan kemahuan anak menantu semua, corak apa yang mereka hendak pilih mewarnai akhlak dan peribadi cucu-cucu. Jika ibu masih muda dan lincah, memang seronok aturkan program itu semasa anak-anak ibu masih kecil. Namun kini kudrat ibu semakin minima dan fokus menyantuni keuzuran suami perlukan lebih perhatian. 

Ibu hanya akan bersuara jika diperlukan oleh pihak berkenaan meneruskan kerjaya utama dalam dakwah dan tarbiyah. 

Insha'Allah Isnin, 22 November 2022, ibu habis berpantang menyantuni kepimpinan kami agar tidak terlibat dengan mana-mana program online. Dalam menangani kemelut PRU-15, suami ibu sempat berpesan,

"Perjalanan kita masih jauh, PRU-15 itu hanya satu insiden, kita berhenti seketika, dah habis PRU itu kita teruskan perjalanan menuju destinasi akhir kita iaitu kampung yang abadi"

Dalam menuju kampung abadi, amat perlukan redha Allah. Apapun yang kita lakukan di dunia ini, sebaik-baiknya mohon petunjuk dari Allah untuk memilih yang terbaik di sisi-Nya. Solat istikhorah. Hanya Allah yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita semua.

‎اللَّهُمَّ وَلِّ أُمُوْرَنَا خِيَارَنَا ، وَلَا تُوَلِّ أُمُوْرَنَا شِرَارَنَا

“Ya Allah! Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang yang terbaik di kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang yang terburuk di kalangan kami.”



Wallahu alam

La haulawala quwatta Illa Billah Aliyyil Azim 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil