Sedih Itu Nikmat

Dengan Nama Allah

Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang

Segala Puji-pujian hanya milik Allah Rabb Yang Menguasai Segala di langit dan di bumi.

Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung iaitu junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, ahli keluarga baginda, para sahabat para tabieen, tabiut tabieen, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah.

Menjelang PRU ke -15 seperti biasa memang tidak sunyi dari jadal kalami, lumazah (saling mencela) dan humazah (mengumpat). Sedih dan ngeri rasanya setelah mendengar taddabur surah Humazah tentang 'neraka hutamah', apinya menjulang membakar hingga ke qalbu. Qalbu adalah punca segala kerosakan yang mengundang musibah yang tidak putus-putus.

 Salah satu faktor yang menyebabkan ibu menyepikan diri adalah suasana yang merosakkan akidah iaitu budaya mereka yang seronok saling mencela dan mengumpat. Nauzubillahi min zalik.

Alhamdulillah, mujur ibu dari awal mendapat tarbiyah madrasah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam sudah difahamkan bahawa sistem pentadbiran Islam tidak mungkin dapat diwujudkan melalui sistem Demokrasi, politik kotor yang diperkenalkan oleh musuh-musuh Islam, supaya umat Islam sentiasa berpecah belah. 

Tertusuk di lubuk qalbu ibu sangkaan baik, bahawa umat Islam di Malaysia suatu hari, Insha Allah pasti bersatu jika mereka kembali memahami kandungan  Al Qur'an dengan kefahaman dan kesedaran yang sebenarnya. Perlu ada seorang pemimpin yang berani mengubah sistem korup yang sudah melebihi 60 tahun. 

Sudah nampak ada calonnya, yang asalnya ditakuti oleh kaum Cina, akhirnya mereka@Cina terpaksa menumpang Karisma tokoh tersebut dalam PRU-15. Ibu harap 'perpecahan' yang ditunjukkan oleh parti lawan hanya sekadar gimik atau lakonan semata -mata untuk menaikkan tokoh itu dengan mengelabui mata para musuh Islam. Insha'Allah semoga Allah permudahkan tokoh ini menjalin semula silaturahim selepas PRU15. Ibu tidak menyokong partinya, hanya kagumi ketokohannya. Semoga Allah permudahkan perjalanannya mengubah sistem jahiliyah kepada sistem Islam seperti mana yang Allah kehendaki dalam semua aspek kehidupan.

Di mana-mana group yang bergaduh pasal politik, ibu akan ingatkan agar mereka berdamai atas dasar akidah. Ini hikmahnya ibu cuti sebulan dari Gema Fajar, demi menjaga ukhuwahfillah. Wujudkan model kesatuan akidah, kesatuan pemikiran dan kesatuan Amal.

Dalam usrah Amal di sini hari Khamis lalu ibu agak tersentuh dengan penyampaian Ustazah KH menceritakan kisah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam sentiasa diuji bertubi-tubi dengan kesedihan sepanjang kehidupan sejak kecil, ketika diangkat menjadi Rasul, 13 tahun di Mekah Dan 10 tahun di Madinah hinggalah kewafatannya. 

Salah seorang veteran kami yang berpengalaman dalam tarbiyah membenarkan ketika membuat rumusan di hujung usrah "sorrow is our 'teman hidup' ". 

Selepas mendengar rumusan keseluruhan itu baharu ibu tersedar memang sedih adalah keperluan agar fokus kita mengharapkan belas kasihan Allah adalah 100% dan latih diri merdeka dari mengharapkan belas kasihan makhluk atau selain Allah. 

Subhanallah, amat terkesan mendengar pengisian tarbiyah yang menghidupkan jiwa. Kesan dapat bersemuka Manis rasanya. Setakat ini program bersemuka ibu ajak mereka buat di rumah agar mudah ibu menyambil merawat suami.

Sebab itu baginda pernah bersabda "Kalau kalian tahu apa yang aku tahu, pasti  kalian akan bànyak menangis Dan sedikit tertawa"

Hikmahnya hidup di dunia ini sebenarnya lebih nikmat jika kita bànyak bersedih, sedih dengan dosa-dosa kita, sedih dengan kelemahan kita tidak mampu persembahkan ibadah yang terbaik hanya untuk Allah. Sedih dengan keupayaan diri semakin melemah takut menyusahkan orang lain

Minggu lepas ibu ditipu oleh penjual transfer wheels chairs for OKU, jualan online melalui Lazada. Harganya hampir RM 2,000. Item itu dihantar segera, Ahad oder, Selasa dah sampai dalam keadaan kotak buruk, barang dah terpakai dan ada kerosakan bahagian motornya. Sedih kerana tertipu tapi Alhamdulillah boleh kawal marah. Ibu ambil gambar dan adukan kepada Allah dahulu agar mereka kembalikan duit sahabat kami kemudian report secara online kepada Lazada. Ibu berdoa semoga Allah permudahkan dapat kembali duit tersebut. Tiga hari Lazada siasat akhirnya, mereka setuju barang itu dikembalikan segera kerana kesalahan pihak penjual menghantar barang berharga dengan kotak berisiko menyebabkan kerosakan



Kesedihan perlu berulang dalam kehidupan bagai roda, ada masa berada di atas, dan banyak masa berada di bawah. Lumrah kehidupan bahawa hidup ini tidak selalunya indah, kesedihan itu yang mengindahkan pengalaman agar kitacsentiasa dekat dengan Allah SWT.


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil