Pendirianku Menjelang PRU ke-15
Siapa yang layak jadi PM ke-10?
Sebahagian besar rakyat Malaysia amat ghairah cuba berkempen untuk memenangkan calon pilihannya. Ibu perhatikan Melayu sesama melayu yang beragama Islam berpecah belah. Impian penjajah sejak sebelum tahun 1957 sudah tercapai.
Sekali lagi ibu kongsikan keyakinan bahawa Islam tidak akan tertegak di atas sistem Demokrasi. Perlu ikut sistem madrasah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam dan para sahabat lebih 1444 tahun yang lalu. Boleh dengar ceramah Ustaz Budi Ashari tentang seerah Nabawiyah tertegak ya Daulah Islam yang pertama di Madinah.
Istiqomah dengan dakwah dan tarbiyah, Insha'Allah Daulah Islam tertegak dalam qalbu setiap Muslim, maka akan tertegak Daulah Islam di bumi.
8 hari lagi, mudah-mudahan Negara kita akan mencipta sejarah, dapat keluar dari belenggu 'basi' pemimpin merompak dan menyamun Wang rakyat. Semoga harapan ini menjadi kenyataan. Insha'Allah
Dalam mengendalikan halakah, seorang sahibah yang terlalu sibuk (usahawanita) sempat hadir dan menyuarakan perjalanannya untuk mengubah diri dan keluarga. "Hanya orang yang sudah melalui penderitaan sahaja yang tahu nikmatnya bersyukur..."
Ya, betul juga pandangannya walaupun pandangannya berfokus dalam aspek ekonomi rumah tangganya.
Ibu pernah menulis artikel tentang Tun Perak semasa DSAI dipenjarakan zaman Dr.Mahadir menjadi PM kerana berani menegur para pemimpin korup. Jarang sekali orang yang sentiasa ditekan dan dihambat oleh musuh-musuhnya bangkit kembali untuk membela nasib rakyat.
Pengalaman Nabi Yusuf dapat beliau rasai dan mematangkan pengalamannya tentang hakikat kehidupan dan sepak terajangnya. Sila dengar pandangan yang bernas dari link berikut:
Insha'Allah akan sampai zaman kegemilangan Malaysia di tangan beliau dengan izin Allah. Rakan non Muslim yg bergabung dengan parti itu sudah menikus kerana kesilapan yang dilakukan selama 22 bulan diberi peluang mentadbir Malaysia. Semoga mereka terus menikus dan sentiàsa mencari peluang belajar tentang mukjizat Al Qur'an dan diberi taufik dan Hidayah di atas kesungguhan mereka mencari kebenaran.
Alhamdulillah, tahun ini ibu tidak dapat mengundi kerana pusat mengundi ibu di Tangkak Johor. Suami lebih memerlukan ibu berada di sisinya. Insha'Allah hilang satu undi, tidak akan mengalahkan calon yang Allah izin layak memimpin bumi Malaysia.
![]() |
Putera Khassah menyantuni murabbinya |
Nikmatnya apa sahaja ujian yang Allah kurniakan selagi ada niat jihad fisabilillah. Kerana Allah, ikut redha menyantuni keuzuran suami selagi hayat dikandung badan. Alhamdulillah, bànyak urusan ibu, Allah permudahkan, semuanya dalam rangka untuk beribadah hanya kepada-Nya.
Paling penting, sejak ada bantuan anak jiran bernama Khubaib dibantu oleh pelajar Khassah, permudahkan ibu kirimkan sedekah Subuh setiap pagi. Alhamdulillah syukur di atas nikmat yang Allah kurniakan.
Comments
Post a Comment