Posts

Showing posts from September, 2019

Kematian Yang Menghidupkan Jiwa

Image
Ahad, 29 September 2019  sebaik sahaja selesai mengedit  bab 7 (Penutup)  buku '30 Tahun Dalam Naungan Tarbiyah,' selepas  Zohor ibu mula bersiap menghadiri Usrah Amal di rumah pengerusi Haluanita Perlis. Walaupun sebelum Subuh panggilan jihad  ke usrah dimaklumkan,  Alhamdulillah semua ahli dapat  hadir kecuali seorang berada di luar Perlis. Tepat jam 3.00 petang program bermula. Tidak lama selepas kami bertadarus  surah Al Waqiah, ibu dikejutkan oleh deringan telefon dari Johor memaklumkan  berita yang sangat menyedihkan. Bergenang air mata, seolah-olah peristiwa itu berlaku di hadapan mata. Tidak lama kemudian mendapat 'whatsapp' dari sahibah Kelantan memaklumkan berita menantunya  meninggal dunia di Johor dan beliau sempat  e-mail bab 5 dan 6 yang telah diedit. Sepanjang usrah  ibu tidak boleh  nak focus, kesedihan mulai bertakhta dan jiwa ibu berada di Johor ingin memujuk ibu-ibu tunggal yang terkejut mendengar berita kemalangan yang tidak disangka-sangka. Sila ba

Mukhayyam Melahirkan Ukhuwwah Sejati

Image
Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah dalam banyak kekangan  yang menyekat pergerakan, Allah izinkan juga ibu dapat hadiri Mukhayyam Haluanita cawangan Perlis di Kem Wang MU. Program dikendalikan oleh pasangan suami isteri berusia  40-an yang telah menginfak@ wakafkan segalanya bahkan nyawa  mereka  untuk kerja-kerja dakwah dan tarbiyah. Isterinya bekas guru  Kimia mewarisi penyakit keturunan dengan masalah saraf mata menjadi buta  secara perlahan-lahan.   Alhamdulillah, walaupun masih muda, keikhlasannya amat dikagumi... Walaupun dalam keadaan lebih 90% buta, tidak menghalang beliau bergading  bahu menjayakan wawasan akhirat kami. Anak-anaknya menjadi mata-mata yang sentiasa ingin mempermudahkan urusan  ibunya. Allah..., malunya kita di hadapan Allah...kita yang  celik dan sihat mata meletakkan 1001 alasan, tidak mahu hadir pelbagai program yang telah disusun atur  untuk meningkat kualiti iman,ibadah kita hanya untuk-NYA.  Ketika sesi gotong royong, ibu mohon izin dari urusetia