Wednesday, 30 July 2014

Menjana Kekuatan Ummah

Sebulan Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan nikmat yang amat kita syukuri kerana nikmat berpuasa kali ini banyak mendoakan kemenangan untuk Islam seluruh dunia khususnya perang di Gaza menentang Regim Zionis yang menduduki tanah Palestine secara haram. Tanah Palestine adalah tanah wakaf umat Islam sedunia dan seluruh umat Islam wajib mengambil bahagian untuk membebaskannya dari cengkaman Israel laknatullah.Sebaik-baik bantuan adalah bersama mereka di medan jihad, menaja dan selamatkan anak-anak yang menjadi mangsa kezaliman. Minima bantuan yang boleh kita sumbangkan adalah terus doakan kejayaan mereka tanpa mengenal erti jemu dan putus asa.

Iftar hari terakhir Ramadhan di Masjid Shah Alam

Bagi meraih kemenangan secara berterusan, kita perlu jadikan 11 bulan lagi dengan syuur, merasai seperti  berada di bulan Ramadhan..teruskan pesta ibadah dengan istiqomah puasa  6 hari di bulan Syawal, puasa Isnin Khamis setiap minggu, puasa 3 hari putih setiap bulan. 13-15 haribulan Hijrah dan banyak lagi puasa sunat diamalkan oleh Rasulullah saw terutama di hari Arafah, 9 Zulhijjah bagi umat Islam yang tidak menunaikan Haji.

Solat berjemaah secara istiqomah di masjid dan surau bagi kaum lelaki terutama solat Subuh..Sering bersama sahabat pejuang di majlis ilmu dan amal Jama'ie untuk merasai syuur jihad semasa dalam program mingguan dan bulanan, fikirkan selau bagaimana hendak melengkapi kekurangan yang ada..jangan jadi racun hanya sekadar mengkritik dan komen kemudian tinggalkan medan jihad seperti seorang pengecut yang mementingkan periuk nasi sendiri..
Ribuan malah jutaan graduan TAQWA telah dilahirkan dalam bulan Ramadhan, seharusnya semakin bersemangat kita saling menguatkan dan mengukuhkan kekuatan  diri, keluarga dan ummah seluruhnya. Jika masih ada unsur-unsur permusuhan, mementingkan diri dan masih selesa menyalahkan serta mengintai kelemahan pihak lain bermakna mereka telah gagal dalam ujian pembentukan diri menjadi graduan Taqwa sepanjang berada dalam madrasah@ universiti Ramadhan. Sebulan berpuasa hanya berlapar dan dahaga tanpa sedikitpun berjaya dalam proses pembersihan jiwa. Perlu mujahadah lebih kuat melawan nafsu dalam 11 bulan di mana syaitan sentiasa 'attack' dan iringi kehidupan insan yang tidak mahu bertaqwa seperti yang terkandung dalam surah az Zukhruf: 36-37 yang bermaksud:
36. "Dan barang siapa tidak mengendahkan pengajaran Allah yang Maha Pemurah (al-Quran) , Kami biarkan syaitan (menyesatkannya) dan menjadi teman karibnya (Qarin)"

37. "Dan sesungguhnya mereka (syaitan-syaitan itu) benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedangkan mereka menyangkav bahawa mereka mendapat petunjuk"

Sepanjang Ramadhan kita hanya perlu tundukkan Nafsu untuk meng
alahkan  syaitan sepanjang 11 bulan yang lain

Friday, 18 July 2014

Inspirasi Cinta Dari-NYA


Para  bakal  graduan  Taqwa  dirahmati Allah. 
Ramadhan Kareem  dan   Salam Jumaat  penuh  Barakah


Nasyid di atas  merupakan  sajak As Syahid Syed Qutb menjadi sumber inspirasi sepanjang perjuangan agar kita wariskan sesuatu untuk ummah sebelum sampai masa kita transit  di alam barzakh. Tahun 1990, semasa menjalani pembedahan, rohku pernah melayang ke satu alam yang sangat dirindukan...Ku merayu hingga menangis  nak masuk ke alam itu, tetapi tidak dibenarkan. Menangis sungguh-sungguh tak mahu balik selagi tidak dapat masuk ke alam itu..Sampai doktor yang jalankan pembedahan bertanya "kenapa menangis?"..Baru tersedar aku belum layak masuk ke alam tersebut.. 24 tahun selepas itu , fahamlah hikmahnya Allah izin  ada misi yang perlu diselesaikan, sebelum rohku terbang mendapatkan rindunya..Wallahu 'alam

Alhamdulillah sehingga ke saat ini Allah masih beri kita peluang untuk kita tingkatkan kualiti ubudiyyah hanya untuk-NYA. Sama-samalah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat  Allah  SWT  yang masih memberi peluang kita bernafas dan jantung masih berdenyut untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba-NYA  di bulan Rahmat, bulan Keampunan dan bulan kita dibebaskan dari api neraka.. Betapa kasihnya  Allah kepada  kita semua, adakah kita menghargainya? 

Subhanallah, Allah SWT  hamparkan di permukaan bumi berserta apa yang ada pada diri kita berupa penglihatan, pendengaran, lisan , tangan, kaki dan pemikiran bertujuan  untuk memuliakan hal yang dimuliakan oleh Allah, bukan memuliakan hal yang hawa nafsu kita suka tetapi mengundang murka-NYA. Di waktu mana sekalipun, sebenarnya waktu adalah milik Allah, untuk Allah dan perlu dikembalikan kepada Allah. Dan setiap detik kehidupan, kita  akan dipersoalkan oleh Allah . Pertanyaan itu PASTI  datang kepada setiap yang hidup. 

Kita selaku umat Nabi Muhammad SAW seharusnya menghargai dan merebut peluang ‘bonus’ malam Lailatul Qadr tapi sayangnya setiap tahun sebelum, semasa dan selepas Ramadhan majoriti umat Islam masih seronok bermaksiat kepada Allah.Siapakah  yang akan memberi syafaat kepada kita para pendosa yang sombong tidak mahu mengambil peluang yang cukup berharga ini di Akhirat  nanti,  kalau bukan Nabi Muhammad SAW???. Hal ini yang perlu kita tangisi hingga ke lubuk  hati dan sama-sama kita berdoa semoga Allah  segera  menginsafkan   para pendosa ini  agar  tidak memalukan umat Muhammad SAW. 

Belum lagi reda Israel mengganas di Gaza dan MH370 yang ghaib, ada lagi  isu baru. Sebelum Subuh kita dikejutkan dengan dua berita yang menggemparkan. Berita benar MAS  MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu 'Missiles' ketika di sempadan Ukraine dan Rusia. 295 penumpang maut. Innalilahi wainna illaihi roji'un. Berita palsu atau khabar angin disebarkan oleh mereka yang anti TGNA menyatakan TGNA telah meninggal dunia. Astaghfirullah al 'Azim..tergamak di bulan mulia  ini mereka melakukan pembohongan seperti ini..Apakah hikmahnya di sebalik kedua-dua  berita ini? Semuanya  berkaitan dengan krisis nilai di kalangan pemimpin  yang bergelar 'Muslim' 
Mungkinkah petanda Allah beri kita peluang sama-sama berdoa secara kolektif , bersatu hati bersepakat sesama pemimpin Islam dalam semua organisasi..sepanjang 10 akhir Ramadhan? Tidak ada apa yang nak dibanggakan jika  kita enggan bersatu hati..Muhasabah diri, tundukkan ego, rendahkan hati kerana Allah semata-mata. Bila lagi nak buang semua  karat-karat  jahiliyah yang menjadi  penghalang  kesatuan ummah  jika tidak sekarang?

Mudah-mudahan semua berita yang tidak menyenangkan ini menginsafkan kita semua kembali kepada Islam yang sebenarnya. Islam yang lengkap dan menyeluruh (Syamil dan Kamil). Sistem Tarbiyyah Islam Harakiyyah  yang terbukti mampu  membina dan membentuk insan Rabbani. Doa dari mereka  yang memilikki syuur Insan Rabbani yang tulen sahaja yang boleh membinasakan segala kebatilan dan memenangkan al HAQ (kebenaran) dari sekecil-kecilnya  dalam diri, keluarga, masyarakat  dan dalam kepimpinan negara  dan  dunia Islam umumnya.Semoga Islam menang di mana jua berkat doa  mereka..

Subhanallah, begitu pantasnya  masa berlalu, kita sudah masuk fasa ketiga Ramadhan merupakan kemuncak kemeriahan Pesta  Ibadah, pesta  perayaan malam ulangtahun turunnya  wahyu. Ulang tahun ke 1448 (13 tahun di Madinah + 1435 tahun Hijrah bermula di Madinah) . Menurut Dr Abdul Hayel pesta mempamerkan  takdir  Allah kepada semua  manusia. 

Betapa  indahnya pesta  ulang tahun ini hanya dirasai oleh mereka  yang Allah pilih kesan  daripada  tarbiyyah keimanan untuk  benar-benar  membersihkan jiwa  dari  segala karat-karat jahiliyyah hingga  nafsu  hanya  tunduk dan patuh kepada semua yang  Allah aturkan tanpa sebarang sungutan dan kesombongan. Hayati  dengan sebenarnya  hakikat   sabar, ikhlas, redha dan pasrah seperti  yang dicontohkan  dalam Al-Qur'an... baru akan terasa betapa manisnya mendapat  surat  cinta  dan sumber inspirasi dari Allah SWT.

Hayati keindahan sabarnya Nabi Yusof dan ayahnya Nabi Yaacub saling mendoakan selama 40 tahun setelah terpisah. Ikhlasnya nabi Ismail menyerah diri untuk disembelih dan redha ayahnya Ibrahim patuh menerima perintah dari Allah. Pasrahnya  nabi Ayob terima sakit, hilang harta, anak isteri meninggalkannya tapi tidak pernah mengeluh atau bersungut. 
Tabahnya Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, akhirnya akur dengan takdir Allah, isterinya nusyuz  dan anak derhakanya dihanyutkan   dalam banjir besar.

Pasrahnya Asiyah isteri Firaun walaupun hidup mewah dalam istana tetapi tak pernah sombong kepada Allah, bahkan merindui Allah dengan doa "ya Allah binalah sebuah istana untukku di sisi-MU dalam syurga"
Redhanya Siti  Hajar ditinggalkan di padang pasir kering kontang bersama anaknya yang masih bayi bahkan memotivasi suaminya "Kalau ini adalah perintah dari Allah, maka  Allah tidak akan mempersia-siakan kami, doakan kami..."  Ini di antara  kesan Tarbiyah dari Allah menghasilkan insan yang Rabbani sentiasa  khusyuk  dan Tawadhuk, akur  dengan apa saja  yang Allah aturkan untuk mereka.

Khudwah  hasanah insan Rabbani  memang  banyak dalam seerah. Peluang untuk mencapainya sentiasa  terbuka melalui 'bonus' anugerah  dari Allah SWT yang amat  istimewa bagi bakal-bakal graduan TAQWA mendapat keuntungan 1000 %(seribu peratus) di sisi-NYA di dunia mahupun di akhirat nanti.

Menyentuh keberkatan Lailatul Qadr, sejak dahulu ibu memang suka merujuk Tafsir Ustaz Quraisy Shihab, salah seorang  murabbi yang ikhlas  dan tidak 'demand'  untuk berkongsi ilmu. Menurut  beliau, kalau  dalam surah  Iqra' Nabi Saw dan  kaum Muslimin  diperintahkan untuk membaca  Al-Quran, maka wajar jika surat Al-Qadar  ini  berbicara  tentang   turunnya   Al-Quran,   dan  kemuliaan malam yang terpilih sebagai malam Nuzul Al-Quran.

Bulan  Ramadhan  memiliki  sekian  banyak  keistimewaan, salah satunya adalah Lailatul-Qadar, suatu malam yang  diiktiraf  oleh Al-Quran "lebih baik dari seribu bulan."

Yang  pasti  dan  harus diimani oleh setiap Muslim berdasarkan  pernyataan Al-Quran  bahawa,  "Ada  suatu  malam  yang  bernama  Lailatul-Qadar,  dan bahawa malam itu adalah malam yang penuh  berkah, di mana dijelaskan atau ditetapkan segala urusan besar
dengan penuh kebijaksanaan."

Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) pada suatu   malam, dan sesungguhnya Kamilah yang memberi   peringatan. Pada malam itu dijelaskan semua urusan yang penuh hikmah, iaitu urusan yang besar di sisi Kami (Surah Al-Dukhan [44]: 3-5).

Malam tersebut terjadi pada bulan Ramadhan, kerana kitab  suci menginformasikan bahawa ia diturunkan Allah pada bulan Ramadhan (QS Al-Baqarah [2]: 185) serta pada malam Al-Qadar (QS Al-Qadr[97]: l).

Malam  tersebut  adalah  malam  mulia.  Tidak  mudah diketahui  betapa besar kemuliannnya. Hal  ini  disyaratkan  oleh  adanya "pertanyaan" dalam bentuk pengagungan, iaitu:
      Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? (QS  Al-Qadr [97]: 2)
Tiga belas kali kalimat 'ma  adraka'  terulang  dalam  Al-Quran sepuluh  di  antaranya  mempertanyakan  tentang kehebatan yang berkait dengan hari  kemudian,  seperti:  'Ma  adraka  ma  yaum al-fashl',  dan sebagainya. Kesemuanya merupakan hal yang tidak
mudah  dijangkau  oleh  akal  fikiran  manusia,  kalau  enggan berkata  mustahil  dijangkaunya. Tiga kali lagi  'ma adraka' adalah:

     Tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari itu?  (QS Al-Thariq [86]: 2)
    
     Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu?   (QS Al-Balad [90]: 12)
    
     Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? (QS  Al-Qadr [97]: 2)

Pemakaian kata-kata 'ma adraka' dalam Al-Quran berkaitan  dengan  objek  pertanyaan  yang menunjukkan hal-hal yang sangat hebat  dan sukar  dijangkau  hakikatnya  secara  sempurna  oleh  akal  fikiran manusia.

Kata qadar sendiri paling tidak digunakan untuk tiga arti:

1.  Penetapan dan pengaturan sehingga Lailat Al-Qadar difahami sebagai malam penetapan Allah bagi perjalanan  hidup  manusia. Pendapat  ini  dikuatkan  oleh firman Allah
dalam surat Ad-Dukhan ayat 3 yang disebut di atas. (Ada  ulama  yang  memahami  penetapan  itu  dalam batas setahun). Al-Quran  yang turun pada malam Lailatul-Qadar,  diartikan  bahawa  pada  malam  itu  Allah  Swt.  mengatur dan menetapkan khiththah dan
strategi bagi Nabi-Nya Muhammad Saw.,  guna  mengajak  manusia kepada  agama  yang  benar, yang pada akhirnya akan menetapkan perjalanan sejarah umat manusia baik sebagai  individu  mahupun  kelompok.

2.   Kemuliaan.   Malam  tersebut  adalah  malam  mulia  tiada bandingnya. Ia mulia kerana terpilih  sebagai  malam  turunnya Al-Quran,  serta  kerana  ia  menjadi  titik tolak dari segala  kemuliaan yang dapat diraih. Kata  qadar  yang  berarti  mulia ditemukan  dalam surat Al-An'am (6): 91 yang berbicara tentang  kaum musyrik:

Mereka itu tidak memuliakan Allah dengan kemuliaan yang  semestinya, tatkala mereka berkata bahawa Allah tidak  menurunkan sesuatu pun kepada masyarakat.

3. Sempit. Malam tersebut adalah  malam  yang  sempit,  kerana  banyakuya malaikat yang turun ke bumi, seperti yang ditegaskan dalam surat Al-Qadr:

Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Ruh  (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala  urusan.

Kata qadar yang berarti sempit digunakan Al-Quran dalam surat Ar-Ra'd (13): 26:

 "Allah melapangkan rezeki yang dikehendaki dan  mempersempit (bagi yang dikehendaki-Nya)"

Ketiga arti tersebut  pada  hakikatnya  dapat  menjadi  benar, kerana  bukankah  malam tersebut adalah malam mulia, yang bila  diraih maka ia menetapkan masa depan manusia, dan  bahawa  pada  malam  itu  malaikat-malaikat  turun ke bumi membawa kedamaian
dan  ketenangan.  Namun  demikian,  sebelum  kita  melanjutkanbahasan  tentang  Laitat  Al-Qadar,  maka terlebih dahulu akan  dijawab pertanyaan tentang kehadirannya  adakah  setiap  tahun  atau  hanya  sekali, yakni ketika turunnya Al-Quran lima belas abad yang lalu?
  
Majoriti  ulama berpegang kepada teks ayat Al-Quran, serta sekian banyak  teks
hadis  yang  menunjukkan  bahawa  Lailat  Al-Qadar  terjadi pada setiap bulan Ramadhan. Bahkan  Rasululllah  Saw.  menganjurkan  umatnya  untuk  mempersiapkan  jiwa menyambut malam mulia itu, secara khusus pada  malam-malam  ganjil  setelah  berlalu  dua  puluh Ramadhan.

Persoalan penting sekali!!!
Apakah bila Lailatul-Qadar hadir, ia akan menemui setiap  orang yang terjaga (tidak tidur) pada malam kehadirannya  itu?
Tidak  sedikit  umat  Islam  yang  menduganya  demikian. Namun  dugaan itu agak keliru, kerana hal itu  berarti bahawa yang memperoleh keistimewaan adalah yang terjaga
baik untuk menyambutnya mahupun tidak.  Di  sisi  1ain  berarti  bahawa   kehadirannya   ditandai  oleh  hal-hal  yang  bersifat  kebendaan yang  tidak dapat dipertanggungjawabkan kesahihannya.

Meskipun  tanda-tanda kebendaan dirujuk maka  takkan ditemui  oleh  orang-orang  yang
tidak    mempersiapkan   diri   dan   menyucikan   jiwa   untuk  menyambutnya. Air dan minyak tidak mungkin  akan  menyatu  dan  bertemu.  Kebaikan  dan  kemuliaan yang dihadirkan oleh Lailatul-Qadar tidak mungkin akan diraih  kecuali  oleh  orang-orang  tertentu  saja.  
Tetamu  agung  yang  berkunjung ke satu tempat, tidak akan datang menemui setiap orang di lokasi itu, walaupun  setiap  orang  di sana menantinya. Bukankah ada orang yang sangat rindu atas  kedatangan  kekasih,  namun  ternyata  sang kekasih tidak sudi menemuinya?

Demikian  juga  dengan  Lailatul-Qadar.  Itu  sebabnya bulan  Ramadhan menjadi bulan yang amat  dinantikan kehadirannya, kerana bulan  ini  adalah  bulan penyucian jiwa sehingga ia diduga  oleh Rasul datang pada sepuluh malam terakhir bulan  Ramadhan.
Kerana,  ketika  itu,  diharapkan  jiwa  manusia yang berpuasa  selama dua puluh hari sebelumnya telah mencapai  satu  tingkat kesedaran  dan  kesucian  yang  memungkinkan  malam  mulia itu  berkenan  untuk mengunjunginya, dan itu pula sebabnya  Rasul  Saw.
menganjurkan sekaligus mempraktekkan i'tikaf (berdiam diri dan merenung di masjid) pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.

Apabila jiwa telah siap, kesedaran telah  mulai  bersemi,  dan Lailatul-Qadar  datang  menemui seseorang, ketika itu, malam kehadirannya menjadi saat qadar dalam  arti,  saat  menentukan  bagi  perjalanan sejarah hidupnya di masa-masa mendatang. Ketika itu, bagi yang  bersangkutan  adalah  saat  titik  tolak  guna  meraih  kemuliaan  dan  kejayaan hidup di dunia dan di akhirat kelak. Dan sejak saat itu, malaikat akan turun guna  menyertai
dan  membimbingnya  menuju  kebaikan  sampai  terbitnya  fajar  kehidupannya yang baru kelak  di  hari  kemudian.  

Syaikh  Muhammad 'Abduh, menjelaskan pandangan Imam Al-Ghazali  tentang kehadiran malaikat dalam diri manusia. 'Abduh  memberi  ilustrasi berikut:

" Setiap orang dapat merasakan bahawa dalam jiwanya ada  dua macam bisikan, baik dan buruk. Manusia sering  merasakan pertarungan antara  keduanya, seakan apa yang  terlintas dalam fikirannya ketika itu sedang diajukan  ke satu sidang pengadilan. Yang ini menerima dan yang  itu menolak, atau yang ini berkata lakukan dan yang itu  mencegah, sampai akhirnya sidang memutuskan sesuatu" 

Yang  membisikkan  kebaikan  adalah  malaikat,   sedang   yang  membisikkan  keburukan  adalah  syaitan  atau paling tidak, kata 'Abduh, penyebab adanya bisikan tersebut adalah malaikat  atau  syaitan.  Turunnya malaikat pada malam Lailatul Al-Qadar menemui  orang yang mempersiapkan diri  menyambutnya,  menjadikan  yang  bersangkutan  akan  selalu  disertai  oleh  malaikat. Sehingga  jiwanya selalu terdorong  untuk  melakukan  kebaikan demi kebaikan, dan  dia  sendiri  akan  selalu merasakan salam (rasa aman dan damai) yang tak terbatas bukan sahaja  sampai fajar malam  Lailatul-Qadar, bahkan   sampai  akhir  hayat menuju fajar kehidupan baru di hari  kemudian kelak.
Set up dan Tune in hingga  terasa manisnya  syurga dunia~ Hati yang tenang

Di atas telah di kemukakan bahawa Nabi Saw. menganjurkan sambil  mengamalkan  i'tikaf  di  masjid  dalam  rangka perenungan dan penyucian jiwa. Masjid adalah tempat  suci.  Segala  aktiviti  kebajikan   bermula   di  masjid.  Di  masjid  pula  seseorang diharapkan merenung  tentang  diri  dan  masyarakatnya,  serta dapat  menghindar  dari  hiruk pikuk yang menyesakkan jiwa dan  fikiran guna memperoleh tambahan  pengetahuan  dan  pengkayaan  iman.  Itu  sebabnya  ketika  melaksanakan i'tikaf, dianjurkan  untuk  memperbanyak  doa  dan  bacaan  Al-Quran,  atau  bahkan  bacaan-bacaan lain yang dapat memperkaya iman dan takwa.

Nabi Saw mengajak ahli keluarga  dan para sahabat  beriktikaf   pada sepuluh hari dan malam terakhir bulan  puasa.  Di  sanalah  beliau  bertadarus  dan  merenung  sambil berdoa.  Salah satu doa yang  paling  sering  beliau  baca  dan  hayati
maknanya adalah:

 “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebajikan  di dunia dan kebajikan di akhirat, dan peliharalah kami   dan siksa neraka” (QS Al-Baqarah [2]: 201).

Doa ini bukan  sekadar  berarti  permohonan  untuk  memperoleh  kebajikan  dunia  dan kebajikan akhirat, tetapi ia lebih-lebih  lagi bertujuan untuk memantapkan langkah dalam berupaya meraih kebajikan yang dimaksudkan. Doa mengandung erti permohonan yang disertai  usaha.  Permohonan  itu  juga  berarti  upaya  untuk menjadikan  kebajikan  dan  kebahagiaan  yang  diperoleh dalam kehidupan dunia ini  amat berkait rapat dengan Akhirat kelak. Teks penuh Dr Quraisy Shihab boleh rujuk link  berikut;

Penghalang-penghalang meraih keberkatan Lailatul Qadr

"Susahnya nak bangun Tahajjud" . Terdengar aduan seorang ibu veteren yang lebih berpengalaman melayari bahtera  kehidupan. Serba serbi kehidupannya serba lengkap dan setiap hari dapat berdamping dengan al-Qur'an sebagai murabbiyah. Di mana silapnya?. Sudah bertahun-tahun  hal ini berulang  dan mohon Allah tunjukkan  di mana silapnya. 
"Ada tak pengalaman-pengalaman pahit seperti kebencian, kesal, tak redha sentiasa mengiringi kehidupan puan?" Seharian dan semalaman  ibu itu fikirkannya  dengan tujuan untuk  melupuskannya  sebelum Allah jemput kita  kembali ke Rahmatullah. Besar harapan ibu agar  semua dapat  rasa  nikmatnya  kemanisan  bulan Ramadhan. Jika  masih  ada rasa negatif itu bersarang berpuluh-puluh tahun dalam diri menunjukkan petanda  'gagal' atau tak lulus dengan ujian Qadha  dan Qadr Allah.


Alhamdulillah selepas membuat keputusan 'melupuskan' segala kenangan  pahit  dengan redha dan pasrah baru ada kesan mudahnya  bangkit Tahajjud. Nak berdamping  dengan Allah mesti dengan 'husnul zhon' sebaik-baik sangkaan kepada  semua Qadha  dan Qadr Allah.

Hidup ini sungguh  indah jika semua manusia ikut saja apa yang Allah aturkan tanpa sebarang sungutan  atau complain

Luahan hati ibu ingin  share, jika ada yang sudi  nak terima dan cuba sama-sama  hayati hakikat ikhlas  dan pasrah. 
"Mana boleh, kita mesti capai apa yang patut  capai. Macam-macam yang kita kena capai.." Respon salah seorang ibu yang lebih berpengalaman berpuluh tahun dalam pentadbiran  kerajaan .  Kadang-kadang cara kita berdoa  juga menyebabkan kita 'gagal'  dalam ujian mendapat Redha Allah..
Semasa  berdoa, muhasabah selalu  "Nak capai apa yang kita mahu atau minta Allah permudahkan kita capai yang DIA nak beri?" 
Bila kita doa mohon Allah kurniakan apa yang kita  nak, belum tentu doa itu Allah suka atau redha. Maka dari situlah datangnya 'stress' bila kita  diuji tak dapat capai apa yang kita mahu... Cubalah sempena Ramadhan yang 'mungkin kali terakhir'  buat kita semua, ubah paradigm mohon Allah kurniakan yang terbaik  untuk kita di sisi-NYA setelah  berpuluh-puluh tahun kita seolah-olah mengarah dan mengajar  Allah penuhi apa yang kita mahu.  Teguran ini untuk peringatkan  diri ibu  sendiri  dan berkongsi kepada semua insan tersayang dan tercinta walaupun jauh di mata tetapi masih dekat di hati. Berkorban apa saja agar semua  dapat rasa  nikmatnya  jika kita pasrah ikut  apa yang Allah aturkan. 


Artikel yang agak menarik tentang  tafsir  Lailatul Qadr, boleh rujuk link http://www.drhayei.com/2010/07/tafsir-surah-al-qadr-ayat-1-5.html



Tuesday, 15 July 2014

Kelembutan Doa Qunut Yang Menyentuh Hati


Bacaan  Qur'an  Syeikh Mishary Rashed amat menyentuh hati, begitu  juga  doanya...
Manfaatkanlah doa  berikut  sepanjang  Ramadhan di waktu-waktu  mustajabnya  doa..Mudah-mudahan kemenangan Islam  di Palestine  dan di negara  umat Islam tertindas  lebih terserlah berkat doa yang tulus ikhlas  dilantunkan  sepenuh  hati  dari  semua  umat  Islam  yang hanya mengharapkan belas kasih dan  redha Allah  semata-mata.

Ya Allah segala  Puji-pujian  hanya  milik-MU
Engkaulah cahaya langit dan bumi
Segala  Puji-pujian  hanya  milik-MU
Engkaulah  pendiri  langit  dan  bumi
Segala  Puji-pujian  hanya  milik-MU
Engkaulah  Rabb   langit  dan  bumi
Berserta   segala  yang   ada  di dalamnya
Engkaulah yan Haq (Maha  Benar) dan janji-MU adalah benar
dan berjumpa dengan-MU adalah suatu  kebenaran
dan syurga-MU  adalah benar dan neraka-MU adalah benar 
dan hari Kiamat itu adalah benar
Ya Allah kepada-MU kami berserah diri 
dan kepada-MU kami beriman 
dan kepada-MU kami bertawakkal 
dan kepada-MU kami kembali 
dan bersama-MU kami berhujjah 
dan kepada-MU kami  menegakkan hokum.
Maka ampunilah kami dan dosa-dosa  kami yang  lalu dan yang akan datang dan  dosa-dosa   yang dilakukan  tersembunyi ( tidak sengaja) dan  yang jelas (disengajakan)
Dan dosa-dosa  yang Engkau lebih mengetahui daripada  kami.
Engkaulah  yang  terawal  dan Engkalulah yang terakhir  dan Engkau berkuasa  atas  segala sesuatu

Ya Allah  tunjukkilah kami bersama-sama  orang-orang  yang Engkau  tunjukki
Dan sihatkan kami bersama  orang-orang  yang Engkau sihatkan
Dan pimpinlah kami bersama  orang-orang yang Engkau pimpin dan berikanlah berkah  terhadap apa-apa yang Engkau anugerahkan kepada  kami   dan lindungi kami  dari keburukan  ketentuan-MU
Sesungguhnya Engkau memberikan ketetapan  dan tidak ada  satupun manusia  yang membuat ketetapan  terhadap-MU
Sesungguhnya tidaklah hina orang yang menjadikan –MU sebagai pelindung
Dan tidak akan memiliki kemuliaan orang yang menentang-MU
Engkaulah  PEMBERI  BERKAH, Wahai Tuhan kami  
dan Engkau pulalah yang Maha Tinggi
Segala  puji bagi-MU atas  segala ketentuan-MU 
dan syukur bagi-MU atas segala anugerah-MU.
Kami mohon ampun  kepada-MU ya Allah atas segala  dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan  dan  kami bertaubat kepada-MU
Ya Allah anugerahkan kepada kami rasa takut kepada-MU
Sehingga  dapat menjadi penghalang  yang membatasi  kami dari perbuatan maksiat kepada-MU dan anugerahkan kepada  kami  ketaatan kepada-MU dan menghantar kami  ke dalam syurga-MU dan anugerahkanlah  keyakinan  yan g dapat menjadikan mudah  segala  musibah dunia  yang menimpa kami dan perkuatkanlah kami ya Allah dengan pendengaran dan penglihatan
Dan kekuatan kami selama Engkau memberi  kehidupan  kepada kami
Dan jadikanlah semua itu  warisan  bagi kami
Dan berikanlah  balasan kepada orang-orang  yang menzalimi  kami
Dan berilah pertolongan kepada  kami mengalahkan orang-orang  yang memusuhi kami
Dan janganlah kau jadikan  cubaan bagi kami kepada  agama kami dan janganlah Engkau  jadikan dunia sebagai cita-cita  utama  kami dan bukan  sebagai  tujuan akhir  dari pengetahuan kami dan bukan kepada neraka   tempat  kembali kami dan jadikanlah syurga  tempat tinggal  kami dan  jangan Engkau berikan kekuasaan  kerana  dosa kami kepada  orang yang tidak takut  kepada  Engkau dan tidak mengasihi  kami.


Ya Allah  selamatkanlah  agama  kami yang merupakan  keselamatan urusan  kami dan perbaikilah dunia kami  yang merupakan  tempat kehidupan  kami  dan perbaikilah bagi kami akhirat  yang merupakan  tempat kembali  kami dan jadikanlah hidup kami bertambah  dalam  setiap  kebaikan
Dan jadikanlah kematian kami  sebagai akhir dari setiap  keburukan
Ya Allah sungguh kami memohon telaga  rahmat-MU  dan berharap luasnya ampunan-MU dan mendapat bahagian  dari setiap kebaikan  dan keselamatan dari setiap  dosa dan kebahagiaan  dengan (mendapatkan) syurga  dan diselamatkan  dari api neraka.
Ya Allah ampunilah kami  dan rahmatilah kami dan bebaskan leher kami dari jerat  api neraka ( 3X)
Ya Allah kepada  Engkaulah kami beribadah  dan hanya untuk-MU  solat  dan sujud kami dan kepada-MU kami menuju dan kepada-MU  kami tunduk
Kami mengharapkan Rahmat-MU dan  kami takut  terhadap  siksa-MU
Sesungguhnya siksa-MU  amat mengazab orang-orang  kafir
Ya Allah Engkaulah Allah tidak ada  Tuhan melainkan Engkau
Engkau Maha Kaya sedangkan kami fakir
Turunkan kepada kami Rahmat-MU (hujan) dan janganlah jadikan kami segolongan orang-orang  yang sombong
Ya Allah  tolonglah  kami
Turunkan hujan Rahmat  dan bukan hujan yang membawa  siksa  kehancuran   dan banjir
Ya Allah kami memohon kepada-MU dengan setiap nama-MU yang Engkau berikan nama itu atas Dzat-MU atau Engkau turunkan nama itu dalam kitab-MU atau Engkau  beritahukan nama itu kepada seseorang  di antara makhluk-MU  atau Engkau  muliakan   nama itu kepada  ilmu yang ghaib di sisi-MU agar  Engkau jadikan Al-Qur’an  yang mulia sebagai penghibur hati  kami  dan sebagai cahaya  bagi dada-dada kami dan penghilang kesedihan-kesedihan   kami dan penghilang kebingungan dan kesusahan kami.
Ya Allah wahai yang mendengar  setiap bisikan  dan wahai Dzat yang menjadi  akhir  segala pengaduan
Wahai Dzat yang    Maha  Agung  Kurniaan-NYA
wahai Dzat yang  Maha  Luas  pengampunan-NYA 
wahai Dzat yang lebih dahulu  memberi nikmat sebelum  diminta
Wahai pemimpin kami dan penolong kami
Kami memohon kepada-MU supaya  Engkau memberikan rahmat  kepada kami dengan kemuliaan  al-Qur’an  yang agung
Ya Allah   berikan  kami  rahmat  dengan kemuliaan  al-Qur’an  yang agung
Jadikan Ia  sebagai Imam,  cahaya, petunjuk  dan rahmat

Ya Allah ingatkanlah kami dengan apa-apa yang  telah kami lupakan  dan berikanlah kami pengetahuan  dengannya  apa-apa yang kami lupakan dan berikanlah kami pengetahuan  dengannya   apa-apa  yang  kami  tidak tahu dan berikan kami rezeki  untuk dapat  membacanya  malam dan siang  dari  arah  yang Engkau  redha  atas  kami
Ya Allah berilah keteguhan  kepada  pemimpin-pemimpin kami  kepada  hal-hal yang Engkau  cintai  dan redhai
Dan bimbinglah jiwa-jiwa  mereka  untuk berbuat  kebaikan dan ketaqwaan
Ya Allah brilah kepada  mereka  petunjuk-MU dan jadikanlah amalannya  sebagai amalan yang soleh untuk mencari  redha-MU
Dan berilah mereka  orang kepercayaan  (penasihat)  yang soleh yang menunjukkannya kepada kebaikan dan menolongnya  atas kebaikan itu
Ya Allah Dzat  yang menurunkan kitab, yang menjalankan awan  dan yang menghancurkan musuh-musuh
Tolonglah saudara-saudara kami yang berjuang  di  setiap  penjuru  tempat
Ya Allah  sesungguhnya  musuh-musuh mereka  tidak  akan dapat mengalahkan-MU  dengan  sesuatupun
Maka  perlihatkanlah kepada kami  Ya Allah KEAJAIBAN  KUASA-MU atas  mereka
Ya Allah siksalah mereka  dengan siksaan  yang kuat  dan dahsyat
Ya Allah sesungguhnya  kami jadikan ENGKAU  berada di leher-leher mereka
Dan kami berlindung   kepada MU dari kejahatan  mereka
Ya Allah perlihatkanlah  mereka  atas kami  pada hari yang kelam ( Kiamat)
Ya Allah berikan  pertolongan  kepada   kami
Kaum Muslimin yang tertawan dan kembalikanlah mereka  keluarga  dengan keselamatan dan kesihatan
Ya Allah seluruhnya  dari mereka  wahai Dzat yang  pengasih dan penyayang
Ya Allah , berikan tipu daya  ke atas  orang-orang  yang   berbuat tipu daya  kepada  mereka (Kaum Muslimin)
Wahai Dzat yang Maha  KUAT dan Maha Perkasa
Ya Allah sesungguhnya  kami memohon  petunjuk-MU dan kami memohon  ketaqwaan  harga diri dan kekayaan
Ya  Allah  berikanlah kami kekayaan dari yang halal bukan yang haram
Berikanlah kekayaan  dari keutamaan-MU bukan dari selain-MU
Ya  Allah, sesungguhnya  kami memohon  kepada-MU untuk sentiasa  berbuat baik dan jauh dari perbuatan mungkar  serta  berikan perasaan   menyayangi  orang miskin dan supaya  Engkau mengampuni , merahmati  serta menerima taubat  kami dan apabila   Engkau menghendaki  fitnah pada suatu  kaum, maka dahulukanlah  kematian  kami  kepada-MU  dan dengan tidak mendapatkan fitnah tersebut
Ya  Allah  sesungguhnya  kami   memohon cinta-MU dan cinta orang-orang yang mencintai-MU dan mencintai amal yang akan mendekatkan  kami kepada cinta-MU
Ya Allah terimalah amal kami
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar  dan Maha Mengetahui dan terimalah  taubat kami sesungguhnya Engkau Maha penerima taubat dan Maha Penyayang
Ya Allah sesungguhnya  kami berlindung dengan keredhaan-MU dari kebencian-MU dan kami berlindung  dengan afiat-MU dari siksa-MU

Dan kepada-MU serta dari-MU segala nikmat kami  tidak mampu menghitungnya  pujian atas-MU seperti   Engkau  telah  memuji-MU atas Dzat-MU  dan limpahkanlah selawat  dan salam  atas  nabi kami  Muhammad SAW kepada  ahli keluarga, para sahabat dan para-pengikut baginda ..

Sunday, 6 July 2014

IMAN & UKHUWWAH PERLU SEIRING SEJALAN

Menanti  seseorang  yang boleh dijadikan  teman bermain dan  bersilaturahim

BersilaturRahim bersama dua pupunya
Dalam program Kader yang diikuti oleh ummi abinya, si kecil cerdik Mishary yang baru berusia setahun setengah me'recruit' diri memanfaatkan peluang sepenuhnya mencari kawan untuk bermain. Ini merupakan  fitrah suci anak-anak yang memang bersih dan tidak boleh disekat, iaitu  fitrah suka berkawan dan bersilaturahim. Budaya  bersilaturahim amat  wajar disuburkan sejak kecil. 

Keluarga  besar kami sudah dibiasakan bersilaturahim sejak kecil. Saling menziarahi sanak saudara. Susah senang kami dididik oleh arwah abah dan arwah mak harungi bersama, yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing. Banyak  kes bila ada saja  keluarga bermasalah, salah seorang  dari  kami  akan terasa dan ada yang bermimpi menyampaikan pesanan orang tua kami, tolong adik, tolong abang/ kakak, tolong  anak-anak saudara walaupun mereka sudah memiliki keluarga  masing-masing. Kadang kala walau bagaimana rapi sekalipun ibu sendiri menyimpan rahsia masalah diri dan keluarga, pasti ada salah  seorang dari kami Allah izinkan dapat rasakan , tiba-tiba  call bertanya khabar ,  beri nasihat dan sarankan jalan keluar terbaik dan sekurang-kurangnya bantu  doakan dan berikan 'moral support' yang berterusan. 

Dalam program Kader, Allah izin ibu sempat temani anak menantu dalam sebahagian program..masih terngiang-ngiang pesanan murabbi kami mengetengahkan kata-kata Saidina Umar r.a;Kami adalah kaum yang didatangkan iman, sebelum al-Quran
Benar, berbekalkan  Iman baru terasa  nikmatnya membaca al-Qur'an.

Perbezaan  fikrah menjadi rencah yang cukup enak untuk kami lebih akrab lagi saling melengkapi antara satu sama lain dalam setiap pertemuan.Teras IMAN dan Ukhuwwah perlu seiring dan sejalan. Tidak ada Ukhuwwah  tanpa Iman dan tidak  akan terasa  manisnya  Iman tanpa Ukhuwwah. Kukuhnya silaturahim bukan setakat hubungan darah semata-mata, yang penting atas dasar IMAN dan UKHUWWAH untuk meraih keredhaan Allah semata-mata.

Atas dasar  Iman  dan Ukhuwwah juga, hubungan silaturahim ibu masih kukuh dengan keluarga di Muar. Semuanya  Allah yang atur  dan susun indahnya pertemuan kami tanpa sebarang gangguan. Sejak di awal usia cucu ibu perlu dikenal dan dibiasakan  dengan keluarga kedua-dua belah  pihak , sebelah  abinya  mahupun sebelah umminya. Ini merupakan persiapan  awal mengisi suara hati  dan  mindanya bahawa  ahli keluarga  dan kaum kerabat  perlu diutamakan dalam rutin  dakwah dan tarbiyah apabila  beliau dan adik-adiknya dewasa kelak.
Ibu amat bersyukur dan terharu kerana keluarga  Atok Long  Mishary  masih meneruskan  budaya tazkirah setiap bulan  menyuburkan kembali budaya berilmu, beriman dan  bersilaturahim. Jazakumullahu khairan kathira kerana  kalian  semua  masih menganggap  tok ibu Mishary sebagai ahli keluarga dan melayani kami seperti biasa tanpa sebarang prejudis. Semuanya merupakan kenangan manis yang akan terpahat di hati hingga akhir hayat..

Alhamdulillah..segalanya  Allah yang aturkan. Sebelum ini  (lebih dua tahun lalu) ibu selalu 'phobia' dan ditakutkan dengan SMS "JANGAN ATUR-ATURKAN". Selepas ibu pasrah, melepaskan dan serahkan segalanya kepada  Allah.. Ibu tidak menanggung sebarang kerugian bahkan banyak dilimpahi Rahmat Allah bersama pengorbanan ini. Allah izin banyak urusan ibu dipermudahkan dan dipermudahkan bersama keluarga dan sahibah  di daerah Muar dan  Ledang. Rasa lebih tenang , damai  dan banyak lagi idea  bermanfaat  yang perlukan iltizam  kami bersama  untuk ummah..

Tanpa susah payah lagi, Allah susun, ada saja  pihak  yang hulurkan bantuan  terus aturkan walaupun tanpa kehadiran ibu. Masih ada jiwa-jiwa yang terkesan betapa pentingnya majlis ilmu menyuburkan iman dan ukhuwwah. Mudah-mudahan  keindahan silaturahim ini akan memanjangkan umur iman, dan  semoga roh kita  akan terus bersama apabila kita semua kembali ke alam barzakh dan di Akhirat nanti.

Sewajarnya  kita terus istiqomah untuk  ikhlas dan pasrah..lebih tenang, istiqomah dalam kerehatan jiwa.. Sama-samalah kita manfaatkan  pengisian dari kitab Al Hikam. Kalam Hikam ke-4 ( Amat disarankan baca dahulu kalam hikmah 1-3). Sila rujuk laman Web berikut;  http://alhikam0.tripod.com/hikamsatu.html

4. ALLAH S.W.T MENGATUR SEGALA URUSAN

TENANGKAN  HATIMU  DARI  URUSAN  TADBIR  KERANA  APA  YANG  DIATUR  OLEH  SELAIN-MU  TENTANG URUSAN DIRIMU,  TIDAK PERLU ENGKAU CAMPUR TANGAN.
Kita bertauhid melalui dua cara;
Pertama bertauhid dengan akal 
Keduanya bertauhid dengan hati. 

Bidang akal ialah ilmu dan liputan ilmu sangat luas, bermula dari pokok kepada dahan-dahan dan seterusnya kepada ranting-ranting. Setiap ranting ada hujungnya, iaitu penyeleaiannya. Ilmu bersepakat pada perkara pokok, bertolak ansur pada cabangnya dan berselisih pada rantingnya atau penyelesaiannya. 
Jawapan kepada sesuatu masalah selalunya berubah-ubah menurut pendapat baharu yang ditemui. 
Apa yang dianggap benar pada mulanya dipersalahkan pada akhirnya. 
Oleh sebab sifat ilmu yang demikian orang awam yang berlarutan membahas tentang sesuatu perkara boleh mengalami kekeliruan dan kekacauan fikiran. Salah satu perkara yang mudah mengganggu fikiran ialah soal takdir atau Qadak dan Qadar. Jika persoalan ini diperbahaskan hingga kepada yang halus-halus seseorang akan menemui kebuntuan kerana ilmu tidak mampu mengadakan jawapan yang konkrit. 

Qadak dan Qadar diimani dengan hati

Tugas ilmu ialah membuktikan kebenaran apa yang diimani. 
Jika ilmu bertindak menggoyangkan keimanan maka ilmu itu harus disekat dan hati dibawa kepada tunduk dengan iman. Kalam Hikmat keempat di atas membimbing ke arah itu agar iman tidak dicampur dengan keraguan.
 Selama nafsu dan akal menjadi hijab, beriman kepada perkara ghaib dan menyerah diri secara  menyeluruh tidak akan dicapai. Qadak dan Qadar termasuk dalam perkara ghaib. Perkara ghaib disaksikan dengan mata hati atau basirah. Mata hati tidak dapat memandang jika hati dibungkus oleh hijab nafsu. Nafsu adalah kegelapan, bukan kegelapan yang zahir tetapi kegelapan dalam keghaiban. Kegelapan nafsu itu menghijab sedangkan mata hati memerlukan cahaya ghaib untuk melihat perkara ghaib. Cahaya ghaib yang menerangi alam ghaib adalah cahaya roh kerana roh adalah urusan Allah s.w.t. Cahaya atau nur hanya bersinar apabila sesuatu itu ada perkaitan dengan Allah s.w.t.


Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi. ( Ayat 35 : Surah an-Nur )

Dialah Yang Maha Tinggi darjat kebesaran-Nya, yang mempunyai Arasy (yang melambangkan keagungan dan kekuasaan-Nya); Ia memberikan wahyu darihal perintah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya  (yang telah dipilih menjadi Rasul-Nya), supaya Ia memberi amaran (kepada manusia) tentang hari pertemuan, - ( Ayat 15 : Surah al-Mu’min )

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) – Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu); apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus, - Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai yang ada di langit dan yang ada di bumi. Kepada Allah jualah kembali segala urusan. ( Ayat 52 & 53 : Surah asy-Syura )Apabila cahaya roh berjaya menghalau kegelapan nafsu, mata hati akan menyaksikan yang ghaib. Penyaksian mata hati membawa hati beriman kepada perkara ghaib dengan sebenar-benarnya.

 Allah s.w.t telah menghamparkan jalan yang lurus kepada hamba-hamba-Nya yang beriman. Dia berfirman:


Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. ( Ayat 3 : Surah al-Maa’idah ) Umat Islam adalah umat yang paling bertuah kerana Allah s.w.t telah menyempurnakan nikmat-Nya ke atas mereka dengan mengurniakan Islam. Allah s.w.t menjamin juga  bahawa DIA redha menerima Islam sebagai agama mereka. Jaminan Allah s.w.t itu sudah cukup bagi mereka yang menuntut keredhaan Allah s.w.t untuk tidak menoleh ke kiri atau ke kanan, sebaliknya terus berjalan mengikut landasan yang telah dibina oleh Islam. Islam adalah perlembagaan yang lengkap mencakupi semua aspek kehidupan baik yang zahir mahupun yang batin. Islam telah menjelaskan apa yang mesti dibuat, apa yang mesti ditinggalkan, bagaimana mahu bertindak menghadapi sesuatu dan bagaimana jika tidak mahu melakukan apa-apa. Segala peraturan dan kod etika sudah dijelaskan dari perkara yang paling kecil hingga kepada yang paling besar. Sudah dijelaskan cara beribadat, cara berhubungan sesama manusia, cara membahagikan harta pusaka, cara mencari dan membelanjakan harta, cara makan, cara minum, cara berjalan, cara mandi, cara memasuki jamban, cara hukum qisas cara melakukan hubungan kelamin, cara menyempurnakan mayat dan semua aspek kehidupan diterangkan dengan jelas.

Umat Islam tidak perlu bertengkar tentang penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Segala penyelesaian telah dibentangkan, hanya tegakkan iman dan rujuk kepada Islam itu sendiri nescaya segala pertanyaan akan terjawab. Begitulah besarnya nikmat yang dikurniakan kepada umat Islam. Kita perlulah menjiwai Islam untuk merasai nikmat yang dikurniakan itu.  Kewajipan kita ialah melakukan apa yang telah Allah s.w.t aturkan sementara hak mengatur atau mentadbir adalah hak Allah s.w.t yang mutlak. Jika terdapat peraturan Allah s.w.t yang tidak dipersetujui oleh nafsu kita, jangan pula melentur peraturan tersebut atau membuat peraturan baharu, sebaliknya nafsu hendaklah ditekan supaya tunduk kepada peraturan Allah s.w.t

Jika pendapat akal sesuai dengan Islam maka yakinilah akan kebenaran pendapat tersebut, dan jika penemuan akal bercanggah dengan Islam maka akuilah bahawa akal telah tersilap di dalam perkiraannya. Jangan memaksa Islam supaya tunduk kepada akal semasa yang akan berubah pada masa yang lain, tetapi tundukkan akal kepada apa yang Tuhan kata yang kebenarannya tidak akan berubah sampai bila-bila.
 Orang yang mengamalkan tuntutan Islam disertai dengan beriman kepada Qadak dan  Qadar, jiwanya akan sentiasa tenang dan damai. Putaran roda kehidupan tidak membolak-balikkan hatinya kerana dia melihat apa yang berlaku adalah menurut apa yang mesti berlaku. Dia pula mengamalkan kod yang terbaik dan dijamin oleh Allah s.w.t. Hatinya tunduk kepada hakikat bahawa Allah s.w.t yang mentadbir sementara sekalian hamba berkewajipan taat kepada-Nya, tidak perlu masuk campur dalam urusan-Nya.
 Mungkin timbul pertanyaan apakah orang Islam tidak boleh menggunakan akal fikiran, tidak boleh mentadbir kehidupannya dan tidak boleh berusaha membaiki kehidupannya? Apakah orang Islam mesti menyerah bulat-bulat kepada takdir tanpa tadbir?
 Allah s.w.t menceritakan tentang tadbir orang yang beriman:

Maka Yusuf pun mulailah memeriksa tempat-tempat barang mereka, sebelum memeriksa tempat barang saudara kandungnya (Bunyamin), kemudian ia mengeluarkan benda yang hilang itu dari tempat simpanan barang saudara kandungnya. Demikianlah Kami jayakan rancangan untuk (menyampaikan hajat) Yusuf. Tidaklah ia akan dapat mengambil saudara kandungnya menurut undang-undang raja, kecuali jika dikehendaki oleh Allah. (Dengan ilmu pengetahuan), Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki; dan tiap-tiap yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya  yang lebih mengetahui. (Ayat 76 : Surah Yusuf )

Dan kepunyaan-Nya jualah kapal-kapal  yang berlayar di lautan laksana gunung-ganang. (Ayat 24 : Surah ar-Rahmaan )Nabi Yusuf a.s, dengan kepandaiannya, mengadakan muslihat untuk membawa saudaranya, Bunyamin, tinggal dengannya. Kepandaian dan muslihat yang pada zahirnya diatur oleh Nabi Yusuf a.s tetapi dengan tegas Allah s.w.t mengatakan Dia yang mengatur muslihat tersebut dengan kehendak dan kebijaksanaan-Nya. Kapal yang pada zahirnya dibina oleh manusia  tetapi dengan tegas Allah s.w.t mengatakan kapal itu adalah kepunyaan-Nya. Ayat-ayat di atas memberi pengajaran mengenai tadbir yang dilakukan oleh manusia.
Rasulullah s.a.w sendiri menganjurkan agar pengikut-pengikut baginda s.a.w mentadbir kehidupan mereka. 

Tadbir yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w ialah tadbir yang tidak memutuskan hubungan dengan Allah s.w.t, tidak berganjak dari tawakal dan penyerahan kepada Tuhan yang mengatur pentadbiran dan perlaksanaan. 

Janganlah seseorang menyangka apabila dia menggunakan otaknya untuk berfikir maka otak itu berfungsi dengan sendiri tanpa tadbir Ilahi. Dari mana datangnya ilham yang diperolehi oleh akal  itu jika tidak dari Tuhan?  Allah s.w.t yang mencipta akal, membuatnya berfungsi dan Dia juga yang mendatangkan buah fikiran kepada akal itu. 

Tadbir yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w ialah tadbir yang sesuai dengan al-Quran dan as-Sunah. Islam hendaklah dijadikan penapis untuk mengasingkan pendapat  dan tindakan yang benar dari yang salah. Islam menegaskan bahawa sekiranya tidak kerana daya dan upaya dari Allah s.w.t, pasti tidak ada apa yang dapat dilakukan oleh sesiapa pun. Oleh yang demikian seseorang mestilah menggunakan daya dan upaya yang dikurniakan Allah s.w.t kepadanya menurut keredhaan Allah s.w.t. Seseorang hamba Allah s.w.t tidak sepatutnya melepaskan diri dari penyerahan kepada Allah Yang Maha Mengatur. Apabila apa yang diaturkannya berjaya menjadi kenyataan maka dia akui bahawa kejayaan itu adalah kerana persesuaian aturannya dengan aturan Allah s.w.t. Jika apa yang diaturkannya tidak menjadi, diakuinya bahawa aturannya wajib tunduk kepada aturan Allah s.w.t dan tidak menjadi itu juga termasuk di dalam tadbir Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t yang berhak untuk menentukan. 
Allah s.w.t Berdiri Dengan Sendiri, tidak ada sesiapa yang mampu campur tangan dalam urusan-Nya.


يَاحَيُّ يَاقَيُّوْم بِرَحْمَتِكَ نَسْتَغِيْث أَصْلِحْ لَنَا شَأْنَنَا كَلَّه
ُ اَللَّهُمَّ لاَ تَكِلْنَا اِلَى أَنْفُسِنَا طَرْفَةَ عَيْن
“Wahai Dzat Yang Maha  hidup lagi Maha Berdiri dengan sendiri-Nya, dengan rahmat-Mu kami mohon pertolongan. Perbaikilah urusan kami seluruhnya dan jangan Engkau serahkan kami kepada diri kami walau hanya sekelip mata.”