Inspirasi Cinta Dari-NYA
Para bakal graduan Taqwa dirahmati Allah.
Ramadhan Kareem dan Salam Jumaat penuh BarakahNasyid di atas merupakan sajak As Syahid Syed Qutb menjadi sumber inspirasi sepanjang perjuangan agar kita wariskan sesuatu untuk ummah sebelum sampai masa kita transit di alam barzakh. Tahun 1990, semasa menjalani pembedahan, rohku pernah melayang ke satu alam yang sangat dirindukan...Ku merayu hingga menangis nak masuk ke alam itu, tetapi tidak dibenarkan. Menangis sungguh-sungguh tak mahu balik selagi tidak dapat masuk ke alam itu..Sampai doktor yang jalankan pembedahan bertanya "kenapa menangis?"..Baru tersedar aku belum layak masuk ke alam tersebut.. 24 tahun selepas itu , fahamlah hikmahnya Allah izin ada misi yang perlu diselesaikan, sebelum rohku terbang mendapatkan rindunya..Wallahu 'alam
Alhamdulillah
sehingga ke saat ini Allah masih beri kita peluang untuk kita
tingkatkan kualiti ubudiyyah hanya untuk-NYA. Sama-samalah kita
memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang masih
memberi peluang kita bernafas dan jantung masih berdenyut untuk
meneruskan kehidupan sebagai hamba-NYA di bulan Rahmat, bulan Keampunan
dan bulan kita dibebaskan dari api neraka.. Betapa kasihnya Allah
kepada kita semua, adakah kita menghargainya?
Subhanallah,
Allah SWT hamparkan di permukaan bumi berserta apa yang ada pada diri
kita berupa penglihatan, pendengaran, lisan , tangan, kaki dan pemikiran
bertujuan untuk memuliakan hal yang dimuliakan oleh Allah, bukan
memuliakan hal yang hawa nafsu kita suka tetapi mengundang murka-NYA. Di
waktu mana sekalipun, sebenarnya waktu adalah milik Allah, untuk Allah
dan perlu dikembalikan kepada Allah. Dan setiap detik kehidupan, kita
akan dipersoalkan oleh Allah . Pertanyaan itu PASTI datang kepada
setiap yang hidup.
Kita
selaku umat Nabi Muhammad SAW seharusnya menghargai dan merebut peluang
‘bonus’ malam Lailatul Qadr tapi sayangnya setiap tahun sebelum, semasa
dan selepas Ramadhan majoriti umat Islam masih seronok bermaksiat
kepada Allah.Siapakah yang akan memberi syafaat kepada kita para
pendosa yang sombong tidak mahu mengambil peluang yang cukup berharga
ini di Akhirat nanti, kalau bukan Nabi Muhammad SAW???. Hal ini yang
perlu kita tangisi hingga ke lubuk hati dan sama-sama kita berdoa
semoga Allah segera menginsafkan para pendosa ini agar tidak
memalukan umat Muhammad SAW.
Belum
lagi reda Israel mengganas di Gaza dan MH370 yang ghaib, ada lagi isu
baru. Sebelum Subuh kita dikejutkan dengan dua berita yang
menggemparkan. Berita benar MAS MH17 ditembak jatuh oleh peluru
berpandu 'Missiles' ketika di sempadan Ukraine dan Rusia. 295 penumpang
maut. Innalilahi wainna illaihi roji'un. Berita palsu atau khabar angin
disebarkan oleh mereka yang anti TGNA menyatakan TGNA telah meninggal
dunia. Astaghfirullah al 'Azim..tergamak di bulan mulia ini mereka
melakukan pembohongan seperti ini..Apakah hikmahnya di sebalik kedua-dua
berita ini? Semuanya berkaitan dengan krisis nilai di kalangan
pemimpin yang bergelar 'Muslim'
Mungkinkah
petanda Allah beri kita peluang sama-sama berdoa secara kolektif ,
bersatu hati bersepakat sesama pemimpin Islam dalam semua
organisasi..sepanjang 10 akhir Ramadhan? Tidak ada apa yang nak
dibanggakan jika kita enggan bersatu hati..Muhasabah diri, tundukkan
ego, rendahkan hati kerana Allah semata-mata. Bila lagi nak buang semua
karat-karat jahiliyah yang menjadi penghalang kesatuan ummah jika
tidak sekarang?
Mudah-mudahan
semua berita yang tidak menyenangkan ini menginsafkan kita semua
kembali kepada Islam yang sebenarnya. Islam yang lengkap dan menyeluruh
(Syamil dan Kamil). Sistem Tarbiyyah Islam Harakiyyah yang terbukti
mampu membina dan membentuk insan Rabbani. Doa dari mereka yang
memilikki syuur Insan Rabbani yang tulen sahaja yang boleh membinasakan
segala kebatilan dan memenangkan al HAQ (kebenaran) dari
sekecil-kecilnya dalam diri, keluarga, masyarakat dan dalam kepimpinan
negara dan dunia Islam umumnya.Semoga Islam menang di mana jua berkat
doa mereka..
Subhanallah,
begitu pantasnya masa berlalu, kita sudah masuk fasa ketiga Ramadhan
merupakan kemuncak kemeriahan Pesta Ibadah, pesta perayaan malam
ulangtahun turunnya wahyu. Ulang tahun ke 1448 (13 tahun di Madinah +
1435 tahun Hijrah bermula di Madinah) . Menurut Dr Abdul Hayel pesta
mempamerkan takdir Allah kepada semua manusia.
Betapa
indahnya pesta ulang tahun ini hanya dirasai oleh mereka yang Allah
pilih kesan daripada tarbiyyah keimanan untuk benar-benar
membersihkan jiwa dari segala karat-karat jahiliyyah hingga nafsu
hanya tunduk dan patuh kepada semua yang Allah aturkan tanpa sebarang
sungutan dan kesombongan. Hayati dengan sebenarnya hakikat sabar,
ikhlas, redha dan pasrah seperti yang dicontohkan dalam Al-Qur'an...
baru akan terasa betapa manisnya mendapat surat cinta dan sumber
inspirasi dari Allah SWT.
Hayati keindahan sabarnya Nabi Yusof dan ayahnya Nabi Yaacub saling mendoakan selama 40 tahun setelah terpisah. Ikhlasnya nabi Ismail menyerah diri untuk disembelih dan redha ayahnya Ibrahim patuh menerima perintah dari Allah. Pasrahnya nabi Ayob terima sakit, hilang harta, anak isteri meninggalkannya tapi tidak pernah mengeluh atau bersungut.
Tabahnya Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, akhirnya akur dengan takdir Allah, isterinya nusyuz dan anak derhakanya dihanyutkan dalam banjir besar.
Pasrahnya Asiyah isteri Firaun walaupun hidup mewah dalam istana tetapi tak pernah sombong kepada Allah, bahkan merindui Allah dengan doa "ya Allah binalah sebuah istana untukku di sisi-MU dalam syurga".
Redhanya Siti Hajar ditinggalkan di padang pasir kering kontang bersama anaknya yang masih bayi bahkan memotivasi suaminya "Kalau ini adalah perintah dari Allah, maka Allah tidak akan mempersia-siakan kami, doakan kami..." Ini di antara kesan Tarbiyah dari Allah menghasilkan insan yang Rabbani sentiasa khusyuk dan Tawadhuk, akur dengan apa saja yang Allah aturkan untuk mereka.
Hayati keindahan sabarnya Nabi Yusof dan ayahnya Nabi Yaacub saling mendoakan selama 40 tahun setelah terpisah. Ikhlasnya nabi Ismail menyerah diri untuk disembelih dan redha ayahnya Ibrahim patuh menerima perintah dari Allah. Pasrahnya nabi Ayob terima sakit, hilang harta, anak isteri meninggalkannya tapi tidak pernah mengeluh atau bersungut.
Tabahnya Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, akhirnya akur dengan takdir Allah, isterinya nusyuz dan anak derhakanya dihanyutkan dalam banjir besar.
Pasrahnya Asiyah isteri Firaun walaupun hidup mewah dalam istana tetapi tak pernah sombong kepada Allah, bahkan merindui Allah dengan doa "ya Allah binalah sebuah istana untukku di sisi-MU dalam syurga".
Redhanya Siti Hajar ditinggalkan di padang pasir kering kontang bersama anaknya yang masih bayi bahkan memotivasi suaminya "Kalau ini adalah perintah dari Allah, maka Allah tidak akan mempersia-siakan kami, doakan kami..." Ini di antara kesan Tarbiyah dari Allah menghasilkan insan yang Rabbani sentiasa khusyuk dan Tawadhuk, akur dengan apa saja yang Allah aturkan untuk mereka.
Khudwah
hasanah insan Rabbani memang banyak dalam seerah. Peluang untuk
mencapainya sentiasa terbuka melalui 'bonus' anugerah dari Allah SWT
yang amat istimewa bagi bakal-bakal graduan TAQWA mendapat keuntungan
1000 %(seribu peratus) di sisi-NYA di dunia mahupun di akhirat nanti.
Menyentuh
keberkatan Lailatul Qadr, sejak dahulu ibu memang suka merujuk Tafsir
Ustaz Quraisy Shihab, salah seorang murabbi yang ikhlas dan tidak
'demand' untuk berkongsi ilmu. Menurut beliau, kalau dalam surah Iqra' Nabi Saw dan kaum Muslimin diperintahkan untuk membaca Al-Quran, maka wajar jika surat Al-Qadar ini berbicara tentang turunnya Al-Quran, dan kemuliaan malam yang terpilih sebagai malam Nuzul Al-Quran.
Bulan Ramadhan memiliki sekian banyak keistimewaan, salah satunya adalah Lailatul-Qadar, suatu malam yang diiktiraf oleh Al-Quran "lebih baik dari seribu bulan."
Yang
pasti dan harus diimani oleh setiap Muslim berdasarkan pernyataan
Al-Quran bahawa, "Ada suatu malam yang bernama Lailatul-Qadar,
dan bahawa malam itu adalah malam yang penuh berkah, di mana dijelaskan
atau ditetapkan segala urusan besar
dengan penuh kebijaksanaan."
Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) pada suatu
malam, dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam
itu dijelaskan semua urusan yang penuh hikmah, iaitu urusan yang besar
di sisi Kami (Surah Al-Dukhan [44]: 3-5).
Malam
tersebut terjadi pada bulan Ramadhan, kerana kitab
suci menginformasikan bahawa ia diturunkan Allah pada bulan Ramadhan (QS
Al-Baqarah [2]: 185) serta pada malam Al-Qadar (QS Al-Qadr[97]: l).
Malam tersebut adalah malam mulia. Tidak mudah diketahui betapa besar kemuliannnya. Hal ini disyaratkan oleh adanya "pertanyaan" dalam bentuk pengagungan, iaitu:
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? (QS Al-Qadr [97]: 2)
Tiga belas kali kalimat 'ma adraka' terulang dalam Al-Quran sepuluh di antaranya mempertanyakan tentang kehebatan yang berkait dengan hari kemudian, seperti: 'Ma adraka ma yaum al-fashl', dan sebagainya. Kesemuanya merupakan hal yang tidak
mudah dijangkau oleh akal fikiran manusia, kalau enggan berkata mustahil dijangkaunya. Tiga kali lagi 'ma adraka' adalah:
Tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari itu? (QS Al-Thariq [86]: 2)
Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? (QS Al-Balad [90]: 12)
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? (QS Al-Qadr [97]: 2)
Pemakaian kata-kata 'ma adraka' dalam Al-Quran berkaitan dengan objek
pertanyaan yang menunjukkan hal-hal yang sangat hebat dan sukar
dijangkau hakikatnya secara sempurna oleh akal fikiran manusia.
Kata qadar sendiri paling tidak digunakan untuk tiga arti:
1. Penetapan dan pengaturan sehingga Lailat Al-Qadar difahami sebagai malam penetapan Allah bagi perjalanan hidup manusia. Pendapat ini dikuatkan oleh firman Allah
dalam surat Ad-Dukhan ayat 3 yang disebut di atas. (Ada ulama yang
memahami penetapan itu dalam batas setahun). Al-Quran yang turun
pada malam Lailatul-Qadar, diartikan bahawa pada malam itu Allah
Swt. mengatur dan menetapkan khiththah dan
strategi bagi Nabi-Nya Muhammad Saw., guna mengajak manusia kepada
agama yang benar, yang pada akhirnya akan menetapkan perjalanan
sejarah umat manusia baik sebagai individu mahupun kelompok.
2. Kemuliaan. Malam tersebut adalah malam mulia tiada bandingnya.
Ia mulia kerana terpilih sebagai malam turunnya Al-Quran, serta
kerana ia menjadi titik tolak dari segala kemuliaan yang dapat
diraih. Kata qadar yang berarti mulia ditemukan dalam surat
Al-An'am (6): 91 yang berbicara tentang kaum musyrik:
Mereka
itu tidak memuliakan Allah dengan kemuliaan yang semestinya, tatkala
mereka berkata bahawa Allah tidak menurunkan sesuatu pun kepada
masyarakat.
3. Sempit. Malam tersebut adalah malam yang sempit, kerana banyakuya malaikat yang turun ke bumi, seperti yang ditegaskan dalam surat Al-Qadr:
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
Kata qadar yang berarti sempit digunakan Al-Quran dalam surat Ar-Ra'd (13): 26:
"Allah melapangkan rezeki yang dikehendaki dan mempersempit (bagi yang dikehendaki-Nya)"
Ketiga arti tersebut pada hakikatnya dapat menjadi benar, kerana
bukankah malam tersebut adalah malam mulia, yang bila diraih maka ia
menetapkan masa depan manusia, dan bahawa pada malam itu
malaikat-malaikat turun ke bumi membawa kedamaian
dan ketenangan. Namun demikian, sebelum kita melanjutkanbahasan
tentang Laitat Al-Qadar, maka terlebih dahulu akan dijawab
pertanyaan tentang kehadirannya adakah setiap tahun atau hanya
sekali, yakni ketika turunnya Al-Quran lima belas abad yang lalu?
Majoriti ulama berpegang kepada teks ayat Al-Quran, serta sekian banyak teks
hadis yang menunjukkan bahawa Lailat Al-Qadar terjadi pada setiap
bulan Ramadhan. Bahkan Rasululllah Saw. menganjurkan umatnya
untuk mempersiapkan jiwa menyambut malam mulia itu, secara khusus
pada malam-malam ganjil setelah berlalu dua puluh Ramadhan.
Persoalan penting sekali!!!
Apakah bila Lailatul-Qadar hadir, ia akan menemui setiap orang yang terjaga (tidak tidur) pada malam kehadirannya itu?
Tidak sedikit umat Islam yang menduganya demikian. Namun dugaan itu agak keliru, kerana hal itu berarti bahawa yang memperoleh keistimewaan adalah yang terjaga
baik untuk menyambutnya mahupun tidak. Di sisi 1ain berarti bahawa kehadirannya ditandai oleh hal-hal yang bersifat kebendaan yang tidak dapat dipertanggungjawabkan kesahihannya.
Meskipun tanda-tanda kebendaan dirujuk maka takkan ditemui oleh orang-orang yang
tidak mempersiapkan diri dan menyucikan jiwa untuk menyambutnya.
Air dan minyak tidak mungkin akan menyatu dan bertemu. Kebaikan
dan kemuliaan yang dihadirkan oleh Lailatul-Qadar tidak mungkin akan
diraih kecuali oleh orang-orang tertentu saja.
Tetamu agung yang berkunjung ke satu tempat, tidak akan datang menemui setiap orang di lokasi itu, walaupun setiap orang di sana menantinya. Bukankah ada orang yang sangat rindu atas kedatangan kekasih, namun ternyata sang kekasih tidak sudi menemuinya?
Demikian juga dengan Lailatul-Qadar. Itu sebabnya bulan Ramadhan
menjadi bulan yang amat dinantikan kehadirannya, kerana bulan ini
adalah bulan penyucian jiwa sehingga ia diduga oleh Rasul datang pada
sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.
Kerana, ketika itu, diharapkan jiwa manusia yang berpuasa selama
dua puluh hari sebelumnya telah mencapai satu tingkat kesedaran dan
kesucian yang memungkinkan malam mulia itu berkenan untuk
mengunjunginya, dan itu pula sebabnya Rasul Saw.
menganjurkan sekaligus mempraktekkan i'tikaf (berdiam diri dan merenung di masjid) pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.
Apabila jiwa telah siap, kesedaran telah mulai bersemi, dan Lailatul-Qadar
datang menemui seseorang, ketika itu, malam kehadirannya menjadi saat
qadar dalam arti, saat menentukan bagi perjalanan sejarah hidupnya
di masa-masa mendatang. Ketika itu, bagi yang bersangkutan adalah
saat titik tolak guna meraih kemuliaan dan kejayaan hidup di
dunia dan di akhirat kelak. Dan sejak saat itu, malaikat akan turun
guna menyertai
dan membimbingnya menuju kebaikan sampai terbitnya fajar kehidupannya yang baru kelak di hari kemudian.
Syaikh Muhammad 'Abduh, menjelaskan pandangan Imam Al-Ghazali tentang kehadiran malaikat dalam diri manusia. 'Abduh memberi ilustrasi berikut:
" Setiap orang dapat merasakan bahawa dalam jiwanya ada dua
macam bisikan, baik dan buruk. Manusia sering merasakan pertarungan
antara keduanya, seakan apa yang terlintas dalam fikirannya ketika itu
sedang diajukan ke satu sidang pengadilan. Yang ini menerima dan
yang itu menolak, atau yang ini berkata lakukan dan yang itu mencegah,
sampai akhirnya sidang memutuskan sesuatu"
Yang
membisikkan kebaikan adalah malaikat, sedang yang membisikkan
keburukan adalah syaitan atau paling tidak, kata 'Abduh, penyebab
adanya bisikan tersebut adalah malaikat atau syaitan. Turunnya
malaikat pada malam Lailatul Al-Qadar menemui orang yang mempersiapkan
diri menyambutnya, menjadikan yang bersangkutan akan selalu
disertai oleh malaikat. Sehingga jiwanya selalu terdorong untuk
melakukan kebaikan demi kebaikan, dan dia sendiri akan selalu
merasakan salam (rasa aman dan damai) yang tak terbatas bukan sahaja
sampai fajar malam Lailatul-Qadar, bahkan sampai akhir hayat
menuju fajar kehidupan baru di hari kemudian kelak.
Di atas telah di kemukakan bahawa Nabi Saw. menganjurkan sambil mengamalkan
i'tikaf di masjid dalam rangka perenungan dan penyucian jiwa.
Masjid adalah tempat suci. Segala aktiviti kebajikan bermula di
masjid. Di masjid pula seseorang diharapkan merenung tentang
diri dan masyarakatnya, serta dapat menghindar dari hiruk pikuk
yang menyesakkan jiwa dan fikiran guna memperoleh tambahan
pengetahuan dan pengkayaan iman. Itu sebabnya ketika melaksanakan
i'tikaf, dianjurkan untuk memperbanyak doa dan bacaan Al-Quran,
atau bahkan bacaan-bacaan lain yang dapat memperkaya iman dan takwa.
Nabi
Saw mengajak ahli keluarga dan para sahabat beriktikaf pada sepuluh
hari dan malam terakhir bulan puasa. Di sanalah beliau bertadarus
dan merenung sambil berdoa. Salah satu doa yang paling sering
beliau baca dan hayati
maknanya adalah:
“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan peliharalah kami dan siksa neraka” (QS Al-Baqarah [2]: 201).
Doa ini bukan sekadar berarti permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan kebajikan akhirat, tetapi ia lebih-lebih lagi bertujuan untuk memantapkan langkah dalam berupaya meraih kebajikan yang dimaksudkan. Doa mengandung erti permohonan yang disertai
usaha. Permohonan itu juga berarti upaya untuk menjadikan
kebajikan dan kebahagiaan yang diperoleh dalam kehidupan dunia ini
amat berkait rapat dengan Akhirat kelak. Teks penuh Dr Quraisy Shihab
boleh rujuk link berikut;
Penghalang-penghalang meraih keberkatan Lailatul Qadr
"Susahnya nak bangun Tahajjud" . Terdengar
aduan seorang ibu veteren yang lebih berpengalaman melayari bahtera
kehidupan. Serba serbi kehidupannya serba lengkap dan setiap hari dapat
berdamping dengan al-Qur'an sebagai murabbiyah. Di mana silapnya?.
Sudah bertahun-tahun hal ini berulang dan mohon Allah tunjukkan di
mana silapnya.
"Ada tak pengalaman-pengalaman pahit seperti kebencian, kesal, tak redha sentiasa mengiringi kehidupan puan?" Seharian
dan semalaman ibu itu fikirkannya dengan tujuan untuk melupuskannya
sebelum Allah jemput kita kembali ke Rahmatullah. Besar harapan ibu
agar semua dapat rasa nikmatnya kemanisan bulan Ramadhan. Jika
masih ada rasa negatif itu bersarang berpuluh-puluh tahun dalam diri
menunjukkan petanda 'gagal' atau tak lulus dengan ujian Qadha dan Qadr
Allah.
Alhamdulillah
selepas membuat keputusan 'melupuskan' segala kenangan pahit dengan
redha dan pasrah baru ada kesan mudahnya bangkit Tahajjud. Nak
berdamping dengan Allah mesti dengan 'husnul zhon' sebaik-baik sangkaan
kepada semua Qadha dan Qadr Allah.
Hidup ini sungguh indah jika semua manusia ikut saja apa yang Allah aturkan tanpa sebarang sungutan atau complain
Luahan hati ibu ingin share, jika ada yang sudi nak terima dan cuba sama-sama hayati hakikat ikhlas dan pasrah.
"Mana boleh, kita mesti capai apa yang patut capai. Macam-macam yang kita kena capai.." Respon
salah seorang ibu yang lebih berpengalaman berpuluh tahun dalam
pentadbiran kerajaan . Kadang-kadang cara kita berdoa juga
menyebabkan kita 'gagal' dalam ujian mendapat Redha Allah..
Semasa berdoa, muhasabah selalu "Nak capai apa yang kita mahu atau minta Allah permudahkan kita capai yang DIA nak beri?"
Bila
kita doa mohon Allah kurniakan apa yang kita nak, belum tentu doa itu
Allah suka atau redha. Maka dari situlah datangnya 'stress' bila kita
diuji tak dapat capai apa yang kita mahu... Cubalah sempena Ramadhan
yang 'mungkin kali terakhir' buat kita semua, ubah paradigm mohon Allah
kurniakan yang terbaik untuk kita di sisi-NYA setelah berpuluh-puluh
tahun kita seolah-olah mengarah dan mengajar Allah penuhi apa yang kita
mahu. Teguran ini untuk peringatkan diri ibu sendiri dan berkongsi
kepada semua insan tersayang dan tercinta walaupun jauh di mata tetapi
masih dekat di hati. Berkorban apa saja agar semua dapat rasa
nikmatnya jika kita pasrah ikut apa yang Allah aturkan.
Artikel yang agak menarik tentang tafsir Lailatul Qadr, boleh rujuk link http://www.drhayei.com/2010/07/tafsir-surah-al-qadr-ayat-1-5.html
Comments
Post a Comment