Posts

Showing posts from October, 2019

Hikamtus Syuyukh Wa Hammasatus Syabab

Image
Alhamdulillah, ibu amat bersyukur kerana Allah aturkan agenda  menarik sepanjang cuti Deepavali bermula dari 24 Oktober  hingga  28 Oktober. Cadangan awal ibu perlu ke Johor, menyambung input 'Bahagia bersama Al-Qur'an'  pada 26 Oktober, namun agenda itu ibu mohon kakak ibu teruskannya. Bagi memujuk hati yang luka kerana suara-suara tidak suka ibu bergerak cergas meninggalkan suami (walaupun suami redha dan benarkan) ibu berhajat hendak bercuti bersama  warga MATRI  dan SRATTI  ber'family  day' di Telok Senangin, Lumut, Perak. Rancangan ini juga mencetuskan  desas desus, suara bimbang keadaan kesihatan si ayah. Bagi meyakinkan,  anak ibu  terus menghubungi pakar  jantung yang dikenalinya kerana beliau mengikuti perkembangan keadaan jantung murabbinya dari jauh. Dr Zamrin ketika itu  berada di Mesir.  Laporan terkini menyarankan agar UOHS istirehat kerana keadaan jantungnya sangat lemah, maka keghairahan ingin bersama di Telok Senangin terpaksa ibu kuburkan. Namun

Seni Mempersiapkan Kematian ( فن الموت )

Image
Bermula dari bulan Julai 2018 hingga  sekarang, seorang demi seorang sahabat dan sahibah  dipanggil pulang menghadap Allah. Tidak  berkecuali kita semua akan menyusul apabila telah sampai masanya kelak. Rasa hiba juga hendak meninggalkan dunia yang fana' ini dalam keadaan  anak cucu belum mantap persiapannya untuk meneruskan kerjaya utama iaitu dakwah dan tarbiyah sebagai keutamaan dalam hidup ini. Namun persiapan ke arah itu masih diteruskan. Dalam keadaan uzurpun suami masih gagah-gagahkan diri menulis dan menulis  membuat persiapan dan merancang kematian  yang mulia. Berusaha semampu mungkin berkongsi pengisian yang semakin mantap sebagai bekalan untuk generasi pewaris. "sahabat-sahabat sangat bimbang menerima hakikat kehilangan UOHS" terdengar suara-suara berbisik ketika Usrah Gabungan (UG) diteruskan setelah tiga minggu suami bercuti istirehat selepas keluar hospital. Apa istimewanya input UOHS? Hanya yang kenal dan mencintai  visi dan misi para anbia, syuhada, sidd

Parenting Al-Quran bersama Ustadzah Dra. Wirianingsih, M.Si., Abu Dhabi ...

Image

WOW !!! Punya 10 anak hafal Qur'an? Subhanallah...

Image

BAHAGIA BERSAMA AL-QUR'AN (2)

Image
Sekembali dari program Wacana Pendidikan HALUAN  zon Utara di ILP (Institut Latihan Pendidikan) Kepala Batas Pulau Pinang pada  12 Oktober 2019, sepanjang perjalanan pulang  sentiasa terdetik dalam jiwa  ini terus  berdoa dan  mohon kepada Allah agar diberi kesempatan  untuk menguasai bahasa Al-Qur'an yang juga bahasa Syurga. Syurga  menjadi impian kita dan sudah seharusnya kita  mampu berkomunikasi dalam bahasa Syurga  sejak di dunia lagi.  Jika Allah takdirkan ibu  disegerakan dapat  berhijrah ke Makkah atau Madinahpun, ibu sanggup asalkan dapat fokus menguasai bahasa Al-Qur'an dan tafsir Qur'an sekali.  "Ya Allah matikan aku di bumi Nabi-MU. Inilah doa dan impianku selamanya dan segala urusan itu kuserahkan kepada-MU". Berhajat sungguh agar sisa-sisa umur yang ada ini sentiasa dapat berdamping dengan Al-Qur'an. Terbayang-bayang harapan, semua cucu cicit  ibu dan para sahabat sahibah menjadi penghafal Al-Qur'an dan merekalah kelak akan merealisas

BAHAGIA BERSAMA AL-QUR'AN

Image
Alhamdulillah, ibu berasa syukur  sangat ke hadrat Allah SWT yang telah mengaturkan 'hiburan'  untuk ibu ber'jaulah' ke Johor dengan izin suami. Redha Allah bersama redha suami. Ibu amat yakin, Alhamdulillah kini keadaan kesihatan suami semakin pulih dan bertambah baik. Insha Allah. Dengan izin dan keredhaannya, Allah permudahkan ibu berpeluang mengunjung  keluarga Almarhum akhi Samjudin Romani dan Almarhum Ustaz Khairy. Terubat rasa rindu setelah bersemuka serta dapat mendakap dan memeluk mereka. Syukur mereka redha dan akan meneruskan perjuangan almarhum suami masing-masing mulai hari Ahad 7 Oktober 2019, walaupun dibenarkan mengambil cuti panjang. Insha Allah berkat bantuan serta komitmen semua sahabat dan sahabiah HALUAN , banyak urusan mereka Allah permudahkan. Simpang Renggam, 03-10- 2019 Jazakumullahu khyran kathira kepada Dato' Safarudin & Datin Noraini serta Hj Baharom dan Hjh Ngasobah menemani perjalanan ibu ke sepanjag ke Simpang Renggam dan