Seni Mempersiapkan Kematian ( فن الموت )
Bermula dari bulan Julai 2018 hingga sekarang, seorang demi seorang sahabat dan
sahibah dipanggil pulang menghadap Allah.
Tidak berkecuali kita semua akan
menyusul apabila telah sampai masanya kelak. Rasa hiba juga hendak meninggalkan
dunia yang fana' ini dalam keadaan anak cucu belum mantap persiapannya untuk
meneruskan kerjaya utama iaitu dakwah dan tarbiyah sebagai keutamaan
dalam hidup ini. Namun persiapan ke arah itu masih diteruskan. Dalam keadaan
uzurpun suami masih gagah-gagahkan diri menulis dan menulis membuat persiapan dan merancang kematian yang mulia. Berusaha semampu mungkin berkongsi pengisian yang semakin mantap sebagai bekalan untuk generasi pewaris. "sahabat-sahabat sangat bimbang menerima hakikat kehilangan UOHS" terdengar suara-suara berbisik ketika Usrah Gabungan (UG) diteruskan setelah tiga minggu suami bercuti istirehat selepas keluar hospital. Apa istimewanya input UOHS? Hanya yang kenal dan mencintai visi dan misi para anbia, syuhada, siddiqin dan solehin akan merasai lontaran mutiara-mutiara kata beliau.
Sering beliau ingatkan dalam UG Tak dapat mati syahid, sekurang-kurang dalam proses ke arah mempersiapkan generasi pewaris mewarisi gedung tarbiyah yang sarat dalam jiwa dan pemikirannya kini. Ibu secara tidak langsung memegang amanah untuk mendokumentasikan segala warisan berharga tersebut.
![]() |
Kenangan Untuk Anak Cucu~ September 2019 |
Sering beliau ingatkan dalam UG Tak dapat mati syahid, sekurang-kurang dalam proses ke arah mempersiapkan generasi pewaris mewarisi gedung tarbiyah yang sarat dalam jiwa dan pemikirannya kini. Ibu secara tidak langsung memegang amanah untuk mendokumentasikan segala warisan berharga tersebut.
Berharga untuk membangunkan
khaira ummah, bukan berharga nak jual
buku tetapi mewariskan bahan tarbiyah itu
untuk anak cucu sampai hari
kiamat. Tidak terdesak langsung hendak mencari keuntungan menjual buku.
Biasanya buku-buku dakwah dan tarbiyah memang hanya diminati oleh perajurit akidah sahaja bukan oleh majoriti
anggota masyarakat. Buktinya buku ‘Kaunseling Rabbani’ masih dipandang sepi oleh kebanyakan kaunselor, namun ibu
amat yakin akan sampai masanya, Allah aturkan waktu yang tepat
(walaupun ibu sudah tiada di dunia ini lagi), akan ada insan-insan mulia memanfaatkan buku
tersebut merubah pemikiran generasi baru
menjadi ‘Ibadur Rahman’ melalui kaunseling Rabbani. Kita usaha semakismanya,
natijah serah kepada Allah. Natijah milik Allah. Inilah pujukan demi pujukan
suami ibu bisikan agar ibu tidak terlalu harapkan natijah.
Tahun 2018 yang lalu, 2 pelajar UUM (Universiti Utara
Malaysia, Sintok) berulang alik ke Tunjung menjalani sesi kaunseling
untuk menyiapkan assignment berkaitan terapi dan teori yang ibu
gunakan. Berbeza dengan tahun 2019, empat orang pelajar Ijazah Kaunseling
tahun akhir dan bersama seorang pelajar tahun 2 membuat temu janji
untuk mengadakan sesi wawancara . Tarikh awalnya pada 8 Oktober terpaksa
ibu mohon tunda ke 15hb kerana ibu agak stress jika ada pertembungan dua
program sehari. Umur di ambang senja, tidak larat hendak fokus dua program
sehari. Begitu juga urusan dapur, selepas Zohor hingga larut malam, ibu larat
urus dapur di ruang tamu ibu sahaja. Semoga golongan muda sentiasa
memahami kudrat orang tua, memang tak mampu nak bergerak cergas seperti
mereka, apa lagi ibu perlu fokus dalam aktiviti menulis, perlukan suasana yang
tenang dan santai sepanjang masa.
Ibu tidak dimaklumkan yang akan hadir seramai
5 orang, siap juru rakam video sekali. Jamu apa yang adalah. Yang penting
objektif mereka tercapai untuk menlengkapkan maklumat mengikut soalan dan
format yang disediakan oleh pensyarah mereka. Mudah-mudahan anak-anak muda ini
kelak akan membumikan Kaunseling Rabbani yang ibu harapkan ia akan membumi
sepenuhnya sebelum ibu kembali menghadap Allah kelak. Kini dalam keadaan
suami belum pulih, pergerakan ibu dibataskan dalam tempoh tertentu.
Terasa juga 'panas' semacam sebab memang hobi ibu bermusafir. Alhamdulillah
Allah ganti cara lain melalui kehadiran anak-anak muda mencari ilmu
datang ke rumah. Kehadiran mereka mencari ilmu dan pengalaman tentang
Kaunseling Rabbani sangat dialu-alukan. Syukur Alhamdulillah, mungkin ini
adalah lanjutan hubungan baik mereka mewakili UUM dengan ibu di Tunjung. Tidak
mustahil akan berlaku pengajian Kaunseling Rabbani PJJ (Pengajian Jarak
jauh) secara online. Natijah milik Allah, tidak salah ibu berimpian
sebegitu semata-mata untuk menolong Deen Allah dalam keadaan Islam
kini kembali Dagang.
Sesi wawancara bermula jam 9.40 pagi
hingga hampir jam1.00 tengah hari, mendapatkan maklumat
tentang latar belakang pendidikan yang memudahkan perjalanan ibu
mengambil Sarjana dalam Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling
Penyampaian UOHS dibantu oleh UHO dan CMAZ
hari Selasa malam Rabu yang lalu bertajuk "Amal Yang
Afdhal" adalah amal soleh yang berpanjangan ganjaran pahalanya
walaupun kita telah meninggal dunia. Sebab itu pentingnya
kita merancang kematian yang mulia. bagaimana hendak tahu
amal yang afdhal itu, mesti bermula dari niat dan diikuti dengan kefahaman
dan kesedaran yang mendalam hingga memnumbuhkan kemanisan iman,
seronok membuat kerja-kerja sukarelawanan mengajak masyarakat memahami
Islam sebagai Deen dan cara hidup sepanjang hayat.
Comments
Post a Comment