Posts

Showing posts from April, 2017

PASRAH

Image
Mohonlah kekuatan daripada Allah setiap detik, masa dan ketika walaupun di mana kita berada. Hidup ini Allah nak uji keikhlasan, pasrahlah  menunggu apa sahaja keputusan dari Allah  asalkan Allah SWT sentiasa  anugerahkan hidayah dan taufiq, maghfirah-Nya serta  husnul khotimah ke destinasi akhir walau di mana kita berada kelak. Mohon Allah iringkan hidayah dan taufiq-Nya keadaan bertambah baik di mana sahaja kita berada nanti. Hidup ini bagai pelakon di pentas  dunia. Beruntunglah mereka yang mensucikan diri  dan merugilah orang yang mengotori wataknya sebagai pengabdi  yang taat.Teringat  pesanan seorang ulamak, jadilah kamu seperti 'batang  kayu' yang terapung  di tengah gelora di lautan. Insya Allah akan selamat. Pengalaman lalu sangat  banyak mendidik, Alhamdulillah. Memang  terkilan melihat majoriti golongan  berilmu agama,  namun cara melayan orang tua macam budak-budak. Ibu bapa sahaja yang kena  dengar cakapnya, sebaliknya tidak diberi  ruang langsung hendak mende

Jiwa Girang Jika Kita Mentauhidkan Allah SWT

Image
Minggu lepas, selepas bermusafir Johor, Melaka & Bangi girang rasa jiwa  kerana dapat bersilaturahim dengan ahli keluarga  dan sahabat handai sekitar Johor. Sampai di Tunjung, mungkin kurang  rehat, graf girang merudum jatuh laju. Astaghfirullah al Azim. Muhasabah diri, berbincang dengan suami dan anak kandung, apa yang tidak kena?. Bila jiwa  diracuni, mulalah mencari faktor-faktor luaran sebagai mangsa ''melepas diri'. Ibu segera  beristighfar mohon petunjuk dari Allah, apa yang tidak kena dengan jiwa ini. Subhanallah, jawapan daripada Yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang,  Allah izin  ibu  terlupa  membaca  doa  yang  bagaikan 'nyawa' sepanjang  ibu mendapat tarbiyyah. Sering ingatkan  orang lain, diri sendiri boleh lupa dek sibuknya   bermusafir. Jom ajak-ajaklah orang lain  s elamatkan diri kita dengan perbanyakkaan  doa   berikut; يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ وَ عَلَى طَاعَتِكَ "Wahai yang membolak-balikkan ‘qalbu’, t