Monday, 11 August 2014

Kerdilkan Syaitan hingga Menjadi Debu...Allahu Akbar

Umat Islam jangan sekali-kali takut dengan kuasa 'kerdil'  kebatilan  Israel yang  dayus dan pengecut.. Pembunuh orang awam khususnya wanita dan kanak-kanak tetapi  mereka amat takut apabila berhadapan dengan Sayap Hamas, Brigade  Izzudin al-Qassam. Amat benarlah firman Allah bahawa syaitan @ iblis serta kuncu-kuncunya tidak akan dapat mengalahkan para Mukhlisin (pejuang-pejuang yang ikhlas).

Syaitan juga turut mengakui di hadapan Allah bahawa dia dapat sesatkan semua anak Adam kecuali mereka yang Ikhlas..Terkandung dalam al-Qur'an surah Al Hijr:39-40
Syaitan berkata " Sungguh  aku akan sesatkan manusia  semuanya, kecuali orang yang ikhlas"

Sekutu-sekutu syaitan walau di mana, setiap masa dan ketika, sama saja fesyen, tabiat , tipu daya dan tembelangnya. Hakikatnya  memang mereka  amat takut berhadapan dengan orang-orang yang  ikhlas. Sentiasa mencari alasan, tipu helah nak lari dan mengelak..
Bacalah  seerah Saidina Umar, syaitan akan lari ketakutan dan kucar kacir  apabila ternampak Saidina Umar  al Khattab  dari jauh.
Keikhlasan adalah kekuatan yang Allah izin  dapat tundukkan  dan hancurkan kebatilan di mana saja.

Barakallahu lakuma..anaknda Zikry dan Siti Khadijah
Strategi  syaitan dan kuncu-kuncunya selalu adakan serangan pada waktu orang Mukmin sedang tidur . Jika tidak dapat tawan mukmin itu,mereka tidak putus asa malah ahli keluarga  Mukmin itu turut menjadi sasaran serangannya. Beginilah tabiat syaitan berwajah manusia seperti pengganas Israel, dihambatnya pejuang Islam atau Mujahid. Jika mereka gagal, akhirnya ahli keluarga  mujahid itu menjadi sasaran, terutama wanita dan kanak-kanak.

Justeru itu para Mukmin perlu istoqomah berqiamulail dan bertahajjud  untuk kukuhkan keikhlasan dalam perjuangan  agar syaitan sentiasa takut dan akhrnya menjadi kerdil dan kenit sebesar debu atau habuk.. Semua amalan kuncu-kuncu syaitan tidak ada nilai langsung di sisi Allah..hanya bagai  debu-debu yang berterbangan..

Usah sedih atau kecewa  jika   mereka tidak menepati atau mengkhianati janji. Memang itu tabiat dan permainan hidup  mereka amat sukar  menepati janji.. Mereka akan menghilangkan diri  apabila diajak berdepan atau bersemuka untuk bersilaturahim bersama  orang-orang yang ikhlas..

Orang-orang beriman  usah takut untuk menghancurkan segala kebatilan yang dibawa oleh syaitan dan kuncu-kuncunya termasuk  Zionis@Israel. Sebenarnya jiwa mereka kosong, tidak ada roh langsung kerana angkuh dan sombong kepada Allah. Bahkan Allah sentiasa melaknat mereka di atas sifat munafik dan kekufuran yang dibanggakan untuk menentang  agama Allah.

Penjudi, telek nasib, tukang sihir dan peminum arak juga merupakan kuncu-kuncu syaitan  sejak dahulu lagi. Perokok juga  merupakan pendukung Zionis dan Yahudi walaupun mereka  bernama Islam. Maksiat  mereka  adalah kerana terlalu banyak beri sumbangan dana  membantu  kemenangan Zionis membantai rakyat Gaza.

Jika umat Islam ingin melihat kemenangan Islam untuk generasi akan datang, berjihadlah melawan nafsu..Jangan merokok. Jika semua umat Islam Islam  ikhlas dan tidak mahu  merokok lagi, Ekonomi Yahudi dah boleh hancur..Jika tidak hancurkan sekarang, nak tunggu bila lagi?

Jom sama-sama kita sedarkan para perokok  dengan penuh cinta dan kasih sayang..masa depan generasi akan datang juga berada di tangan mereka.. Makin ramai di kalangan mereka berjihad  'Nyah Rokok!!', makin cepatlah ekonomi Israel akan musnah dan lumpuh, Insha Allah makin cepat Islam akan memimpin dunia..

"Ya Allah  lindungilah para Mukmin dan keluarganya di depan dan di belakang, di atas dan di bawah dan di kanan dan di kiri mereka daripada semua serangan syaitan dan kuncu-kuncunya..Bebaskan mukmin itu dan ilhamilah para Mukmin itu memenangkan Islam di mana saja mereka berada, setiap detik dan masa hanya mengharapkan keredhaan MU saja..Permudahkan urusan kami ya Allah..."

Wallahu alam

Friday, 8 August 2014

Menjana Kekuatan Ummah ( 3 )

Kekuatan ummah perlu setara di kalangan umat Islam sedunia samada di negara yang sedang berperang atau tidak, semuanya bagaikan satu tubuh, dicubit peha kanan, peha kiri bahkan satu badan turut merasa sakit. Namun bagi mereka  yang benar-benar  ikhlas  berjuang di jalan Allah, semua kesakitan yang dialami  tidak terasa kerana  janji-janji  Allah  sentiasa menjadikan diri mereka kebal lantaran merindui destinasi  yang abadi menanti mereka di  Syurga.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

20."Orang yang  beriman yang berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah  orang yang memperolehi kemenangan.
21.Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberi rahmat, keredhaan dan syurga, mereka memperolehi  kesenangan yang  kekal di dalamnya
22.Mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah lah pahala yang besar" ( Surah At Taubah: 20- 22)

Rasulullah saw bersabda:  
“Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya” 
Hadith riwayat Muslim.

Ramai di kalangan kita bersedih mendapat berita kematian penduduk Palestin khususnya kanak-kanak mencapai ribuan sejak berlaku peperangan dalam bulan Ramadhan. Kematian bagi orang beriman yang diusir dan dirampas tanah airnya serta mereka berjihad  merebut kembali tanah tumpah darahnya merupakan satu perjalanan para syuhada memasuki fasa kehidupan bahagia yang abadi.
Allah SWT ganti dengan kelahiran seramai 4,500 bayi dilahirkan sepanjang 29 hari peperangan.
Kita dapat lihat amat jauh reaksi ibu-ibu Palestine hadapi kematian anak-anaknya dengan tenang bahkan ada dengan senyuman kerana mereka faham anak-anaknya menunggu mereka di pintu syurga kelak.

Berbeza keadaan dengan ibu -ibu Israel hadapi kematian dengan trauma dan kesedihan yang amat sangat. Bagi mereka  kehidupan di dunia ini adalah syurga  walaupun berjaya merompak dan merampas tanah air milik umat Islam. Mereka  sanggup berperang untuk  hidup, sebaliknya  mujahid Palestine berperang untuk syahid..

Menonton rancangan Deen Show memang teruja melihat kesungguhan  pendakwah Barat menyampaikan mesej Islam secara mudah dan santai. Betapa bersungguh-sungguhnya mereka mengajak mereka yang non Muslim  bersujud kepada Tuhan yang satu. Mengajak manusia mengerti dan berbangga  Allah pilih kita menjadi Muslim  dan perlu pertontonkan identiti Muslim sebaik-baiknya bahawa hidup di dunia ini menuai dan hasilnya  adalah selepas kita transit di alam barzakh menuju ke alam yang abadi. Berlumba-lumbalah melakukan kebaikan seikhlasnya...

Beruntungnya mereka  yang dapat mengislamkan mereka yang bukan Muslim ganjarannya  adalah lebih baik  dari seisi langit dan bumi..Masha Allah..

Sehubungan itu ibu nak ucapkan 'Barakallahu wa barakaa alaika wa jama'a bainakuma fii khair' kepada pasangan pengantin Loh Kah Fai diijab kabulkan dengan Nur Aina Atikah Bte Hj Rosli. Walaupun sudah memeluk Islam tetapi masih mengekalkan nama  asalnya Kah Fai yang bermaksud penghulu keluarga. Semoga Allah permudahkan beliau menikmati kemanisan Iman dan Islam melayari bahtera rumah tangga Islam sebagai penghulu keluarga hingga ke syurga.
Semoga  Allah berkati  selamanya, Insha Allah..
Siapa  sangka  umat Islam di Eropah  bersujud  kepada  Allah  seramai ini??
Semasa sesi ziarah Syuyukh bersama anak menantu dan keluarga besan  pada 4 Syawal baru-baru ini, ibu  terpesona mendengar  cerita bahawa Islam akan menerajui kepimpinan dunia menjelang tahun 2025 bermula dengan kemenangan di Palestine. Petandanya telah lahir team mujahid yang IKHLAS berjuang kerana Allah.. Insha Allah. 

Umat Islam seluruh dunia perlu berikan komitmen dengan doa terbaik yang berterusan, berinfaq  dan  bersungguh-sungguh dalam jihad melemah dan melumpuhkan ekonomi Israel yang didukung oleh Amerika dan sekutu- sekutunya. Komitmen ini perlu dibuat untuk selama-lamanya. Jika dapat  lumpuhkan syarikat  rokok sahaja, maka akan 'kerdil'lah  Israel. Berjihadlah  melawan hawa nafsu suka merokok.. anda telah membantu kemenangan  umat Islam di Palestine!



Berita dan gambar-gambar membantah keganasan Israel ke atas Gaza membuktikan umat Islam di Eropah semakin ramai. Kini pendatang dari Timur Eropah lebih kurang 65 juta adalah Muslim menjelang tahun 2017 dijangka akan bertambah 5 juta lagi menjelang tahun 2031 menjadi 70 juta.

Kajian terbaru ini telah menunjukkan ketakutan dan kebimbangan Israel ke atas peningkatan jumlah anak muda Islam yang semakin bertambah.
Berita beratus-ratus masjid baru dibina hampir 1,500 buah. 10 di Perancis, 8 di Sweden, 4 di Hungary, 2 di Russia dan 184  di Jerman.
Masjid terbesar di Eropah adalah Masjid Qolsharif di Tatarstar.
Pakar Sains Politik Universiti Giessen Jerman menyebut " Masyarakat Muslim sudah berani keluar menonjolkan diri mereka sebenarnya".

Generasi  ke-3 Muslim di Jerman telah menyaksikan 184 masjid di Jerman
dan 159 lagi masih dalam pembinaan. Bagaimana  dengan generasi  ke-3  kita di Malaysia?, mungkinkah  mereka  akan menikmati keindahan Islam jika  ibu bapanya sering melewat-lewatkan solat bahkan solat di hujung waktu dan jarang  ke masjid dan surau?

Di London nama Muhammad sudah disebut akan mengambil alih nama 'Jack' sebagai anak lelaki  yang paling popular di kalangan masyarakat Muslim ( pendatang dari Pakistan dab Bangladesh).
Akhbar The Telegraph melaporkan kini nama 'Jack' telah merosot kepada 7,000 bayi, diikuti oleh nama Muhammad seramai  6,000 bayi yang telah mengalahkan nama 'Thomas' yang sebelum ini menduduki tempat kedua di London.

Semoga  keislaman mereka  adalah Islam yang berkualiti, Insha Allah Islam will dominate!!

Serangan  terhadap World Trade Centre pada 11 September 2001 telah membuka minda dan pintu hati kebanyakan orang Eropah untuk mencari kebenaran untuk merasai nikmat hidup abadi di Syurga nanti.

Semoga Zaman Kegemilangan @ Zaman Keemasan Islam akan segera mengambil alih kepimpinan zalim dari Amerika yang didalangi oleh Zionis Antarabangsa.  Sama-sama kita berdoa dan usahakan ikut kemampuan agar generasi ketiga kita akan menikmati keadilan, kemakmuran, kesejahteraan, rasa aman, pendamaian dan persaudaraan. Di zaman keemasan ini semua manusia akan merasakan nikmat cinta berteraskan Akidah, pengorbanan diri, lapang dada , kasih sayang dan kesetiaan..
Wallahu alam..

 Isteri Kah Fai  bersama bonda-bonda saudaranya

Sunday, 3 August 2014

Menjana Kekuatan Ummah (2)

Berakhirnya Ramadhan, umat Islam digalakkan hidupkan malam hari raya
dengan Takbir, zikir, solat, baca Qur'an dan berdoa kerana  waktu ini  merupakan salah satu waktu mustajabnya doa. Allah izin selepas aktiviti rutin menghidupkan malam ibu tertidur dan bermimpi indah hadiah dari Allah..Alhamdulillah,semoga menjadi kenyataan. Insha Allah.

Puasa 6 juga merupakan peluang untuk kita semua terus menghidupkan syuur Ramadhan seolah-olah kita berpuasa sepanjang tahun.. (kedua-dua fakta ini ada hadis sohehnya Insha Allah)

Berdoalah dan terus berdoa. Siapkan skrip doa paling syahdu, bila-bila masa kita boleh berdoa..
"Ya Allah, satukan hati-hati seluruh umat Islam sedunia  khususnya pemimpin-pemimpin negara Islam..satukan mereka dengan penuh sedar atas  dasar satu akidah  ikhlas  ingin memperhambakan diri hanya sanya kepada-MU..
Ya Allah suburkan silaturahim pemimpin-pemimpin Islam atas dasar berukhuwwah kerana-MU.. Walaupun terdapat  banhyak perbezaan antara mereka namun  mereka  redha untuk terus bersatu dan saling melengkapi kekurangan yang ada demi menyelamatkan  umat Islam yang teruk dizalimi oleh musuh-musuh-MU.
Ya Allah, kami  memohon pertolongan-MU untuk melupuskan segala ego dan semua sifat mazmumah khususnya di kalangan pemimpin umat Islam digantikan dengan jiwa yang tawadhuk dan dihiasi sifat-sifat MAHMUDAH.
Mulai saat ini  lapangkanlah hati   mereka  untuk memilih  dan  membenarkan sinar Rahmat-MU mengiringi setiap detik kehidupan umat Islam  sedunia  demi membina dan mengukuhkan kekuatan ummah untuk mengalahkan semua musuh-musuh-MU khususnya Zionis yang sudah terbukti merupakan pengganas tegar sedunia. Hancurkanlah dan pecah belahkan kekuatan kebatilan mereka dan sekutu-sekutu mereka  sebagaimana berlaku dalam kisah  benar di dalam al-Qur'an bagaimana Engkau hancurkan tentera Abrahah yang cuba menakluk Makkah, dan tenggelamnya Firaun dalam lautan dan terkuburnya  Haman dan Qarun dalam longgokan harta kekayaannya"..Amin ya Rabb

Segala yang nampak mustahil di dunia ini akan berubah menjadi tidak mustahil jika Allah kehendakki dan izinkan bergantung kepada sejauh mana ikhlasnya seorang hamba itu berdoa dengan penuh harap. Untung ruginya kesan doa itu juga bergantung kepada titik bertolak doa kita  samada untuk kepentingan diri dan dunia fana ini atau untuk kepentingan ummah dan akhirat nanti. Lebih beruntung bagi mereka doa seperti Uwais al Qarni, sentiasa berusaha  mendoakan  untuk orang lain dan manfaatnya Uwais dikenali oleh penduduk di langit..
Tidak ada ruginya kita istiqomah doakan Gaza dan semua penduduk Islam yang dizalimi demi masa depan generasi pewaris kita juga agar mereka turut merasai nikmat Iman, Islam, Ihsan dan ukhuwwahfillah hingga hari Kiamat.
Majoriti umat Islam kini tertipu lebih mencintai produk Israel

Kesan didikan Ramadhan yang perlu kita teruskan adalah bangun Tahajjud secara istiqomah seawal mungkin di mana ibu diingatkan oleh seorang kenalan agar biasakan  tahajjud sekitar jam 2.30 hingga 3.30 pagi seperti yang diamalkannya setiap hari hasil didikan ayahnya seorang ustaz. Walaupun usianya masih muda, banyak sumbangannya untuk ummah dan kebaikannya kembali kepada diri dan keluarganya. Sungguh ajaib, nampak macam mustahil tetapi tidak mustahil apabila ikhlas
mohon kepada Allah  dengan  niat ingin menjana kekuatan ummah. Bermula dari kekuatan Roh, akidah mudah disejahterakan, emosi akan sentiasa stabil, fikiran teratur dan aktiviti lancar diiringi oleh keberkatan dan redha Allah SWT..Syaitan sentiasa gagal menggodanya atau mengganggunya.


Masih ada sungutan demi sungutan agak 'liat' nak bangun Tahajjud.  Kaji seerah Rasulullah saw di awal kerasulannya..Paksa diri dan disiplinkan diri menyahut seruan Allah dalam surah al Muzzammil dan Al Muddatsir..
Baca berulang-ulang kali kedua-dua surah ini dengan penuh yakin dan bulat hati mohon Allah fahamkan kita akan tuntutan-NYA dan permudahkan kita jadikan Tahajjud sebagai salah satu hobi yang dicintai sepanjang hayat. Kemenangan umat Islam sejak dahulu lagi bermula dengan Tahajjud..
.

Kemenangan dalam Perang Badar, semua sahabat solat Tahajjud hingga Rasulullah Saw berdoa sampai Subuh " Jika Engkau tidak menangkan kami, maka tidak ada lagi hamba yang akan menyembah-MU hingga kiamat" .Rasulullah saw berdoa  diiringi  dengan deraian air mata  hingga para sahabat khususnya Saidina Abu Bakar amat simpati lalu  memujuk baginda " Ya Rasulullah, Allah pasti makbulkan doamu..". Akhirnya tentera Islam menang walaupun tidak cukup kelengkapan perang dan jumlah tenteranya sedikit.

Saidina Umar ra pernah siasat para tenteranya apabila mereka kalah dalam peperangan..Selepas menjalankan siasatan barulah  dikenalpasti punca kekalahan  kerana masih ada tentera tidak  bangun menunaikan solat tahajjud.
Walaupun kita bukan tentera di medan jihad, kewajipan kita adalah  cuba sedaya  upaya permudahkan  pejuang-pejuang beroleh kemenangan dengan melemahkan kekuatan musuh di samping  doa kita dalam tahajjud setiap malam. Jika kita tidak usahakan sekarang , bagaimana anak cucu kita dapat beribadah dengan selesa dalam keadaan ditawan oleh Zionis.
Benarlah kata-kata Muhammad Zeyra salah seorang pendukung  Briged Izzudin Al Qassam sudah terbukti Israel berjaya menawan dan menjajah dunia Islam yang lain tetapi mereka gagal menawan Gaza. Ada teguran tersirat di sebalik kata-kata hikmah itu mengajak semua pemimpin Islam sedunia bersatu hati menghancurkan  Israel.. Sama-sama kita doakan agar semua negara Islam  bersatu dan tulus ikhlas membantu  pembebasan  Palestine dengan memboikot semua produk Israel dan sekaligus terus bekalkan dana menyelamatkan anak-anak dan mereka  yang tidak berdosa.
Berdoalah sepenuh hati  dalam Tahajjud kalian, mudah-mudahan doa kita  semua Allah makbulkan. Amin.

Dalam Ukhuwwah Islamiyah ada kekuatan.Kekuatan Iman dan Ukhuwwah kerana Allah yang
pasti menggetarkan musuh  yang hanya  bergantung kepada  ikatan  berasaskan kekuatan ekonomi  dan kebendaan  semata-mata  tetapi  '0' rohnya. Sepertimana kita  mohon pertolongan Allah ketika berhadapan dengan syaitan, Insha Allah kemenangan pasti bersama  pendukung Deen Allah kerana hakikat  sebenarnya Zionis  dan sekutu-sekutunya tidak kuat apabila  Ekonomi mereka ditekan dan diboikot. Kesatuan akidah dan ukhuwwah  sahaja  yang dapat mengalahkan mereka. Insha Allah

ROH mereka KELAPARAN

Segala puja dan puji hanya milik Allah Selawat dan salam khusus  untuk Rasul junjungan... Semua di kalangan kita amat menyakini bahaw...