Menjana Kekuatan Ummah ( 3 )
Kekuatan ummah perlu setara di kalangan umat Islam sedunia samada di negara yang sedang berperang atau tidak, semuanya bagaikan satu tubuh, dicubit peha kanan, peha kiri bahkan satu badan turut merasa sakit. Namun bagi mereka yang benar-benar ikhlas berjuang di jalan Allah, semua kesakitan yang dialami tidak terasa kerana janji-janji Allah sentiasa menjadikan diri mereka kebal lantaran merindui destinasi yang abadi menanti mereka di Syurga.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
20."Orang yang beriman yang berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang yang memperolehi kemenangan.
21.Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberi rahmat, keredhaan dan syurga, mereka memperolehi kesenangan yang kekal di dalamnya
22.Mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah lah pahala yang besar" ( Surah At Taubah: 20- 22)
Rasulullah saw bersabda:
“Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya”
Hadith riwayat Muslim.
Ramai di kalangan kita bersedih mendapat berita kematian penduduk Palestin khususnya kanak-kanak mencapai ribuan sejak berlaku peperangan dalam bulan Ramadhan. Kematian bagi orang beriman yang diusir dan dirampas tanah airnya serta mereka berjihad merebut kembali tanah tumpah darahnya merupakan satu perjalanan para syuhada memasuki fasa kehidupan bahagia yang abadi.
Allah SWT ganti dengan kelahiran seramai 4,500 bayi dilahirkan sepanjang 29 hari peperangan.
Kita dapat lihat amat jauh reaksi ibu-ibu Palestine hadapi kematian anak-anaknya dengan tenang bahkan ada dengan senyuman kerana mereka faham anak-anaknya menunggu mereka di pintu syurga kelak.
Berbeza keadaan dengan ibu -ibu Israel hadapi kematian dengan trauma dan kesedihan yang amat sangat. Bagi mereka kehidupan di dunia ini adalah syurga walaupun berjaya merompak dan merampas tanah air milik umat Islam. Mereka sanggup berperang untuk hidup, sebaliknya mujahid Palestine berperang untuk syahid..
Menonton rancangan Deen Show memang teruja melihat kesungguhan pendakwah Barat menyampaikan mesej Islam secara mudah dan santai. Betapa bersungguh-sungguhnya mereka mengajak mereka yang non Muslim bersujud kepada Tuhan yang satu. Mengajak manusia mengerti dan berbangga Allah pilih kita menjadi Muslim dan perlu pertontonkan identiti Muslim sebaik-baiknya bahawa hidup di dunia ini menuai dan hasilnya adalah selepas kita transit di alam barzakh menuju ke alam yang abadi. Berlumba-lumbalah melakukan kebaikan seikhlasnya...
Beruntungnya mereka yang dapat mengislamkan mereka yang bukan Muslim ganjarannya adalah lebih baik dari seisi langit dan bumi..Masha Allah..
Beruntungnya mereka yang dapat mengislamkan mereka yang bukan Muslim ganjarannya adalah lebih baik dari seisi langit dan bumi..Masha Allah..
Sehubungan itu ibu nak ucapkan 'Barakallahu wa barakaa alaika wa jama'a bainakuma fii khair' kepada pasangan pengantin Loh Kah Fai diijab kabulkan dengan Nur Aina Atikah Bte Hj Rosli. Walaupun sudah memeluk Islam tetapi masih mengekalkan nama asalnya Kah Fai yang bermaksud penghulu keluarga. Semoga Allah permudahkan beliau menikmati kemanisan Iman dan Islam melayari bahtera rumah tangga Islam sebagai penghulu keluarga hingga ke syurga.
![]() |
Semoga Allah berkati selamanya, Insha Allah.. |
![]() |
Siapa sangka umat Islam di Eropah bersujud kepada Allah seramai ini?? |
Semasa sesi ziarah Syuyukh bersama anak menantu dan keluarga besan pada 4 Syawal baru-baru ini, ibu terpesona mendengar cerita bahawa Islam akan menerajui kepimpinan dunia menjelang tahun 2025 bermula dengan kemenangan di Palestine. Petandanya telah lahir team mujahid yang IKHLAS berjuang kerana Allah.. Insha Allah.
Umat Islam seluruh dunia perlu berikan komitmen dengan doa terbaik yang berterusan, berinfaq dan bersungguh-sungguh dalam jihad melemah dan melumpuhkan ekonomi Israel yang didukung oleh Amerika dan sekutu- sekutunya. Komitmen ini perlu dibuat untuk selama-lamanya. Jika dapat lumpuhkan syarikat rokok sahaja, maka akan 'kerdil'lah Israel. Berjihadlah melawan hawa nafsu suka merokok.. anda telah membantu kemenangan umat Islam di Palestine!
Umat Islam seluruh dunia perlu berikan komitmen dengan doa terbaik yang berterusan, berinfaq dan bersungguh-sungguh dalam jihad melemah dan melumpuhkan ekonomi Israel yang didukung oleh Amerika dan sekutu- sekutunya. Komitmen ini perlu dibuat untuk selama-lamanya. Jika dapat lumpuhkan syarikat rokok sahaja, maka akan 'kerdil'lah Israel. Berjihadlah melawan hawa nafsu suka merokok.. anda telah membantu kemenangan umat Islam di Palestine!
Berita dan gambar-gambar membantah keganasan Israel ke atas Gaza membuktikan umat Islam di Eropah semakin ramai. Kini pendatang dari Timur Eropah lebih kurang 65 juta adalah Muslim menjelang tahun 2017 dijangka akan bertambah 5 juta lagi menjelang tahun 2031 menjadi 70 juta.
Kajian terbaru ini telah menunjukkan ketakutan dan kebimbangan Israel ke atas peningkatan jumlah anak muda Islam yang semakin bertambah.
Berita beratus-ratus masjid baru dibina hampir 1,500 buah. 10 di Perancis, 8 di Sweden, 4 di Hungary, 2 di Russia dan 184 di Jerman.
Masjid terbesar di Eropah adalah Masjid Qolsharif di Tatarstar.
Pakar Sains Politik Universiti Giessen Jerman menyebut " Masyarakat Muslim sudah berani keluar menonjolkan diri mereka sebenarnya".
Generasi ke-3 Muslim di Jerman telah menyaksikan 184 masjid di Jerman
dan 159 lagi masih dalam pembinaan. Bagaimana dengan generasi ke-3 kita di Malaysia?, mungkinkah mereka akan menikmati keindahan Islam jika ibu bapanya sering melewat-lewatkan solat bahkan solat di hujung waktu dan jarang ke masjid dan surau?
Di London nama Muhammad sudah disebut akan mengambil alih nama 'Jack' sebagai anak lelaki yang paling popular di kalangan masyarakat Muslim ( pendatang dari Pakistan dab Bangladesh).
Akhbar The Telegraph melaporkan kini nama 'Jack' telah merosot kepada 7,000 bayi, diikuti oleh nama Muhammad seramai 6,000 bayi yang telah mengalahkan nama 'Thomas' yang sebelum ini menduduki tempat kedua di London.
Semoga keislaman mereka adalah Islam yang berkualiti, Insha Allah Islam will dominate!!
Serangan terhadap World Trade Centre pada 11 September 2001 telah membuka minda dan pintu hati kebanyakan orang Eropah untuk mencari kebenaran untuk merasai nikmat hidup abadi di Syurga nanti.
Semoga Zaman Kegemilangan @ Zaman Keemasan Islam akan segera mengambil alih kepimpinan zalim dari Amerika yang didalangi oleh Zionis Antarabangsa. Sama-sama kita berdoa dan usahakan ikut kemampuan agar generasi ketiga kita akan menikmati keadilan, kemakmuran, kesejahteraan, rasa aman, pendamaian dan persaudaraan. Di zaman keemasan ini semua manusia akan merasakan nikmat cinta berteraskan Akidah, pengorbanan diri, lapang dada , kasih sayang dan kesetiaan..
Wallahu alam..
![]() |
Isteri Kah Fai bersama bonda-bonda saudaranya |
Comments
Post a Comment