Posts

Showing posts from January, 2020

Membangun Karakter Anak Muda

Image
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya  milik Allah yang  telah mengizinkan kita menikmati kemanisan iman demi meneruskan kerjaya utama  kita sebagai pendakwah di bumi Allah yang maha luas ini.  Selawat dan salam buat Rasul junjungan Sallallahu alaihi wassalam, ahli keluarga, para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas  mengabdikan diri hanya sanya kepada  Allah Rabbul Jalil hingga  hari Kiamat. Semoga Allah himpunkan roh kita sentiasa  bersama kafilah @ rombongan para  anbia, para siddiqqin, para syuhada dan para solehin menuju ke syurga-Nya dengan redha Allah selama-lamanya. Aamiin  ya Rabbal alamin. Tajuk membangun karakter anak muda hari ini sangat memerlukan kita memahami perjalanan seerah cara bagaimana  Rasulullah sallallahu alaihi wassalam  membangunkan jiwa sentiasa  akrab dengan Allah SWT.  Roh  dahulu  yang perlu diberikan makanan, bukan perut!  Kini, gara-gara  mengutamakan perut, ada anak-anak sanggup  bermasam muka dengan ibu bapa, tidak menjaga adab dengan ibu b

Projek Simfoni DBP

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah  Lagi Maha Penyayang Segala puji-pujian hanya  milik Allah Rabb yang menguasai sekelian alam. Selawat dan salam ditujukan khusus buat Rasul junjungan SAW yang selayaknya  disanjung di atas keperihatinan, kepayahan dan pengorbanan baginda yang sangat mengharapkan kesemua umatnya akan selamat beriman di dunia dan akhirat, manakala  Islam sentiasa dimenangkan  hingga  hari Kiamat.  Petang Jumaat dua minggu yang lalu berlaku satu kejutan  di mana YB Dr Mazlee  memulangkan kembali jawatan Menteri Pendidikan kepada  Perdana Menteri. Jumaat minggu ini, diumumkan jawatan tersebut  dipangku oleh  Perdana Menteri  sendiri  sementara menunggu  calon yang sesuai. Beginilah cerita  kejahilan politik sekarang, apa sahaja agenda perubahan  yang menjurus kepada Islam dianggap tidak relevan,. Bahkan memperlekehkannya dengan ucapan 'anda  adalah ahli akademik, bukan ahli politik'   Rupa-rupanya dalam sistem jahiliyah  ahli politik tidak boleh l

Cabaran Umat ~ Manfaatkan Sekecil-kecil peluang untuk berbakti

Image
Rabu, 4 Jamadil Awal 1441 Hijrah  bersamaan dengan 1 Januari 2020.  Sebenarnya  umat Islam sudah mendahului  lebih 4 bulan menyambut tahun baharu.  Seharusnya tahun 2020 Masihi @ 1441 Hijrah...Disambut dengan cabaran mengembalikan penguasaan ummat.     Umur Ummat, antara yang tersurat dan tersirat... Zaman Nubuwat 609M - 8 /6/ 632M (-)13H - 13 RA 11H Jumlah: 23 tahun Khalifah ar-Rasyidin 8/6/632M - 29/6/661M 13Rabiul Awal 11H  - 24 Safar 41H Jumlah: 30 tahun Kerajaan Kekhalifahan 29Jun661M - 3/3/1924  24Safar 41H - 26Rejab 1342 Jumlah: 1302 tahun Tiada Kerajaan(Islam dikuasai oleh jahiliyah) 3 Mac 1924 - 1/1/2020 26 Raj1342 - 5JamadilAwal1441 Jumlah:99 tahun  Jumlah  : 1454 tahun. Allahu al-Musta'an Segala puji-pujian hanya milik Allah SWT yang  amat mencintai para hamba-Nya di atas nikmat-Nya yang sangat berharga  iaitu masih meminjamkan nyawa kepada  kita semua untuk terus bernafas agar dapat aktif beribadah  istiqomah berbakti