Membangun Karakter Anak Muda

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya  milik Allah yang  telah mengizinkan kita menikmati kemanisan iman demi meneruskan kerjaya utama  kita sebagai pendakwah di bumi Allah yang maha luas ini. 

Selawat dan salam buat Rasul junjungan Sallallahu alaihi wassalam, ahli keluarga, para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas  mengabdikan diri hanya sanya kepada  Allah Rabbul Jalil hingga  hari Kiamat. Semoga Allah himpunkan roh kita sentiasa  bersama kafilah @ rombongan para  anbia, para siddiqqin, para syuhada dan para solehin menuju ke syurga-Nya dengan redha Allah selama-lamanya. Aamiin  ya Rabbal alamin.

Tajuk membangun karakter anak muda hari ini sangat memerlukan kita memahami perjalanan seerah cara bagaimana  Rasulullah sallallahu alaihi wassalam  membangunkan jiwa sentiasa  akrab dengan Allah SWT.  Roh  dahulu  yang perlu diberikan makanan, bukan perut! 
Kini, gara-gara  mengutamakan perut, ada anak-anak sanggup  bermasam muka dengan ibu bapa, tidak menjaga adab dengan ibu bapa malah ada yang sanggup menyeret ibunya ke sungai kerana  marah tidak masakkan untuknya yang sedang  kelaparan. Nauzubillah, semoga Allah insafkannya di atas kejahilan ibu bapa  yang mendidik. 

Kejahilan ini  berpunca dari sistem pendidikan yang merosakkan fitrah suci anak-anak sejak jatuhnya khilafah  Islamiyah... Justeru  itu sistem pendidikan kita perlu dirombak dan mulakan dengan akidah merentas kurikulum. baharulah betul perjalanan tarbiyah sepertimana  yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya.

Inilah bahayanya  apabila  hawa nafsu disuburkan sebaliknya roh anak-anak mati kelaparan. Ada yang sanggup menderita, merajuk  tidak makan apabila ibunya tidak  layan makan minumnya di dapur (walaupun sudah dihidangkan), malah sanggup memusuhi ibunya. Inilah cerita dan berita terkini yang ingin ibu kongsikan dalam post kali ini. Kesilapan  ibu bapa  mendidik  mengutamakan makan melebihi tarbiyah  keimanan hingga  anak-anak tidak menjaga adab dengan orang tua. Bagi ibu kalau diuji dengan suasana anak merajuk atau marah 'biaq pi lah', senang  dan mudah ikut style  suami diamkan sahaja dan  jangan layan. Hidup kita perlu besarkan Allah, bukan besarkan makan.

Kesilapan  ibu bapa hari  ini sentiasa  mengingatkan anak  'sudah makan'? Jarang sekali mengingatkan 'sudah solat?' Berapa  juta  anak muda  Islam tidak solat kerana  gara-gara diajar  cari makan dahulu...
Pentingnya  kita  didik anak-anak kenal Allah dahulu baharulah ada ertinya  makan minum kita  menjadi ibadah. Hak anak yang akan dituntut  di akhirat kelak adalah :
1. Nama yang baik
2. Ibu solehah
3. Ajarkan Al-Qur'an

Semoga  generasi pewaris  ibu sentiasa  ingat  kisah Saidina  Umar  ra  dikunjungi  oleh seorang  ayah  yang mengadu 'anakku derhaka'. Lalu anak orang itu dipanggil ditanya  kenapa menderhakai ayahnya? 
Anak itu bertanya  kepada  amirul mukminin Saidina Umar Al Khattab ra. "Adakah  hak  anak daripada  ayahnya?. Lalu Saidina  Umar berikan jawapan 3  perkara seperti  di atas. Anak itu  menjawab "ayahku tidak berikan nama  yang baik untukku, namaku 'Joul' (lipas), ibuku orang Majusi dan aku tidak pernah diajarkan walaupun satu ayat  daripada  Al-Qur'an"
Kesimpulannya Saidina  Umar menjawab; 
"Kamu telah menderhakai  anakmu  sebelum  anakmu menderhakaimu"

Alhamdulillah pagi Isnin, hari ke-7, ibu dimaklumkan  nama untuk cucu yang baharu lahir pada 7 Januari 2020 adalah Musthofa Nufays. Nufays bermaksud berharga (precious). Semoga  Nufays  cucu ibu itu sangat berharga  untuk masa hadapan Islam. Aamiin  Ya Rabb. Cuba google makna  Nufays, yang keluar adalah  Qari dari Kuwait. Dengar  bacaannya dengan perihatin, sayu rasa hati. 


Semoga bacaan Qori Nufays ini sentiasa memupuk dan menyuburkan rasa cinta jiwa ini kepada  al-Qur'an. Alhamdulillah, rupa-rupanya inilah sumber inspirasi  nama  yang terpilih. Insya Allah, seperti abang-abangnya  Mishary dan Maher adalah pilihan dari Qori yang mewarnai dunia Al-Qur'an alaf baharu ini. Semoga  mereka semua sentiasa  kuat dengan Al-Qur'an. Bukan sekadar  membaca dan menghafal Qur'an tetapi membangun karakter anak muda Muslim. 

Hashim Ar Rifai'e menulis  sya'er yang sangat hebat:

Akankah masa lalu yang gemilang akan kembali?
sungguh saya larut dengan masa lalu Islam
kami pernah...

Lanjutannya dengarlah you tube berikut:



Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil