Projek Simfoni DBP
Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang
Segala puji-pujian hanya milik Allah Rabb yang menguasai sekelian alam. Selawat dan salam ditujukan khusus buat Rasul junjungan SAW yang selayaknya disanjung di atas keperihatinan, kepayahan dan pengorbanan baginda yang sangat mengharapkan kesemua umatnya akan selamat beriman di dunia dan akhirat, manakala Islam sentiasa dimenangkan hingga hari Kiamat.
Petang Jumaat dua minggu yang lalu berlaku satu kejutan di mana YB Dr Mazlee memulangkan kembali jawatan Menteri Pendidikan kepada Perdana Menteri. Jumaat minggu ini, diumumkan jawatan tersebut dipangku oleh Perdana Menteri sendiri sementara menunggu calon yang sesuai. Beginilah cerita kejahilan politik sekarang, apa sahaja agenda perubahan yang menjurus kepada Islam dianggap tidak relevan,. Bahkan memperlekehkannya dengan ucapan 'anda adalah ahli akademik, bukan ahli politik'
Rupa-rupanya dalam sistem jahiliyah ahli politik tidak boleh lurus bendul, perlu licik dan 'main kotor'. Sukar kita hendak membaca fikiran PM sekarang. Mudah-mudahan ada terselit niat baiknya hingga mendapat husnul khotimah di akhir hayatnya.
Akar umbi politik yang ada sekarang ini tidak mentauhidkan Allah, maka tidak mungkin 'Tarbiyah Islam' akan dapat subur di atas tapak jahiliyah. Usaha 'Ikramisme' (meng'ikram'kan orang-orang KPM) dan idea hendak cantikkan dan memaniskan buah-buah KPM, akhirnya Dr Mazlee dan orang-orangnya sekali kena cantas. Analisis beberapa pakar menyatakan bekas Menteri Pendidikan itu gagal menjayakan sekolah Wawasan seperti yang diimpi dan diharapkan oleh Dr Mahadhir. Wallahu alam.
Beginilah hakikat apabila Jahiliyah menguasai kita, Islam menjadi dagang. Namun beruntunglah mereka yang berpegang teguh kepada Islam di saat/ketika Islam dalam keadaan dagang. Kita tidak perlu mengampu untuk menjadi 'follower jahiliyah' Fitrah suci kita sebagai mukmin dan mukminat adalah menjadi khalifah di muka bumi ini melalui dakwah dan tarbiyah, membawa rahmat ke seluruh alam. tak perlu menumpang sistem pemerintahan jahiliyah (Tidak jadikan Al-Qur'an dan Sunnah sebagai asas dan teras perlembagaan dan asas pendidikan).
Sebab itu ibu tabek kepada Mazlee (dua pupu ibu@ atuk dengan atuk kami adalah adik beradik). Jawatan Menteri itu bukan matlamat kita sebaliknya keredhaan Allah yang lebih kita utamakan. kerja-kerja islam akan diteruskan juga walaupun tanpa jawatan tersebut.
Sebab itu ibu tabek kepada Mazlee (dua pupu ibu@ atuk dengan atuk kami adalah adik beradik). Jawatan Menteri itu bukan matlamat kita sebaliknya keredhaan Allah yang lebih kita utamakan. kerja-kerja islam akan diteruskan juga walaupun tanpa jawatan tersebut.
Di sudut qalbu ibu memang ada rasa amat kasihan melihat semua watak yang menjadi mangsa. Baik yang berpangkat cucu, anak mahupun yang berpangkat atuk (90an). Demi menjaga 'hati' orang-orang DAP, DS Anwar entah bila agaknya dapat ambil alih tugas PM seperti yang dijanjikan. Mudah-mudahan di hujung usia ini PM akan menepati janjinya. Namun hendak menunggu orang politik perbaiki masalah ummah, JANGAN HARAPlah! Kalian pasti akan kecewa!
Sama-samalah kita semua berdoa dan berusaha semaksima mungkin menjayakan agenda perbaiki diri, perbaiki keluarga masing-masing, perbaiki masyarakat dan negara melalui memperkasakan agenda Dakwah dan Tarbiyah dari akar umbinya lagi. Bermula pendidikan di rumah, anak cucu perlu diakrabkan dengan memahami dan mencintai Al Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW.
Alhamdulillah dalam kemelut Simfoni politik yang caca merba itu, Allah takdirkan cucu ibu (putera) yang ketiga lahir pada jam 11.00 tengah hari, hari Selasa 7 Januari 2020 bersamaan dengan 11 Jamadil Awal 1441 di Hospital Oriental Melaka. Suami ibu kata itu cucunya yang ke-18. Alhamdulillah, syukur dengan apa yang telah Allah kurniakan ini. Sebenarnya keberadaan ibu di Perlis ini sekadar 'transit' sebelum transit di alam barzakh menanti kiamat menuju alam abadi.
Ibu tidak kisah nama apapun yang terpilih sebab yakin nama baby itu sebenarnya sudah tersurat di loh mahfuz. Apa saja nama yang Allah ilhamkan kepada anak ibu, ibu redha dengan doa semoga baby membesar dengan dakwah dan tarbiyah berjiwa besar sebagai pejuang Islam, soleh dan musleh selamanya, Insha Allah.
Melihat tajuk projek simfoni, pasti ada yang tertanya-tanya apa maksudnya dengan isu dalam post kali ini. Simfoni ini maksud tersuratnya adalah bunyian dalam muzik orkestra. Secara tersiratnya,yang ibu faham kerenah yang pelbagai ragam seperti pelbagai bunyi-bunyian muzik, jika diadun secara baik menjadi suatu nada yang indah.
Ibupun terkejut dilibatkan dalam projek simfoni. Hari Jumaat baru-baru ini, salah seorang rakan penulis 'Projek Simfoni' minta ibu siapkan dan e mel segera sinopsis cerpen yang sudah lama ibu hantar bertajuk "Akan bahagiakah aku?" dan "Bidadari Bumi".
Ibupun terkejut dilibatkan dalam projek simfoni. Hari Jumaat baru-baru ini, salah seorang rakan penulis 'Projek Simfoni' minta ibu siapkan dan e mel segera sinopsis cerpen yang sudah lama ibu hantar bertajuk "Akan bahagiakah aku?" dan "Bidadari Bumi".
Pada awalnya ibu sudah pasrah jika mereka hendak gugurkan kedua-dua tajuk cerpen itu pun tidak apa sebab memang ibu tidak mahu berkompromi dengan cerpen-cerpen 'non-Islamic' di mana ramai penulisnya non Muslim dari Sabah dan Sarawak. Terkejut juga mereka minta sinopsis, ini ada kemungkinan cerpen itu terpilih sebagai cerpen utama dalam antologi Cerpen Simfoni, juga diterbitkan oleh DBP.
Benarlah apabila kita pasrah dan berdiam diri selepas usaha yang terdaya...segala-galanya akan Allah uruskan yang terbaik. Tak perlu kecoh atau mendesak pihak berkenaan di sana atau di sini untuk terbitkan. Semua itu adalah urusan Allah. Segala natijah adalah milik Allah. Allah hanya ingin melihat apa yang kita usahakan, bukan natijahnya.
Benarlah apabila kita pasrah dan berdiam diri selepas usaha yang terdaya...segala-galanya akan Allah uruskan yang terbaik. Tak perlu kecoh atau mendesak pihak berkenaan di sana atau di sini untuk terbitkan. Semua itu adalah urusan Allah. Segala natijah adalah milik Allah. Allah hanya ingin melihat apa yang kita usahakan, bukan natijahnya.
Apabila buka file cerpen-cerpen itu, rupa-rupanya ada 3 lagi cerpen yang sudah siap tetapi belum diterbitkan. Dua sudah diterbitkan dalam Antologi Cerpen 'Seteguh Tiang Seri' oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Apabila membaca semula cerpen-cerpen tersebut, subur kembali minat untuk menulis cerpen. Semoga Allah aturkan waktu dan tajuk yang sesuai dengan niat untuk memperkasakan Dakwah dan Tarbiah.
![]() |
Projek Simfoni Ibu di Tunjung |
Malam tadi ibu rasa bahagia sangat dapat belajar dari seorang ustaz agar latih diri sentiasa berwudhu sebelum tidur. Apabila kita berwudhu, roh kita akan bersujud di arasy Allah.
Kemudian baca 3 Qul, ayat Qursiy dan doa berikut:
Kemudian baca 3 Qul, ayat Qursiy dan doa berikut:
اَللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِيْ إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِيْ إِلَيْكَ، وَوَجَّهْتُ وَجْهِيَ إِلَيْكَ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِيْ إِلَيْكَ، رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِيْ أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِيْ أَرْسَلْتَ
Allahumma aslamtu nafsii ilaik, wa fawwadh-tu amrii ilaik, wa wajjahtu wajhiya ilaik, wa alja’tu zhohrii ilaik, rogh-batan wa rohbatan ilaik, laa malja-a wa laa manjaa minka illa ilaik. Aamantu bikitaabikalladzi anzalta wa bi nabiyyikalladzi arsalta.
Maksudnya:
"Ya Allah, aku menyerahkan diriku kepada-Mu, aku menyerahkan urusanku kepada-Mu, aku menghadapkan wajahku kepada-Mu, aku menyandarkan punggungku kepada-Mu, kerana senang (mendapatkan rahmat-Mu) dan takut pada (siksaan-Mu, bila melakukan kesalahan). Tidak ada tempat perlindungan dan penyelamatan dari (ancaman)Mu, kecuali kepada-Mu. Aku beriman pada kitab yang telah Engkau turunkan, dan (kebenaran) Nabi-Mu yang telah Engkau utus.” Apabila Engkau meninggal dunia (di waktu tidur), maka kamu akan meninggal dunia dengan memegang fitrah (agama Islam)”.
Besar manfaatnya jika kita baca zikir di atas sebelum tidur, Insya Allah jika ditakdirkan mati, maka kita mati di atas fitrah (mati dalam keadaan suci di atas Islam).
Comments
Post a Comment