Posts

Showing posts from November, 2020

Hakikat Kesyukuran Sebenarnya...

Image
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ  ' Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih " (surah Ibrahim ayat 7). Alhamdulillah dengan izin Allah jua ibu berpeluang mengulangkaji  membaca  tafsir surah Ibrahim  ayat 7.  Ibu tertarik dengan penyampaian seorang muslimah solehah bernama Yasmin Mogahed berkaitan ayat suci ini... "Fokus kepada  apa yang kita ada, jangan sibuk mencari  apa yang tidak ada  pada kamu." Rasa terpanggil hendak merujuk Amazing Qur'an dan berkongsi dalam  halaqah online  bersama  ibu muda  pada hari Rabu. Amat  menarik untuk  dihayati. Kita ditanya  antara  syukur  dengan pujian 'Alhamdulillah' mana yang lebih tinggi status atau nilainya. Apabila habis menelaah tafsir  itu  baharulah ibu faham  bahawa uc

Jiwa Sejahtera (Qalbun Salim)

Image
  (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - ( Al-Fajr 89:27 ) |  <Embed>   | English Translation   | Tambah Nota   |  Bookmark "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! - ( Al-Fajr 89:28 ) |  <Embed>   | English Translation   | Tambah Nota   |  Bookmark "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia - ( Al-Fajr 89:29 ) |  <Embed>   | English Translation   | Tambah Nota   |  Bookmark "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " Alhamdulillah, segala  puji-pujian hanya milik Allah yang masih lagi meminjamkan nyawa kepada kita  dalam rangka  untuk sama-sama  kita perbaiki  diri, keluarga, masyarakat  dan ummah s