Jiwa Sejahtera (Qalbun Salim)
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
(Al-Fajr 89:27) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
(Al-Fajr 89:28) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
(Al-Fajr 89:29) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milik Allah yang masih lagi meminjamkan nyawa kepada kita dalam rangka untuk sama-sama kita perbaiki diri, keluarga, masyarakat dan ummah seluruhnya agar mencintai Allah dan Rasul melebihi kita sayangi diri sendiri dan mereka yang tercinta.
Selawat dan salam ditujukan khusus kepada murabbi agong, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabien, para salafus soleh, ulama-ulama muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada Allah hingga hari Kiamat.
Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah Allah yang Maha Pengasih masih kurniakan kami kesihatan dan keafiatan untuk sama-sama kita teruskaan ubudiyyah melaksanakan kerja-kerja Islam mengikut kemampuan apa yang terdaya. Halaqah dan usrah yang menjadi taman-taman syurga dan hiburan dalam kehidupan kami kini tegendala seketika bersama pelajar Matri. Kesan Covid-19 semakin melonjak dalam gelombang ketiga khsusunya di Sabah, maka PKPP masih dilanjutkan dan semua IPT dan sekolah ditutup dan proses pembelajaran dibuat secara online.
Inilah hikmahnya, Masha Allah Tabarakallah. Allah dekatkan kami yang jauh tanpa sebarang musafir. Halaqah lain masih diteruskan secara online. Cuma Halaqah Santai sahaja kami buat pertemuan kerana semua ahli tinggal berdekatan dan muda-muda belaka. Inilah taman syurgaku bersama ibu-ibu muda yang sudi...
![]() |
Usrah@ Taman Syurga Kesayangan Ibu |
Alhamdulillah, syukurlah Allah hantar ada hiburan lain yang membantu merawat jiwa ibu kini. Kisahnya bermula apabila Allah izin suatu hari di pertengahan bulan Oktober seorang ibu yang seusia ibu dari pantai Timur menelefon ibu untuk memaklumkan tentang perkembangan anak gadisnya (bekas pelajar Khassah Matri) diganggu makhluk halus/ghaib menyebabkan anaknya sentiasa membenci dan memusuhinya. Apabila dikenalpasti anak gadisnya menghidapi sakit misteri, beliau berusaha mendapatkan rawatan dari pakar yang dikenalinya. Setelah membuat beberapa sesi rawatan baharulah dia dapat kenal anaknya sendiri dan anak dapat kenal ibunya sendiri. Selama ini beliau menganggap anaknya sentiasa bermasalah dan menimbulkan masalah dalam keluarga. Menurut ibu itu, sebelum ini anaknya dibesarkan oleh nenek yang mungkin.... Wallahu alam. Ibu malas nak dengar cerita itu.
Hakikatnya memang Qorin jahat wujud apabila kita besarkan diri dan lupa kepada Allah. Kalau kita soleh dan ikut perintah Allah dan Rasul, Allah hantar malaikat sentiasa menjaga kita.
Dalam talian dengan esak tangisnya beliau mohon kerjasama ibu adakan usrah atau halaqah secara online kerana menurutnya bahawa anak gadisnya itu hanya theqah dengan 'teacher ibu' dan tak mahu dengan sahibah lain walaupun berhampiran dengan rumahnya.
Allah aturkan sepanjang anak gadisnya belajar di Matri, memang dia suka dan kerap mengunjungi ibu di rumah apabila ada sebarang kemusykilan atau masalah. Pelbagai tribulasi yang dihadapinya khususnya pandangan negatif orang lain terhadapnya menyebabkan dia sentiasa 'down' untuk teruskan kehidupan. Ibu selalu maklumkan kepadanya apabila dia selalu anggap orang pandang negatif padanya, itu bukan dirinya. "..... (nama anak gadis itu) yang teacher ibu kenal sentiasa optimis dan bersangka baik), kalau asyik negatif aje, tu mungkin qorin yang mendampingimu sedang bermaharajalela. mujahadah lawan syaitan itu jangan bagi dia kawal kita...' Seminggu sebelum menghadapi STAM, anak gadis ini down dan berputus asa. Letih katanya sambil menangis. Ibu ajak dia baca Qur'an sama-sama... Dia menangis. Syaitan akan serang ketika iman kita lemah. "Move on!!!" Disarankan dia banyak istighfar dan solat Taubat. Alhamdulillah, selamat ambil STAM dengan pertolongan Allah.
Syukur, Alhamdulillah selepas beberapa kali berkomunikasi dengannya, anak gadis ini menghubungi sendiri sahibah-sahibah karibnya untuk mengadakan usrah online bersama teacher ibu. Seorang sedang belajar di UIA, dua orang lagi belajar sambil kerja di sekitar Selangor. Kami mulakan usrah online pertama pada hujung bulan Oktober. Setakat ini sudah 3 kali kami berusrah dengan membahagikan tugas, tak lah asyik dengar celoteh teacher ibu sahaja. Ibu sambung buku kaunseling Rabbani yang pernah kami share sekitar tahun 2017 dan 2018. Kali ini ibu rujuk terus buku ibu kepada Kaunseling Rabbani ditulis oleh Ibn Qaiyyim Al Jauzi bertajuk 'THIBBUL QULUB' (Klinik Penyakit Hati) yang ibu beli terus daripada Ustazah Sholehah Kaswari. Satu kali sesi online, ibu bacakan dua halaman dalam rangka merawat diri sendiri dan berkongsi dengan 4 anak gadis solehah itu.
Setelah tiga kali meneliti kandungan buku yang penuh hikmah itu, ibu dapat kenal pasti punca masalah yang berpangkal dari kesyirikan kerana mendahulukan hawa nafsu (syahwah) dan syubhat menyebabkan terhalangnya kita hendak mengenal Allah. Masha Allah, tabarakallah. Ibu berazam agar dapat terus manfaatkan buku ini untuk sesi seterusnya, mudah-mudahan 5 orang puteri solehah ini akan meneruskan kerjaya ibu sebagai kaunselor Rabbani apabila ibu tidak ada di dunia ini lagi.
Ya Allah, terima kasih, di tengah kesedihanku, merintih dan merayu kepada-MU kerana tidak dapat membumikan Kaunseling Rabbani, Engkau hantar 4 puteri solehah ini masih thiqah bersamaku walaupun kami berjauhan.
"Ya Allah, eratkan jiwa kami hingga ke hujung nyawa hinggu menghadap-MU dengan Qalbun Salim. Matikanlah kami dalam keadaan Husnul Khotimah"
Firman Allah dalam Surah Al Fajr : 27-30
Comments
Post a Comment