Sunday, 13 April 2014

Satu Doa Sejuta Bahagia

Sabda Rasulullah SAW ketika keluarga  Yassir disiksa; "Bersabarlah wahai keluarga Yassir, sesungguhnya  syurga menantimu.."  Ammar bin Yassir ra, anak syahidah pertama dalam Islam, iaitu Sumaiyah ra. Ammar  sering mendengar dalam munajat di akhir solat, Rasulullah SAW melantunkan  doa berikut:


اللهم بِعِلْمِكَ اْلغَيْبَ؛ وَقُدْرَتِكَ عَلىَ الْخَلْقِ؛ أَحْيِنيِ مَا عَلِمْتَ اْلحَيَاةَ خَيْرًا ليِ؛ وَ تَوَفَّنيِ إِذَا عَلِمْتَ اْلوَفَاةَ خَيْرًا ليِ؛ اللهم إِنّيِ أَسْأَلُكَ خَشْيَتَكَ فىِ اْلغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ؛ وَأَسْأَلُكَ كَلِمَـةَ الْحَقِّ فىِ الرِّضَاوَاْلغَضَبِ؛ وَأَسْأَلُكَ اْلقَصْدَ فىِ اْلغِـنىَ وَاْلفَقْرِ؛ وَأَسْأَلُكَ نَعِيْـمًا لاَيَنْـفَدُ؛ وَأَسْأَلُكَ قُـرَّةَ عَيْنٍ لاَتَنْقَطِعُ؛ وَأَسْأَلُكَ الرِّضَا بَعْدَ اْلقَضَاءِ؛ وَأَسْأَلُكَ بَرْدَ اْلعَيْشِ بَعْدَ اْلمَوْتِ؛ وَأَسْأَلُكَ لَذَّةَ النَّظَرِ إِلىَ وَجْهِكَ وَالشَّوْقَ إِلىَ لِقَائِكَ فىِ غَيْرِ ضَرَّاءَ مُضِرَّةٍ وَلاَ فِتْـنَةٍ مُضِلَّةٍ؛ اللهم زَيِّنـَّا بِزِيْنَـةِ اْلإِيْـمَانِ وَاجْعَلْنَا هُدَاةً مُهْتَدِيْـنَ.


"Ya Allah, melalui ilmu MU terhadap yang ghaib dan kemahakuasaan-MU terhadap seluruh makhluk, hidupkanlah aku jika memang hidup itu lebih baik bagiku; dan wafatkanlah aku jika memang kematian itu lebih baik bagiku. 

Aku memohon kepadamu agar aku sentiasa diliputi rasa takut kepada MU, baik dalam keadaan sendiri mahupun dilihat orang. 

Aku mohon kepadaMU agar diilhami kata-kata yang benar ketika marah dan redha. 

Aku memohon kepadaMU agar dikurniai kesederhanaan dalam kefakiran dan kekayaan. 

Aku memohon kepada MU agar diberi kenikmatan yang tidak pernah habis..

Aku memohon kepada MU agar diberi amanah berupa penyejuk mata yang tidak pernah terputus. 

Aku memohon kepada MU sikap redho setelah takdir. 

Aku memohon kepadaMU agar diberinya kesejukan kehidupan setelah kematian. 

Aku memohon kepadaMU kenikmatan berupa kelazatan melihat wajah MU dan 
Aku memohon kepada Mu agar sentiasa rindu untuk berjumpa ddngan MU, bukan dalam bahaya yang membahayakan, mahupun fitnah yang menyesatkan. 

Ya Allah hiasilah diri kami dengan hiasan iman, dan jadikanlah kami sebagai orang-orang yang memberi petunjuk kepada orang lain dan yang mendapat petunjuk" 

( Hadis soheh dikeluarkan oleh Ahmad, (IV/264) & Nasa'i dalam As Sunan Al Kubro)