Posts

Showing posts from December, 2017

Hadiah Terbaik Allah Aturkan

Image
Perjalanan ke Bangi bersama anak menantu dan cucu sangat ibu rindukan selama ini. Hadiah istimewa apabila cucu bernama Maher sendirian menghibur kami berulang-ulang kali bersyahadah dan menyebut senikata 'Sayang Allah dan sayang Nabi.' Terhibur sangat mendengarnya. Tok Wan ulas "bahasanya baku" tak pelat langsung menepati sebutan dalam lagu asal Omar & Hana. Sampai sekarang masih terngiang-ngiang suaranya. Apabila ditanya  apa kunci syurga, secepat kilat dia dan abangnya berebut bersyahadah. Paling kelakar bila kakinya sakit setelah melompat-lompat, lalu mengadu sakit... selamba sahaja sebut, ada jual tongkat budak kecik tak? ha ha ha, kelakarnya cucu tok ibu ni. Pengalaman indah ini sangat banyak membantu ibu memurnikan lagi Rancangan Universiti Mutiara Syurga dan akan mulakan gerak gempurnya apabila telah sampai masa Allah  aturkan dengan satu team yang memang sudah terlatih dalam bidang ini sekian lama di utara. Insya Allah. Sebaik sahaja selesai ikuti TO

Penjelasan Tentang Al-Aqsa

Image
Sebak mendengar lagu ini oleh anak Almarhum Ustaz Asri...Di pondok kecil  Palestine  adalah tanah wakaf umat Islam ~ Saidina Umar Al Khattab   

Mati Hidup Kembali?

Image
Segala puji-pujian hanya milik Allah yang mengaturkan agenda-Nya memberi peluang untuk kita sama-sama meningkatkan kualiti ubudiyyah dan perhambaan kita hanya sanya kepada-Nya. Sesungguhnya kebahagiaan sejati bukanlah kerana kita dapat melancong mengelilingi negara-negara  yang indah di  dunia  yang fana ini, namun bahagia  yang hakiki apabila  kita dapat istiqomah terus berada di dalam rombongan  para sahabat mengumpul  bekalan sebelum meneruskan perjalanan menuju ke destinasi abadi. Apakah persiapan itu?  Persiapan itu adalah iman dan ukhuwwah yang sentiasa ditingkatkan melalui usrah muntijah (produktif dan dinamik) untuk  menempah 'syahid' di medan amal. Semoga impian untuk  syahid itu menjadi lesen atau tiket yang akan mempermudahkan perjalanan roh kita yang masih panjang walaupun kelak jasad sudah menjadi tanah. Mudah-mudahan Insya Allah   roh  kita dipilih untuk  melancong  mengelilingi  syurga-Nya  menanti  hari Kiamat. (ada hadis  sahih tentang janji Allah ini)    

Hadiah Maulidur Rasul Sallallahu alaihi wassalam

Image
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milik Allah, Rabb sekelian alam... Selawat dan salam buat Rasul junjungan...Renungi Firman Allah; Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar." Rindu sungguh ingin menghirup udara berkahnya tanah suci Madinah Al-Munawarah dan Makkah al Mukaramah. Semoga rindu yang ada nilainya di sisi Allah kerana Murabbi ibu sering berpesan agar kita usahakan memiliki sifat  'ithar' dan ihsan, inilah maksima ukhu