Hadiah Maulidur Rasul Sallallahu alaihi wassalam
Selawat dan salam buat Rasul junjungan...Renungi Firman Allah;

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."
Rindu sungguh ingin menghirup udara berkahnya tanah suci Madinah Al-Munawarah dan Makkah al Mukaramah. Semoga rindu yang ada nilainya di sisi Allah kerana Murabbi ibu sering berpesan agar kita usahakan memiliki sifat 'ithar' dan ihsan, inilah maksima ukhuwwah yang perlu berada di dalam jiwa kita di mana minimanya 'salamatus sadr.' Latih diri menikmati perasaan mengutamakan orang lain lebih dari diri sendiri. Menurutnya "beri peluang mereka yang belum pernah sampai di sana, duit yang ada gunakan untuk bantu mereka yang lebih memerlukan, menurut Dr Yusuf Qardhawi mereka di Gaza, Suriah lebih perlu dibantu..."
Pagi 29 November, anak ibu call di pagi yang syahdu memaklumkan sudah berada di dalam kapal terbang menanti masa berangkat ke kota Madinah...Tidak semena-mena air mata rindu bercucuran. Setiap kali kami berpisah, pasti mendakapnya terlebih dahulu. Ini kali pertama ibu tidak berpeluang mendakap dan memeluknya, hanya ucapan "maasalamah...moga Allah permudahkan perjalanannya dan beroleh umrah yang mabrur dan doa dimakbulkan serta selamat kembali ke tanah air"
Dua minggu sebelum berangkatnya, anak ibu dapat surat dari Tabung Haji tawaran menunaikan haji musim haji akan datang. Secara spontan ibu berdoa agar dia dapat bawa isterinya sekali. Insya Allah. "Terima kasih ibu, sebab tidak bagi keluarkan jumlah minima yang tersimpan di dalam tabung haji" Memang ibu doakan anak ibu akan bawa isterinya menunai Haji seawal mungkin...Moga ini yang Allah aturkan yang terbaik dan permudahkan urusannya kelak. Insya Allah.
Rasa sayu dan sebak berakhir apabila bersama keluarga Matri seharian adakan 'family day' di kem Wanza, anak-anak memancing dan bermandi manda sambil kaum ibu masak bersama macam-macam juadah yang enak. Pergi pagi balik petang sudah cukup kami dapat bertaaruf secara santai sambil memasak, makan bersama dan solat berjemaah serta mendapat pengisian jiwa bersama. Pentingnya Wahdatul akidah, wahdatul fikr dan wahdatul amal...keseragaman yang membawa berkah. Alhamdulillah.
Petang 30 November, tetamu jauh berkunjung dalam keadaan murung, akui jiwanya sudah lama tenat 'hilang perasaan' katanya. Ibu berikan botol penuh air mineral 3 liter untuk dibacakan Fatehah, 3 Qul dan ayat Qursiy kepada suaminya, doakan sekali untuk kesembuhan isterinya. amalan ini perlu dijadikan rutin oleh ketua keluarga. Teman rapat ini mohon dirawat kerana rasa sudah jauh... hanya membawa jasad yang kosong tanpa sebarang kemanisan. Ibu ajak sama-sama taddabur Qur'an baca tentang neraka dan syurga. Kemudian bimbingnya solat taubat selepas tamat sesi kaunseling. Selepas taubat baru kelihatan keceriaan wajahnya. Yang menyembuhkan adalah Allah, teknik kaunseling dan kita semua ini hanya 'alat' ajak semua kembali kepada Allah..Masya Allah.
"Wa izza maridhtu fa hua yash fin~ apabila aku sakit DIA lah yang menyembuhkan aku" Ibu minta dia ulang-ulang baca ayat 80 surah As-Syuara, sebagai tanda bersyukur kepada Allah. "Ya Allah peliharalah jiwa sahibahku ini agar sentiasa rasa manis berada di dalam dakwah dan tarbiyah" Bersama puterinya dari MASDAR dan khassah MATRI, mereka perlu segera pulang kerana menjadi tuan rumah dan perlu buat persiapan rapi untuk program 'Young Star' di Tangkak.

Pagi 1 Disember bersamaan 12 Rabiul Awwal 1439 Hijrah, pagi Jumaat yang penuh barikah, sempena ulang tahun kelahiran Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, ibu dikunjungi oleh 4 murabiyyah yang sepanjang sesi persekolahan adalah paling sibuk di Matri. mereka semua ini memang kaya dengan pengalaman dalam mentarbiyyah rijal-rijal ummah, baik putra puteri MATRI mahupun anak kandung sendiri. Apabila cuti sekolah baru dapat bersama duduk berbincang. Dua orang daripadanya membawa fail siap dengan peta minda perjalanan bagaimana mereka membawa anak-anak didik mengalami kemanisan hidup bertauhid. Tujuan kami berkumpul adalah untuk berbincang dan bekerjasama menguruskan Taska Matri, membahagi tugas pengurusan dan buat modul Taska untuk sesi tahun 2018.
Masya Allah, ibu rasa satu hadiah yang cukup berharga belajar dari pengalaman mereka...berharga sungguh isi kandungan fail tersebut, menunjukkkan betapa para ukhtun tersebut amat menghargai pengisian yang diberikan oleh para murabbi dan murabbiyah zaman awal sekitar tahun 1980-1990an.
![]() |
Special gift~Peta Minda murabiyyah yang berjaya tarbiyah anak-anak sendiri |
Ada hikmahnya buku Asuhan Tarbawi Mutiara Syurga masih tersangkut kerana syarikat percetakan sangat sibuk dengan projek hujung tahun memenuhi permintaan mencetak bahan-bahan sekolah menjelang tahun 2018. Murabbi ibu ingatkan "biar lambat, ada hikmahnya tu..." Masya Allah rupa-rupanya inilah hikmahnya bagai diatur-atur...sesungguhnya Allah yang mengaturkannya, alang-alang terbitkan buku tentang asuhan kanak-kanak, masukkan sekali pengalaman ibu-ibu yang benar-benar menghargai perjalanan tarbiyah mendidik anak-anak mereka menikmati indahnya hidup bertauhid.
Sekembali dari Yogyakarta, ibu sudah hantar surat dan menyerahkan amanah Taska dan Tadika di Johor sepenuhnya kepada Koperasi Subur Fitrah, tanpa rasa sedikitpun kehilangan atau terkilan bahkan mendoakan semoga organisasi yang berpotensi itu bertambah maju dalam redha Allah Subhanahu wa taala. Faktor jauh dan di luar kemampuan untuk 'follow up' kecuali sekali sekala berkongsi tentang buku kaunseling Rabbani dan Asuhan Tarbawi Mutiara Syurga.
Di Perlispun masa ibu amat padat hanya dapat fokus kepada TOT kaunseling dan asuhan tarbawi yang sememangnya dua bidang yang amat ibu minat selamanya, Insya Allah. Allah yang aturkan agar ibu dapat berkongsi dengan mereka yang ada kerendahan hati hendak belajar. Ilmu ini tidak akan mengejar mereka yang rasa diri sudah 'perfect'
Semasa mengadakan kursus dalaman bersama staff Taska Ummu Salamah, awal-awal lagi ibu mohon maaf kerana hanya sekadar kongsi ilmu tetapi tidak sempat hendak menjengah mereka bertugas apa lagi hendak mengasuh anak-anak taska sedangkan cucu-cucu di rumahpun begitu juga, sekadar 'touch and go.' Ibu dah lali dengan macam-macam bunyi dan komen yang tak sedap hendak dengar, namun Allah Maha Mengetahui kemampuan ibu amat terbatas dan para Murabbi menyarankan ibu utamakan dua bidang ini yang perlu diberikan tumpuan terlebih dahulu.
Terasa ajal semakin dekat, sedangkan masa yang ada sangat sedikit berbanding dengan kerja yang bersusun menanti di hadapan. Sungguh memang rasa gerun jika tidak siap kerja yang diamanahkan, namun para ansor Allah sentiasa menanti gilirannya untuk membantu dan akan ambil alih tugas ini apabila kita sudah transit di alam barzakh kelak. Sebut dan lintaskan niat, tak lama kemudian ada pertolongan yang Allah hantar. Allahu Akbar

Pertolongan yang tidak disangka-sangka, apabila adik lelaki bungsu ibu, memaklumkan anak ketiganya dari Bintulu hendak ikut jejak abang kembarnya belajar di Matri. Ibu tidak mampu menolak sebaliknya Allah yang kuatkan keyakinan, Insya Allah pasti ada pertolongan Allah jika kita berniat hendak bantu Deen-Nya. Ibu usahakan mencari mereka yang boleh sponsor bayarkan yuran bulanan persekolahannya RM300 sebulan. Tak sampai satu hari berwassap, Masya Allah ikhwah dari Sarawak bersetuju membiayainya setiap bulan hingga tamat pengajiannya di Matri. Manakala abang kembarnya dibiayai oleh hanya seorang akhwat yang sangat tseqah dengan ibu bertugas di Johor. Beliau telah mulai biayai sejak awal tahun ini hingga tahun 2020 (selepas beliau bersara)
Bahagia sungguh berada di dalam satu jamaah di mana jiwa-jiwa solehah dan muslehah yang mantap akidahnya saling mempermudahkan urusan, tanpa ragu sanggup infaqkan hartanya untuk melahirkan team work di Bintulu Sarawak 10-20 tahun akan datang, Insya Allah. Inilah 'ithar' yang sudah hilang dalam masyarakat dan perlu dikembalikan melalui dakwah dan tarbiyah. Tanpa tarbiyah, tidak akan lahir pengorbanan semulia ini. Ya Allah kukuhkan ikatan ukhuwwah kami hanya mengharapkan redha-MU selamanya di dunia dan akhirat.

Comments
Post a Comment