Posts

Showing posts from July, 2022

Diam & Sabar itu Indah

Image
 Salam Maal Hijrah 1444, Sambutan menginsafkan, berderai air mata dalam sesi sharing halaqah ibu muda seawal jam 9.15 pagi tadi. Kononnya mulai 1 Muharam, ibu nak online di bahagian belakang agar tidak menganggu family yang guna bilik depan. Suami menegur terus buat di tempat biasa sebab dia nak dengar sama. Terharu sangat suami sudi nak dengar sama, Alhamdulillah. Sememangnya taddabur Qur'an seawal 4.00 pagi dan Gema Fajar jam 6.20 suami hanya menjadi pendengar setia,  semoga hidup mati kami sentiàsa bersama Al Qur'an.  Jika ada sebarang kesilapan dan keraguan baharulah ditegur secara hikmah. Selepas  rutin program  Gema Fajar seperti biasa, taddabur hari ke-68 iaitu 10 ayat (122-132) Surah Ali Imran. Kali ini ibu terbimbing merumuskan formula kemenangan di sisi Allah adalah dengan Taqwa dan Sabar. Menyentuh soal sabar, ramai yang tidak bahagia Dan tidak tenang kerana gagal sabarkan diri masing-masing dengan pertolongan dari Allah SWT. Ibu  terkenang ketika usrah Amal Ahad, 24

Air Mata Qurban

Image
 Jumaat, 9 Zulhijjah 1443 Hijrah, merupakan hari Wukuf di Arafah, disunatkan umat Islam yang tidak mengerjakan Haji berpuasa. Kami 4 beradik dan suami turut buat keputusan muktamad berpuasa pada hari Khamis dan  Jumaat. Alhamdulillah anak menantu turut berpuasa hari Jumaat walaupun bermusafir dari Melaka ke Utara.  Hari Jumaat Penuh bersejarah, taddabur Qur'an surah Al Baqarah hampir sampai ke penghujung. Hari ini, Sabtu tamat halaman terakhir surah tersebut mengundang air Mata ibu bercucuran ketika membaca doa penutup surah tersebut. Memang sebak dan bersyukur sangat ujian datang bertubi-tubi dalam waktu yang sama Allah kurniakan kekuatan dari mukjizat Al Qur'an setelah selesai taddabur surah Al Baqarah. Sayang sangat nak tinggalkan surah Al Baqarah setelah kami Taddabur selama 49 hari tanpa henti atau tanpa rehat walaupun sehari.  Esok  Ahad, sempena Hari Raya Aidil Adha kami cuti sehari sebelum memulakan Surah Ali Imran pula pada hari Isnin. Alhamdulillah Jazakunullahu Khair

Apakah Nikmat Tertinggi Yang Perlu Kita Cari?

Image
  Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Mari sama-sama kita syukuri segala nikmat yang  Allah kurniakan kepada kita dengan ucapan Alhamdulillahi Robbil Alamin. Selawat dan salam khusus untuk Rasul junjungan dengan ucapan Allahumasolli ala Muhammad wa ala ali Muhammad Alhamdulillah hujung minggu lalu anak ibu balik mengejut sebelum dapat berangkat membawa jemaah Haji Swasta sekiranya dapat visa qouta VVIP. Terhibur sedikit cucu-cucu rumah ini (ayah sakit Leukemia dan emak menemani ayahnya di hospital Tunku Bahiyah Alor Star). Bànyak hikmah tersirat di sebalik ujian yang datang bertubi-tubi. Tanda Allah sayang.. .    Alhamdulillah, di pagi Sabtu yang penuh barokah Allah izin kami  dari group wassap Gema Fajar masih diberi kekuatan untuk istiqomah meneruskan taddabur Quran. Alhamdulillah kini kami sudah masuk halaman ke-42 di mana ada ayat Kursi  ada di dalamnya. Dalam mentaddaburi awal juz 3, Allah izin ada kekosongan mengisi tafsir surah Al Jumuah ayat 4 dalam halaqah