Air Mata Qurban


 Jumaat, 9 Zulhijjah 1443 Hijrah, merupakan hari Wukuf di Arafah, disunatkan umat Islam yang tidak mengerjakan Haji berpuasa. Kami 4 beradik dan suami turut buat keputusan muktamad berpuasa pada hari Khamis dan  Jumaat. Alhamdulillah anak menantu turut berpuasa hari Jumaat walaupun bermusafir dari Melaka ke Utara. 

Hari Jumaat Penuh bersejarah, taddabur Qur'an surah Al Baqarah hampir sampai ke penghujung. Hari ini, Sabtu tamat halaman terakhir surah tersebut mengundang air Mata ibu bercucuran ketika membaca doa penutup surah tersebut. Memang sebak dan bersyukur sangat ujian datang bertubi-tubi dalam waktu yang sama Allah kurniakan kekuatan dari mukjizat Al Qur'an setelah selesai taddabur surah Al Baqarah. Sayang sangat nak tinggalkan surah Al Baqarah setelah kami Taddabur selama 49 hari tanpa henti atau tanpa rehat walaupun sehari. 

Esok  Ahad, sempena Hari Raya Aidil Adha kami cuti sehari sebelum memulakan Surah Ali Imran pula pada hari Isnin. Alhamdulillah Jazakunullahu Khairan kathira kepada semua ahli Gema Fajar yang setia menemani  dan sabar mendengar hidangan dari langit sebagai sumber makanan Roh kita bersama demi melaksanakan kerja-kerja Islam yang mana kita terdaya lakukan di usia senja ini. Alhamdulillah, terima kasih kak Ngah Dan kak Uda saya yang sentiasa members kepercayaan bahkan menemani dan back up segala kekurangan dan kelemahan sepanjang program Gema Fajar terus berjalan lancar. Syukur, Allah anugerahkan hasil taddabur surah Al Baqarah, kami dapat kumpulkan lebih seratus ahli beri sumbangan setiap bulan untuk Gaza. Ogos nanti masuk bulan ketiga kutipan sumbangan akan dibank in terus untuk umat di Gaza.

Setiap hari jam 4.00 pagi kami Taddabur Juz Amma dan telan selesai surah Al Insyirah. Tiada kegembiraan dan kebahagiaan lain dapat mengganti untuk kami terus istiqomah dengan program taddabur setiap hari hingga ke hujung nyawa. Insha'Allah.

Hari ini ibu teringat salah seorang adik beradik cerita kenapa Almarhum Abah bagi nama ibu Norlida. Nama itu sempena nama pembaca warta berita  radio yang terkenal tahun 1960an. Allahu Akbar, tadi baru maklumkan kepada teman-teman pencinta Al Qur'an Gema Fajar, " saya hanya bacakan berita dari Al Qur'an merujuk Tafsir ulamak-ulamak muktabar yang sempat saya rujuk dan salin. "

Alhamdulillah harapan Abah nak anaknya Jada pembaca berita, Allah anugerahkan yang lebih baik, menjamu hidangan dari langit, membacakan wahyu Allah yang terkandung dalam Al Qur'an. 

Sekadar bacakan sahaja macam pembaca warta berita, dalam masa yang sama ibu dapat isi masa sibuk membuat persiapan merujuk kitab-kitab yang menemani ibu sepanjang masa. Alhamdulillahi rabbil Alamin.

Kak Uda luahkan kesyukuran...

Alhamdulillah..rasa seronok dpt bangun awal Dan bersama Quran..satu anugerah Allah.uda pernah beritahu ngah uda nak cuti 6 bln ..nak taddabur.. Alhamdulillah begini hasilnya melalui gabugan adik beradik perempuan ..kalau one of us Allah panggil dulu teruskanlah taddabur sampsi habis Quran ..hadiahkan kepada ruh Kita yang memulakan budaya ini untuk dibawa ke Tangkak atau mana-mana saja ..org lslam mesti bermanafaat pd org lain..x selfish atau pentingkan diri sendiri..banyak kerja..Mohon bantuan Allah. .Allahulmustaan

Adik bungsu ibu  Norhairiah kongsi doa,

Ya Allah jadikanlah amal kami amal yang Engkau terima sebagai amal Soleh yang mendekatkan al Quran di hati kami dan mudahkanlah kami beramal dgn isi al Quran dan tambahkanlah kefahaman kami akan isi dan rahsianya. Jadikanlah al Quran teman kami ketika kami pulang seorang diri mengadapMu nanti... aminnn ya Rabbal alamin..

Semalam hari Khamis sebelum sahur kak Ngah menangis terharu semasa taddabur surah Al Insyirah, sentuhan jiwa tentang hakikat kemungkinan nyanyuk amat tinggi jika tidak baca Qur'an. Pak Hamka ceritakan saat ajal ibu saudaranya yang berusia lebih 80 tahun, walaupun telah hilang pendengaran tetapi telinganya sentiasa terngiang-ngiang bacaan Qur'an yang amat merdu, Wal Hal orang lain x mendengarnya. Matinya husnul khotimah dengan senyuman. Subhanallah 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil