Diam & Sabar itu Indah
Salam Maal Hijrah 1444, Sambutan menginsafkan, berderai air mata dalam sesi sharing halaqah ibu muda seawal jam 9.15 pagi tadi.
Kononnya mulai 1 Muharam, ibu nak online di bahagian belakang agar tidak menganggu family yang guna bilik depan. Suami menegur terus buat di tempat biasa sebab dia nak dengar sama. Terharu sangat suami sudi nak dengar sama, Alhamdulillah. Sememangnya taddabur Qur'an seawal 4.00 pagi dan Gema Fajar jam 6.20 suami hanya menjadi pendengar setia, semoga hidup mati kami sentiàsa bersama Al Qur'an. Jika ada sebarang kesilapan dan keraguan baharulah ditegur secara hikmah.
Selepas rutin program Gema Fajar seperti biasa, taddabur hari ke-68 iaitu 10 ayat (122-132) Surah Ali Imran. Kali ini ibu terbimbing merumuskan formula kemenangan di sisi Allah adalah dengan Taqwa dan Sabar. Menyentuh soal sabar, ramai yang tidak bahagia Dan tidak tenang kerana gagal sabarkan diri masing-masing dengan pertolongan dari Allah SWT.
Ibu terkenang ketika usrah Amal Ahad, 24 Julai lalu, salah seorang sahibah berkongsi kisahnya dilanda sakit misteri ketika setiap kali stress, secepat kilat diserang migraine dan bisa-bisa satu badan. Berjumpa doktor pakar, sakitnya tak dapat dikesan. Cuma doktor nasihat agar dapatkan rehat dan cukup tidur. Macam-macam ubat telah dicuba, macam rukyah telah diusaha namun hampa. Tetapi apabila dia senyap dan cuba bersabar sakit misteri itu akan ghaib dengan sendirinya.
Subhanallah, indahnya kesan sabar, tidak akan hadir sabar tanpa, syukur berpaksikan Iman dan Taqwa.
"Sabar sokmo kak" ibu sarankan itu saja ubat mujarab yang memang amat serasi dengan kami warga emas. Ibu kenal sahibah itu memang disukai ramai kerana peramah. Ramah tambah sangat juga merbahaya bila tidak sengaja tercerita hal orang lain yang akhirnya mengandang migraine dan bisa-bisa satu badan menjadi teman setianya.
Ibu mohon semua anak cucu belajar memahami bahawa sememangnya mendiamkan diri adalah terapi terbaik untuk kami warga emas. Ibu memang sentiasa mengelak suasana yang meletihkan fikir tentang orang lain, lebih-lebih lagi tak larat hendak melayan kerenah mereka yang tidak memahami kita. Jika kami tersilap cakap mulalah bermasam muka.
Diam kami bukan bermakna tidak suka...diam menjadi resepi kami ingin sentiàsa hidup damai, tenang setelah jerih payahnya kami terlalu bànyak sembang ketika muda. Semoga diam yang mendatangkan pahala. Insha'Allah.
Terkesan di hati membaca perkongsian seorang hamba Allah di media sosial, rasa ngam di hati ini...
Menjauh dari seseorang bukan sebab ingin memutus tali silaturahim.
Tapi ingin memutus perselisihan, perdebatan, kesalahfahaman dan rasa tidak nyaman di hati
Jika seseorang sudah menyakiti
dengan sikap & kata-kata
Jangankan untuk menyapa,
Memandang wajahnya pun malas Dan terlalu letih rasanya
![]() |
Ya Allah selamatkan kami meniti sirotol mustaqim di dunia & akhirat |
Itu bukan benci,
Tapi hanya menjaga hati & perasaan
Orang yang biasa merendahkan kita,
biarkanlah tidak perlu merasa tersinggung, apalagi merasa sedih
Jika kita dinilai baik yaa bersyukur,
Dinilai tidak baikpun tak mengapa
Semua yang hadir dalam hidup kita
Memiliki peranannya masing-masing
Ada yang memberikan kebahagiaan,
ada juga yang memberikan kepedihan
Memaksa diri agar disukai semua orang
Itu sangatlah melelahkan
Maka,
Jadilah diri sendiri walaupun banyak
Yang merendahkan
Jauhi orang yang membuat kita kecewa
Berhenti berusaha menyenangkan orang
Yang tidak pernah menghargai kita
Semakin kita menjauhi mereka
Yang meracuni jiwa,
Akan terasa jauh lebih sihat hidup kita
Bahagia itu kita sendiri yang menciptakan (memilihnya)
Selebihnya, Allah SWT yang mengatur✨
Comments
Post a Comment