Posts

Showing posts from September, 2021

Hakikat Cinta

Image
Dengan nama Allah   Yang Maha Pemurah   Lagi Maha Penyayang  Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya ibu berkesempatan menaip untuk menyimpan kenangan sebagai bekalan kepada semua  anak cucu apabila ibu telah kembali ke Rahmatullah kelak. Mutakhir ini memang ada rasa sebak di media sosial kerana  ada  asatizah  tertentu mengaibkan asatizah lain yang belum terbukti maksiat yang dilakukannya. Allahu Akbar sedangkan asatizah berani sangat mendedahkan aib saudara seiman, saudara  seperjuangan berdakwah menegakkan Deen Allah, apalah yang dapat diharapkan dengan golongan rakyat biasa?  Pesta   'makan daging' saudara sendiri dimulakan  oleh golongan asatizah!!! Nauzubillahi min zalik Gossip, mengumpat atau membawang sudah menjadi darah daging masyarakat dan amat sukar dibenteras jika golongan asatizah menunjukkan contoh seburuk itu. Biasanya jika ada sesuatu kemusykilan, ibu akan luahkan kepada suami selaku murabbi yang amat memahami jiw

5 Cabaran Sentiasa Menanti

Image
Hari Ahad, 12 September  sebelum Subuh,  Allah izin terlintas dalam fikiran hendak masukkan input 5 cabaran untuk menjawab persoalan bahagiakah umat Islam yang dizalimi khususnya di Palestine, Kashmir dan Uygur. Ibu terlupa siapakah ulamak yang mengemukakan cabaran tersebut. Cepat-cepat ibu merujuk suami yang setahu ibu memang selalu terdengar dalam ceramahnya tentang peringatan itu. Suami minta ibu rujuk buku Dr Fathy Yakan, 'Cabaran Dalam Dakwah' kalau tidak silap. Bagi ibu semuanya Allah aturkan untuk bersihkan nama ibu setelah sekian lama difitnah. Memang tidak dinafikan masih ada orang Islam yang dengki dengan perjuangan suci ini. Bagi ibu, cukuplah suami dan anak kandung ibu dan sahibah yang memahami merestui dan mendoakan ibu dalam jihad ini. Berhati-hatilah dengan 5 cabaran berikut:  1. Orang Islam yang dengki dan membencimu  2. Orang Munafiq yang memusuhimu  3. Orang Kafir yang memerangimu  4. Hawa nafsu yang mengongkongmu  5. Syaitan yang berusaha menyesatkamu...  

WANITA & KELUARGA | Mengejar Bahagia

Image

Hazamin Fadhli Rabbi

Image
Alhamdulillah, syukur Alhamdulillah, Hazamin Fadhli Rabbi, Allah izin ramai yang terkesan secara positif mendengar input bicara santai ibu khusus untuk anak-anak muda. Ibu terharu ada guru Matri berterus terang semasa post mortem "ana ulang dengar input teacher ibu 4 kali, rugi siapa yang tak dengar...". Seorang bekas ibu tunggal menyapa "biasanya lisan yang di'backup' dengan pengalaman memang mudah terkesan di hati" Boss kami membuat kesimpulan keseluruhan "Alhamdulillah program ini memang berjaya sangat-sangat, Alhamdulillah terima kasih kepada semua team pelaksana. Mudah-mudahan program seperti ini menjadi contoh kepada program yang lain, bukan sekadar adakan program semata-mata tetapi kita hendak membina ummah, perlukan follow up".  Ibu bersyukur anak muda yang menjadi team pelaksana semuanya sangat positif, tak pernah membantah idea ibu. Kesan tarbiyah madrasah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, "Sami'na wa atho'na&qu