Hakikat Cinta
Dengan nama Allah
Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya ibu berkesempatan menaip untuk menyimpan kenangan sebagai bekalan kepada semua anak cucu apabila ibu telah kembali ke Rahmatullah kelak. Mutakhir ini memang ada rasa sebak di media sosial kerana ada asatizah tertentu mengaibkan asatizah lain yang belum terbukti maksiat yang dilakukannya. Allahu Akbar sedangkan asatizah berani sangat mendedahkan aib saudara seiman, saudara seperjuangan berdakwah menegakkan Deen Allah, apalah yang dapat diharapkan dengan golongan rakyat biasa? Pesta 'makan daging' saudara sendiri dimulakan oleh golongan asatizah!!! Nauzubillahi min zalik
Gossip, mengumpat atau membawang sudah menjadi darah daging masyarakat dan amat sukar dibenteras jika golongan asatizah menunjukkan contoh seburuk itu.
Biasanya jika ada sesuatu kemusykilan, ibu akan luahkan kepada suami selaku murabbi yang amat memahami jiwa ibu.
Ibu ceritakan realiti sebenarnya memang rasa rimas melihat Ustaz A tuduh ustaz B berzina. Ustaz C tuduh ustaz D yang berserban salah tafsir ayat sekian-sekian.
Yang membacanya di media sosial bukan ratusan orang bahkan menjangkau jutaan orang. Dalamkerimasan itu ibu berani-beranikan diri merespon dalam tuduhan tersebut
"Tegurlah secara berhikmah,jangan sampai mengaibkan"
Rasulullah amat benci mereka yang suka mengintip dan mengintai-intai kelemahan orang lain kemudian diceritakan kepada umum. Ibu pernah terdengar kisah Nabi menunjukkan wajah tidak selesa jika ada sahabat menceritakan tentang keaiban orang lain. Keburukan itu akan menyebabkan kita berburuk sangka dan mengotorkan hati sendiri. Dalam realiti budaya mengumpat atau membawang sudah menjadi agenda hiburan keluarga dan masyarakat, masih jauh lagilah kita hendak wujudkan 'khaira ummaah' yang berkasih sayang kerana Allah. Syukur Alhamdulillah pihak Haluan Perlis menganjurkan Katibah Keluarga kali ke-6. Alhamdulillah ramai family di Johor dapat manfaatkan ilmu yang dikongsikan oleh Syeikh Khalid tentang 'Usrah sebagai perisai'
Semoga melalui usrah keluarga yang bakal diperkasakan di seluruh Malaysia umumnya akan mengubah suasana cinta hanya untuk Allah SWT semata-mata. Usrah ibu sudah sampai ke Bintulu Sarawak. Alhamdulillah. Bersama dua kakak kandung dan adik kandung sudah 3 minggu kami mulakan. Semuanya bermula dari jiwa yang mahu, jiwa yang mencari dan sentiasa berbaik sangka kepada murabbi. Kakak ibu minta suami bagi input untuk kamisemua,suami wakilkan ibu bagi pihaknya. Alhamdulillah, thiqah sungguh. Pentingnya baik sangka menyucikan jiwa. Jika ada buruk sangka sedikit sahaja, kotorlah jiwa maka semuanya tidak akan menjadi. Wallahu alam.
Berbalik respon murabbiku dalam isu ini (asatizah mengaibkan asatizah lain) amat mudah dan simple...
Tak pening kepala memikirkannya.
" Inilah kesan orang tidak ada tarbiyah"
Ya benar, selalu ibu dengar ulasannya apa ertinya belajar agama hingga peringkat PHD tertinggi sekalipun tetapi tidak menjiwai tarbiyyah madrasah Rasulullah sallallhu alaihi wassalam. Mungkin ikhlas belajar agama tetapi tidak ikut cara Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam, takut tidak diterima oleh Allah SWT.
Suatu ketika ada seorang jiran datang ziarahi suami. Melihat fizikalnya yang serba uzur, jiran itu bertanya ibu "bagaimana ingatan Ustaz?"
Ibu jawab "Alhamdulillah,1st class."
Ibu maklumkan setiap kali sebelum ceramah atau forum ibu banyak merujuk idea ustaz dulu. Ustaz akan sarankan ayat-ayat Qur'an minta ana taddabur dahulu dan cadangkan buku-buku ulamak muktabar untuk dibaca."
Syukur Alhamdulillah Allah Al Wadudu kurniakan suami yang memahami dan mencintai.Setiap malam akan lafazkan " I love you " ke telinga ibu.
YANG MAHA MENCINTAI

Allah Al Waduud.












Rangkaian bunga-bunga yang indah dengan pelbagai jenis, warna dan bau harumnya, menyiratkan sebuah pesan bahawa diri-Nya tengah menunjukkan cinta-Nya kepada kita.


Hanya dengan iman yang ada dalam qalbu, kita akan dapat membaca bahasa isyarat ini.




"Wahai Rabb kami, tidaklah Engkau mentakan semua ini sia-sia. Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka."


Wallahua'lam.
Rujukan: Penulisan Dr Solihah Kaswari (adapted). cip
Comments
Post a Comment