Hazamin Fadhli Rabbi

Alhamdulillah, syukur Alhamdulillah, Hazamin Fadhli Rabbi, Allah izin ramai yang terkesan secara positif mendengar input bicara santai ibu khusus untuk anak-anak muda. Ibu terharu ada guru Matri berterus terang semasa post mortem "ana ulang dengar input teacher ibu 4 kali, rugi siapa yang tak dengar...". Seorang bekas ibu tunggal menyapa "biasanya lisan yang di'backup' dengan pengalaman memang mudah terkesan di hati"

Boss kami membuat kesimpulan keseluruhan "Alhamdulillah program ini memang berjaya sangat-sangat, Alhamdulillah terima kasih kepada semua team pelaksana. Mudah-mudahan program seperti ini menjadi contoh kepada program yang lain, bukan sekadar adakan program semata-mata tetapi kita hendak membina ummah, perlukan follow up". 

Ibu bersyukur anak muda yang menjadi team pelaksana semuanya sangat positif, tak pernah membantah idea ibu. Kesan tarbiyah madrasah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, "Sami'na wa atho'na". Mudah ibu salurkan idea bagai air sungai mengalir laju, tiada sekatan sampah sarap. 

Sudah lama ibu simpan idea SAMARA ini, sebelum anak ibu bernikah 12 tahun yang lalu. Terperap tiada tindakan susulan. Syukur Alhamdulillah pujukan berhikmah ukhti Che Gayah dan Cikgu Ruminah akhirnya ibu gagah-gagahkan juga walaupun sedang merawat dan menyantuni keuzuran suami ibarat staff nurse berkhidmat 24 jam. Syukur suami juga beri sokongan dan galakan, bahkan bagi idea ayat Qur'an surah Al Fath ayat 4 dan doakan isterinya yang banyak kelemahan ini. Dari bulan Ramadhan lagi ibu berdoa agar Allah ilhamkan intipati terbaik dan lancarkan lisan ini agar menusuk qalbu para peserta.Semoga menjadi amal soleh di sisi Allah walaupun setelah meninggal dunia kelak. Insha Allah. Pada ibu urusan ini (input penting) tak perlu ibu ulang-ulang lagi, cukuplah sekali itu dan ibu harap ada anak muda yang akan mengambil alih tugas ini. Yang sudah pasti cikgu Azmi memang banyak membantu ibu menjelaskan konsep SAMARA. 

Kini pegawai psikologi dan beberapa pensyarah mula berjinak-jinak menghuraikan konsep yang ibu maksudkan merujuk kepakaran masing-masing. Ibu tidak menyangka suara ibu bergema hingga ke Johor malah ke Sabah dan Sarawak. paling ramai peserta dari Selangor dan wilayah Persekutuan. Salah seorang peserta seumur ibu mengakui bahawa di hujung usia ini, suami selalu terasa hati dan rumah tangga mulai tawar sepanjang program post mortem Bicara Santai Keluarga SAMARA, ibu dapat maklumat ramai ibu muda terkesan dengan penyampaian ibu yang banyak merujuk pengalaman hidup sepanjang sebelum perceraian, selepas bercerai dan kini menjadi ibu tiri.

 Warna warni kehidupan yang ibu lalui pada awalnya memanglah stress, tetapi Allah beri jalan keluar dengan banyak bertaddabur Qur'an, dengar you tube tentang kes-kes berkaitan, bahkan sebelum bercerai ibu banyak mencari maklumat yang menguatkan jiwa. Memang ibu akui sejujurnya ibu tak pernah melafazkan minta cerai. Ibu serahkan segala urusan kepada Allah, jika memang perlu bercerai, permudahkanlah segala urusannya sebab ibu sudah terasa tiada lagi keharmonian untuk kami terus bersama. Isteri muda lebih memerlukannya kerana baharu melahirkan dan anak-anak masih kecil. 

 Ada ibu muda ingin merakam lagi suara ibu merujuk soalan-soalan yang masih belum berjawab. Ibu minta tangguhkan kerana cukuplah rakaman suara semasa program 22 Ogos itu. minta depa kembbangkan maksud dan plan tindakan seterusnya. Di antara persoaln yang mendapat perhatian : 

Ringkasan soalan No 7 Suami dipaksa berkahwin dgn isteri ke-2 oleh maknya krn mak nak cucu dan tak suka isteri pertama. Suami akui tak mampu tp maknya tak bagi ceraikan isteri ke-2 yang telah akui tak mahu ganggu rumah tangga. 

 Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Allah pilih puan hadapi situasi sulit ini kerana Allah tahu puan mampu hadapinya dengan jiwa yang Sakinah ( menebal Iman). 
Lupakan dahulu masalah dgn ibu mertua dan madu. Fokus ' move on' kuatkan jiwa dengan mendekatkan diri dengan Allah. Yakinlah ujian ini pasti ada kemanisan di penghujungnya. Bersangka baik dengan Allah. Bersangka baik dengan suami. 
Kekalkan Sakinah, mawaddah warahmah dengan suami. Beri moral support kepada suami berlaku adil dan doakannya dapat memikul tanggungjawab menyantuni emaknya dan isteri kedua. Gunakan masa "me time" puan semasa suami bersama isteri kedua membina kekuatan jiwa dan mendekatkan diri kpd Allah. Dengar you tube pengalaman orang lain yang berjaya dalam poligami. 

 Baca artikel-artikel berkaitan. Isi masa puan dengan menulis pahit manis pengalaman hidup berpoligami. Belajar, taddabur Qur'an dan Hadis terutama yang berkaitan dengan poligami. 

 Baca dan fahamkan maksud perceraian sebagai persiapan agar puan tidak menderita jika Allah takdirkan terpaksa bercerai. (Pengalaman saya semasa 3 tahun berpoligami walaupun tak pernah sebut minta cerai) Rasakan bahawa takdir Allah sentiasa indah dan ada hikmahnya. Sentiasa maintain Sakinah (ketenangan) Tebalkan iman.Bersihkan jiwa dari segala rasa tak puas hati dan mohon Allah gantikan dengan keredhaan-Nya. 

Mohon Allah curahkan kesabaran tanpa batas. Hubungan baik dengan madu dan ibu mertua boleh dibaiki melalui doa yang tidak putus-putus. Pastikan kita tak pernah mengata atau mengumpat mereka. Maksiat ini juga boleh merosakkan rumah tangga. Bànyak baca Qur'an, istighfar, selawat dan berdoa khususnya Surah Ghafir ayat 44. Semoga Allah permudahkan segala urusan Puan. 

 Yakinlah Allah sayang puan dan akan kurniakan keberkahan dan keredhaan-Nya jika Puan redha. Insha'Allah Sasaran awal target minimanya sekitar 100 peserta sahaja tetapi yang mendaftar lebih 250 orang. Bukan bilangan yang ramai atau glamour yang kami harapkan, cukuplah sekadar Allah redha dan menerima usaha ini sebagai amal soleh di sisi-NYA

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil