Posts

Showing posts from May, 2018

Ramadhan Akan Membentuk Jiwa Yang Setangguh Mujahid - Ust Budi Ashari, Lc

Image

SUDAH SAMPAI MASANYA ISLAM BERKUASA !!!

Image
Penting sekali  kita terus fokus memahami Firman Allah dalam surat Ali Imran ayat 104 yang bermaksud:  "Hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru kepada kebaikan   dan menyuruh kepada yang makruf dan melarang dari yang mungkar. Merekalah   orang-orang yang beruntung."   Merujuk you tube di atas, agenda mulia yang dilaksanakan oleh  Ustaz Bakhtiar  Nasir  harus dicontohi  oleh  semua ulamak di Malaysia. Mungkin pihak Sinar sebaik-baik meneruskan agendanya  menyatukan pemimpin Islam seperti program yang dibuat  sebelum PRU14.  Dalam realiti umat Islam saling menunding jari menyalahkan pihak lain, sewajibnya kita menjadi pendamai  dan bukan mengintai-intai aib pihak lain hingga  menambah keruhkan lagi keadaan. Kita tidak boleh berlepas tangan. jangan jadi Ashabul A'raf iaitu  golongan yang berkecuali untuk memilih antara yang hak dan batil. Golongan yang berkecuali untuk memilih samada ingin ke syurga atau ke neraka.  Bahkan khalifah Ali RA menegask

Para Pemimpin Perlu Didoakan

Image
Pilihan raya sudah berlalu namun kebisingan pahat  masih berbunyi walaupun rumah sudah siap. Anggota kabinet sudah dilantik dan angkat sumpah. Masih terdengar desas desus rasa tak puas hati walaupun di bulan Ramadhan. Semua MB atau Ketua Menteri angkat sumpah Bersama ADUN negeri masing-masing, paling tenang  di Kelantan dan Terengganu. Paling  menimbulkan persoalan  beberapa ADUN negeri terkecil Perlis 'boikot' angkat sumpah seolah-olah 'derhaka' kepada Raja Perlis. Wallahu alam. Macam-macam kisah dan ragam di Bulan Ramadhan kali ini. Aib-aib pemimpin yang lalu habis dilondehkan oleh pegawai 'non-muslim' dengan alasan atas arahan pemimpin teratas yang beragama Islam. Belum masuk mahkamah, baru disiasat sudah dihukum bersalah.Zaman 'media sosial' berkuasa, rakyat  seharusnya  dididik bersabar menyebarkan berita yang benar dan tepat. namun masih banyak fitnah bertebaran di sana sini. Beginilah sistem Jahiliyah  yang mewarnai dunia politik hari ini. Ibarat

PUASA MEWUJUDKAN KETENTERAMAN MASYARAKAT

Image
Puasa kendalikan nafsu manusia. Puasa datang bukan sahaja dengan lapar dan dahaga, tetapi Ramadhan  yang diprogram kerana Iman dan harap redha Allah SWT. Ajaran ini datang untuk kendalikan emosi akibat gangguan. Banyak ukhuwwah terkoyak-koyak kerana tidak mampu kendalikan emosi. Sabar yang sebenarnya apabila dapat kawal emosi di awal gangguan. Hubungan baik akan terus wujud.

Himpunan Kesyukuran Kerajaan Rakyat Terengganu

Image
Ya Allah, kukuhkan kerajaan Terengganu dan Kelantan  selamanya  bersama  Islam. Aamiin

Mimpi seorang Nenek Yang Pengasih

Image
4 Ramadhan 1239 Hijrah,  ibu bermimpi seorang yang  sering dirindui mengikut  ibu ke mana sahaja ibu pergi. Masya Allah, rupa-rupanya beliau adalah seorang nenek  yang pernah berbakti ketika  ibu  di Batu Pahat. Baktinya  paling besar adalah membesarkan  4 cucu  yatim sejak yang kecil masih berusia 2 tahun manakala yang sulung baru  7 tahun. Ayah mereka meninggal dunia dalam kemalangan kereta dan motor. Manakala ibu cucu itu berkahwin lain. Alhamdulillah, mutakhir ini ibu dapat  maklumat  mereka  sudah bersatu semula bersama ibu mereka. Setelah berhijrah ke Perlis, ibu tidak berkesempatan  menziarahinya, walaupun  sering teringatkannya. Dalam mimpi itu ibu berpeluang memeluknya...Masya Allah, terlepas  rasa rindu kepadanya. Setelah  berhijrah  dari Shah Alam ke Batu Pahat  sekitar  tahun 1993, ibu diperkenalkan dengan nenek tersebut. Beliau  mengambil upah  mengurut  dengan penuh kasih. Anak saudara ibu pernah patah tangan, juga segera  dirawat oleh nenek itu, tak perlu hantar k

Jiwai Dulu Ayat-ayat Ramadhan, Baru Bicara Program - Ust Budi Ashari, Lc

Image
Rasulullah pernah berdialog dengan anak muda, Abdullah, Ibn Abbas, "Ya Rasulullah aku ingi berpuasa.." Rasulullah : Puasalah 3 hari sebulan Puasa  terbaik ada puasa  Nabi Daud, selang  sehari Generasi  beriman  tawar mnawar tetapi ke atas, generasi  robot sekarang menawar  tetapi ke bawah... Beban dan ancaman  bukan  mendidik...gagal tidak ada yang  menghidupkan  hati Bersabar menghidupkan hati, perlukan waktu (tidak kelihatan hasilnya) tawar menawar ke atas. Tidak hanya fokus kepada program. Hayati ayat-ayat  tentang  Ramadhan Al Baqarah 183-187 perlu baca  tafsir  untuk  dapatkan inspirasinya. Pengajaran  dan Roh  ayat ini; Tidak semua manusia boleh berpuasa...tak biasa (non muslim) sebab itu Allah seru "Wahai orang yang beriman" hanya  orang yang beriman sahaja  yang mampu berpuasa.  Iman sahaja yang  yang membuat puasa ini dilaksanakan dan rasa manis  dapat berpuasa. "Wahai orang  beriman" panggilan pujian, keredhaan dan kasih sayang&quo

Ramadhan nya Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam - Ust. Budi Ashari,...

Image
Apa  makna taqwa?  Perisai  menjaga diri.  Pengubatan...mengubati sebelum terjadi. Prevantif supaya  tidak sakit. Sebelum terjadi kemaksiatan telah ada pelindungnya. Abu Hurairah ditanya, Taqwa  itu apa?  Kamu pernah  berjalan di jalan  yang penuh  duri? Jalan dengan penuh hati-hati agar tidak terkena  duri, itulah taqwa. Hati-hati sebelum tertusuk duri. Puasa  itu  kunci sangat besar untuk dapatkan Taqwa. Dua persoalan penting  tentang  Ramadhan; Latar Ramadhan, bagaimana  Ramadhan   diwajibkan?  Konteksnya perlu dilatih...Ramadhan itu syariatnya diturunkan di bulan Syaaban, tahun 2 Hijrah.  memahami ini ada nilainya. Sebulan selepas itu terus  berpuasa. Memahami latar ini menarik.  i. Dalam pembahasan  seerah nabawiyah, tahun-tahun awal  Rasulullah sedang  menyiapkan sebuah negara. Persiapan memancang tiang.Potertnya sejak tahun  satu Hijrah. Tahun satu hingga dua , Rasulullah sedang menyiapkan asas-asas sistem. 3 tahun  di mekah sebelum itu menyiapkan orang-orangnya.

Ucapan Sulong YAB Menteri Besar Terengganu

Image

Munajat PRU14 , Natijah Milik Allah

Image
Maksudnya : "Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan." Bermusafir menaiki ETS ke selatan dikatakan orang PH kepada ibu  bagai sia-sia jika  tidak pangkah parti mereka. sia-sia atau tidak bukan urusan kita  menilainya. Itu adalah urusan Allah. Doa  ibu semoga menjadi amal soleh di sisi Allah, Insya Allah. Pesanan suami, bermusafir jauh, jangan silap niat. Jika tergelincir niat, tidak ada usaha  untuk menolong Deen Allah, segala amalan akan menjadi bagai debu-debu yang berterbangan.  Allah  Subhananhu Wa Taala    yang menguasai setiap  jiwa manusia. Menjelang PRU14, kita dapat mengenalpasti pelbagai ragam manusia sejauh mana kecintaannya  kepada  Islam, rela berkorban untuk Allah  dan Rasul. Allah yang Maha mengatur segala agenda-Nya, DIA Maha mengetahui  siapa yang ikhlas bekerja  untuk ISLAM. Firman Allah Subhananhu W