Pilih Yang Dekat Dengan Al-Qur'an Dan Sunnah

Usrah Muntijah pagi tadi sungguh dinamik di mana  semua ahli  amat prihatin  dengan kehendak  anak-anak  muda masing-masing yang  terpesona  mengejar  natijah yang cepat, ingin mengubah kerajaan  dari Barisan Nasional kepada  Pakatan Harapan. Bagi mereka Pas  hanya mengacau dan ber'pemikiran terkebelakang'. Murabbi  kami berpesan; "Pilihlah calon yang dekat  dengan Al-Qur'an  dan Sunnah". jawapan ini sungguh melegakan kami...


Terkenang sejarah suatu ketika dahulu, ketika zaman penjajahan bagaimana  golongan tua dan golongan muda tidak bersependapat dalam aspek menerima  perubahan pemodenan. Kini  sejarah itu  berulang  kembali tetapi terbahagi  kepada  dua kelompok,  bukan tua dan muda sebaliknya dua  golongan melibatkan tua dan muda...
i. Golongan yang matang memahami manhaj atau sistem pentadbiran Islam yang syamil,kamil  dan mutakamil...terus  bersabar  istiqomah  bersama Islam. 
ii. Golongan  yang  kurang  sabar, memahami  Islam  secara  Juzi'yah, sanggup tergelincir dari fikrah Islam yang  syamil, kamil  dan mutakkamil kerana  mengejar natijah tanpa memikirkan risiko bahayanya  perancangan  musuh-musuh Islam di balik  tabir  Pakatan  Harapan dan Barisan  Nasional. 

Wujudnya  dua golongan ini pasti ada hikmahnya mengajak  kita  berfikir dan berfikir, terus  berfikir apakah yang  Allah ingin kurniakan kepada  bumi Malaysia ini...tanpa sebarang  prasangka.
Renungkanlah,  apakah Tun Mahadhir  yang kini berusia  92-93  tahun mampu menyelamatkan Malaysia? Mampukah dia menyatukan kita semua  menikmati kehidupan Islam seperti zaman kegemilangan  Kesultanan Melayu Melaka sebelum tahun 1511?  Samakah  watak dan peribadi Tun Mahadir  dengan Almarhum Bendahara Tun Perak (berbakti dengan 3 sultan Melayu Melaka)  yang  sangat cinta kepada Islam? Wallahu alam

Ingatlah, tanpa  Islam, kita tidak akan selamat. Tanpa islam keluarga kita tidak akan selamat. Tanpa Islam masyarakat  kita  tidak akan selamat. Pakatan Harapan  tidak mampu menyelamatkan  kita semua tanpa kesedaran Islam yang syamil, kamil dan mutakamil. Apatah lagi  Malaysia dan dunia seluruhnya.  Yang boleh menyelamatkan bumi Malaysia hanya Allah SWT pemilik  kerajaan langit  dan bumi. Selamat atau tidak bergantung kepada  sejauh mana  kita  bertaqwa   kepada-Nya. Suburkan Iman dan Ukhuwwah. 
Alhamdulillah rumusan  usrah  muntijah kami, ajak diri  dan ahli keluarga masing-masing  sentiasa  bertaqwa  kepada Allah SWT.  

Allah berfirman dalam surat At Talaq ayat 2-3:
 
‏{‏‏وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا‏} ‏[‏الطلاق‏:‏ 2- 3‏]‏ 
 
{Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu}. (At Talaq 2-3)
 
Diriwayatkan dari Abu Dzar dari Nabi Shalallahu´alaihi Wa Salam bahwasanya beliau bersabda:
 
"لو أخذ الناس كلهم بهذه الآية لكفتهم"‏
 
¨Seandainya seluruh manusia mengambil ayat ini maka cukup atas mereka¨
 
Firman Allah {Mukhrajan} ‏ ‏{‏‏مَخْرَجًا‏}‏‏menurut sebagian salaf maknanya yaitu memberikan kelapangan (solusi-solusi) atas manusia, ayat ini (surat At Thalaq ayat 2-3) mempunyai kesesuaian dengan firman Allah ‏{‏‏إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ}‏ {hanya kepadamu kami beribadah dan hanya kepadamu kami memohon pertolongan} ayat ini mencakup seluruh ilmu kitab-kitab ketuhanan, karena takwa adalah amalan ibadah yang diperintahkan, dan sesungguhnya takwa kepada Allah, ibadah kepada-Nya dan Ta´at kepada-Nya adalah nama-nama yang berdekatan, mewakili dan berhubungan, dan bertawakkal kepada Allah adalah meminta pertolongan kepada-Nya, 

maka barangsiapa bertaqwa kepada Allah seperti ‏ ‏{‏‏إِيَّاكَ نَعْبُدُ‏}‏{hanya kepada-Nya kita beribadah} , dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah seperti ‏ ‏{‏‏وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ‏}‏ {dan hanya kepadaNya kita minta pertolongan},
 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil