Para Pemimpin Perlu Didoakan

Pilihan raya sudah berlalu namun kebisingan pahat  masih berbunyi walaupun rumah sudah siap. Anggota kabinet sudah dilantik dan angkat sumpah. Masih terdengar desas desus rasa tak puas hati walaupun di bulan Ramadhan. Semua MB atau Ketua Menteri angkat sumpah Bersama ADUN negeri masing-masing, paling tenang  di Kelantan dan Terengganu. Paling  menimbulkan persoalan  beberapa ADUN negeri terkecil Perlis 'boikot' angkat sumpah seolah-olah 'derhaka' kepada Raja Perlis. Wallahu alam. Macam-macam kisah dan ragam di Bulan Ramadhan kali ini. Aib-aib pemimpin yang lalu habis dilondehkan oleh pegawai 'non-muslim' dengan alasan atas arahan pemimpin teratas yang beragama Islam. Belum masuk mahkamah, baru disiasat sudah dihukum bersalah.Zaman 'media sosial' berkuasa, rakyat  seharusnya  dididik bersabar menyebarkan berita yang benar dan tepat. namun masih banyak fitnah bertebaran di sana sini. Beginilah sistem Jahiliyah  yang mewarnai dunia politik hari ini. Ibarat  membersihkan tong tahi  dari dalam, kena bertahan dan diuji sepertimana yang pernah dihadapi oleh DS Anwar Ibrahim. Ramai 'pemimpin' terkini lebih merujuk model Nabi Yusuf, menawarkan diri  merebut  jawatan dalam negara mahupun dalam negeri untuk menyelamatkan negara dari rompakan besar-besaran. Semoga ijtihad itu juga Allah terima hendaknya.



Malaysia  kini diuji  dengan berpecahnya umat Islam  kepada beberapa kelompok. Masing-masing mendakwa caranya 'benar'. Satu kumpulan lagi lebih cinta kepada manhaj Rasulullah sallallahu alaihi wassalam tidak pernah menerima tawaran jawatan yang ditawarkan oleh orang kafir  Quraisy asalkan baginda  tidak meninggalkan Dakwah dan Tarbiyah yang  Mentauhidkan Allah. Pendirian Rasulullah adalah untuk istiqomah Bersama  dakwah dan tarbiyah hingga Allah berikan kemenangan dengan izin-Nya. Alangkah bagusnya  jika kedua-dua kelompok ini saling  bersangka  baik, saling menghormati untuk mendidik kelompok  ketiga iaitu BN yang kini 'malu alah' dan berusaha  untuk menjatuhkan kerajaan  baru yang ada dengan apa cara sekalipun. Justeru itu Murabbi  ibu pernah menjelaskan satu artikel menjelang Ramadhan tentang  Permasalahan umat Islam sejak dahulu hingga kini sama sahaja fesyennya. Persoalannya  adalah berkaitan dua isu;

1. Fikri, sejauhmana pemikiran umat diasuh oleh Al-Qur'an dan Sunnah mengikut cara  para sahabat  diasuh dan dididik? Segala tindak tanduk bergantung kepada sejauh mana jelasnya fikrah Islam yang mereka perolehi melalui  usrah dan halaqah. Kejelasan fikrah  tidak mungkin diperolehi jika tidak istiqomah berada di dalam  harakah. Dakwah lepas tanpa bimbingan manhaj yang betul, akan menyimpang juga akhirnya ikut hawa nafsu.

2. Isu Siyasi. Sesebuah organisasi jika tidak berasaskan Tauhid, akan roboh akhirnya sepertimana  yang dihadapi oleh UMNO dan BN hari ini. Berbeza  dengan parti  di pantai Timur, masih kukuh walaupun umurnya sama seperti BBN, sungguhpun tidak menang di pantai Barat tetapi pengaruhnya  masih kukuh. Parti ini akan bertambah kukuh  jika  semua ahlinya memiliki fikrah Islam  yang jelas dan perbaiki  akhlak  mengikut jejak  para sahabat  Rasulullah sallallahu alaihi wassalam.

Di dalam bulan suci Ramadhan kini, ambillah peluang sebanyak-banyaknya  untuk turut mendoakan para pemimpin dunia dan Malaysia khususnya. Seorang sahabat pernah berkata;


لو أن لي دعوة مستجابة ما صيرتها الا في الامام
“Seandainya aku memiliki doa yang mustajab, aku akan tujukan doa tersebut pada pemimpinku.”
Ada yang bertanya pada Fudhail, “Kenapa berdoa begitu?” 
Beliau menjawab, “Jika aku tujukan doa tersebut pada diriku saja, maka itu hanya bermanfaat untukku. Namun jika aku tujukan untuk pemimpinku, maka rakyat dan negara akan menjadi baik.” (Hilyatul Auliya’ karya Abu Nu’aim Al Ashfahaniy, 8: 77, Darul Ihya’ At Turots Al ‘Iroqiy)

Tetap Taat pada Pemimpin


Keputusan sudah ada, Allah aturkan yang terbaik mengikut kemampuan rakyat memilih dan menerimanya.
الْمَصْلَحَةُ الْعَامَّةُ مُقَدَّمَةٌ عَلَى الْمَصْلَحَةِ الْخَاصَّةِ
“Kemaslahatan umum lebih didahulukan daripada kemaslahatan peribadi.” (Al-Muwafaqot 6: 123 karya Asy Syathibi)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga memerintahkan,
عَلىَ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فِيْمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ إِلاَّ أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ فَإِنْ أَمَرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ
Wajib bagi seorang muslim untuk mendengar dan taat (kepada penguasa) dalam perkara yang ia senangi dan ia benci kecuali apabila diperintah kemaksiatan. Apabila diperintah kemaksiatan maka tidak perlu mendengar dan taat.” (HR. Bukhari no. 7144  dan Muslim no. 1839)

Dari ‘Auf bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
خِيَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ وَتُصَلُّونَ عَلَيْهِمْ وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ ». قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلاَ نُنَابِذُهُمْ بِالسَّيْفِ فَقَالَ « لاَ مَا أَقَامُوا فِيكُمُ الصَّلاَةَ وَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْ وُلاَتِكُمْ شَيْئًا تَكْرَهُونَهُ فَاكْرَهُوا عَمَلَهُ وَلاَ تَنْزِعُوا يَدًا مِنْ طَاعَةٍ
Sebaik-baik pemimpin kalian adalah yang kalian mencintai mereka dan mereka pun mencintai kalian. Mereka mendo’akan kalian dan kalian pun mendo’akan mereka. Seburuk-buruk  pemimpin kalian adalah yang kalian membenci mereka dan merekapun membenci kalian, juga kalian melaknat mereka dan mereka pun melaknat kalian.” 
Kemudian ada yang berkata, ”Wahai Rasulullah, tidakkah kita menentang mereka dengan pedang?”   Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidak, selama mereka masih mendirikan solat di tengah-tengah kalian. Jika kalian melihat dari pemimpin kalian sesuatu yang kalian benci, maka bencilah amalannya  dan janganlah melepas ketaatan kepadanya.” (HR. Muslim no. 1855)

Pemimpin adalah Cerminan dari Rakyat, Sedarlah!

كَمَا تَكُوْنُوْنَ يُوَلَّى عَلَيْكُمْ
“Bagaimanapun keadaan kalian (rakyat), maka begitulah keadaan pemimpin kalian.” (catatan: Ungkapan ini dijadikan sebagai judul sebuah risalah yang ditulis oleh Syaikh Abdul Malik Ramadhani al-Jazairi)
Alkisah ada seorang khawarij yang datang menemui Ali bin Abi Thalib seraya berkata, “Wahai khalifah Ali, mengapa pemerintahanmu banyak di kritik oleh orang tidak sebagaimana pemerintahannya Abu Bakar dan Umar?!” Sahabat Ali Menjawab, “Kerana pada zaman Abu Bakar dan Umar yang menjadi rakyat adalah aku dan orang-orang yang semisalku, sedangkan rakyatku adalah kamu dan orang-orang yang semisalmu!!” (Syarh Riyadhus Shalihin, Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin)~  mungkin semakin jauh dari Al-Qur'an

Doa untuk Pemimpin Kita


اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ وُلَاةَ أُمُوْرِنَا، اَللَّهُمَّ وَفِّقْهُمْ لِمَا فِيْهِ صَلَاحُهُمْ وَصَلَاحُ اْلإِسْلَامِ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ أَعِنْهُمْ عَلَى الْقِيَامِ بِمَهَامِهِمْ كَمَا أَمَرْتَهُمْ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ. اَللَّهُمَّ أَبْعِدْ عَنْهُمْ بِطَانَةَ السُّوْءِ وَالْمُفْسِدِيْنَ وَقَرِّبْ إِلَيْهِمْ أَهْلَ الْخَيْرِ وَالنَّاصِحِيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ وُلَاةَ أُمُوْرِ الْمُسْلِمِيْنَ فِيْ كُلِّ مَكَانٍ
“Ya Allah, jadikanlah pemimpin kami orang yang baik. Berikanlah taufik kepada mereka untuk melaksanakan perkara terbaik bagi diri mereka, bagi Islam, dan kaum muslimin. Ya Allah, bantulah mereka untuk menunaikan tugasnya, sebagaimana yang Engkau perintahkan, wahai Rabb semesta alam. Ya Allah, jauhkanlah mereka dari teman dekat yang buruk dan teman yang merosak. Juga dekatkanlah orang-orang yang baik dan pemberi nasihat yang baik kepada mereka, wahai Rabb semesta alam. Ya Allah, jadikanlah pemimpin kaum muslimin sebagai orang yang baik, di mana pun mereka berada."


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil