Jiwai Dulu Ayat-ayat Ramadhan, Baru Bicara Program - Ust Budi Ashari, Lc

Rasulullah pernah berdialog dengan anak muda, Abdullah, Ibn Abbas, "Ya Rasulullah aku ingi berpuasa.."

Rasulullah : Puasalah 3 hari sebulan

Puasa  terbaik ada puasa  Nabi Daud, selang  sehari

Generasi  beriman  tawar mnawar tetapi ke atas, generasi  robot sekarang menawar  tetapi ke bawah...



Beban dan ancaman  bukan  mendidik...gagal

tidak ada yang  menghidupkan  hati



Bersabar menghidupkan hati, perlukan waktu (tidak kelihatan hasilnya) tawar menawar ke atas.



Tidak hanya fokus kepada program. Hayati ayat-ayat  tentang  Ramadhan

Al Baqarah 183-187 perlu baca  tafsir  untuk  dapatkan inspirasinya.



Pengajaran  dan Roh  ayat ini;

Tidak semua manusia boleh berpuasa...tak biasa (non muslim)

sebab itu Allah seru "Wahai orang yang beriman" hanya  orang yang beriman sahaja  yang mampu berpuasa.  Iman sahaja yang  yang membuat puasa ini dilaksanakan dan rasa manis  dapat berpuasa. "Wahai orang  beriman" panggilan pujian, keredhaan dan kasih sayang" Panggilan ini sangat disukai oleh anak-anak dari ibu bapa. Panggilan kasih sayang, kita tak  akan rasa berat.  Tidak akan terbeban.

Sayang itu  tak semestinya  menyenangkan. Ketegasan, diberikan beban agar dia kuat  hadapi. Contohnya  anak-anak  nak hadapi peperiksaan. tidak boleh dibiarkan dengan bermain sahaja. Jika sayang  hentikan mainan dan fokus belajar. tanda sayang.

Hasil puasa  adalah TAQWA, Hasilnya  manis dan nikmat.



Iman  dan Akidah  sentiasa sama  di kalangan para Nabi. Syariat  berbeza antara  para nabi. Syariat PUASA  sahaja sama kerana semua  umat Nabi sejak zaman Nabi Adam  disyariatkan  berpuasa





Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam,  risalahnya  menyeluruh  ke seluruh alam. Puasa  amat sesuai untuk perbaiki  umat  mana sekalipun. Ramadhan adalah benar-benar bulan pendidikan. Proses  orang berpuasa ada target  iaitu  menjadi  orang yang bertaqwa.

Taqwa : Berhati-hati tidak  terjebak dalam maksiat ibarat berjalan di kawasan penuh duri, sangat berhati-hati melihat  sebelum meletakkan kaki agar tidak terkena  duri. Bersihkan dari dosa samada yang kecil atau besar. Tegapkan kaki melangkah  menuju Allah. Apapun langkah  kita sangat  berhati-hati agar tidak terkena  duri (maksiat)



Sahabat Rasulullah  menyatakan Taqwa adalah

1. Takut  kepada Allah Yang Maha Tinggi ,

2. Beriman  kepada  Quran  yang diturunkan, 



4. Persiapan  untuk hari kepergian ( kematian dan menuju ke akhirat)



Tidak ada nasihat yang paling  hebat  selain mengajak orang  lain  kepada taqwa.



Sudah masuk Ramadhan perlu serius, manfaatkan  waktu yang luar biasa dengan  ibadah. belum tentu  tahun hadapan dapat  temui Ramadhan lagi.

Latihan puasa dilatih  bertahap-tahap

Ada aturan yang berbeza (surah Al Baqarah : 184) kecuali  yang musafir dan sakit perlu  ganti.

Yang  tidak mampu perlu bayar  fidyah, Ada tafsir  lebih  terkini (orang-orang yang mampu puasa , dia boleh  tidak puasa tetapi  harus  bayar  fidyah kepada  orang miskin). Allah  beri pilihan bagi mereka  yang belum bersedia  untuk  berpuasa.



Ayat  185, Yang bertemu dengan Ramadhan, tidak ada pilihan, wajib berpuasa. Bagi yang sakit  dan musafir . Allah  ingin berikan kemudahan dan bukan kesulitan... 

Mahal sungguh  firman Allah ini, masya Allah

Ramadhan adalah  bulan Al-Quran. Perlu  baca  Qur'an  dengan faham (tanya  orang yang faham), barulah menjadi petunjuk (Huda) untuk  hidup kita. Furqan = pembeza..ini nikmat. Allah  inginkan keringanan

Sempurnakan Ramadhan itu dengan puasa  yang lengkap kerana  ini nikmat. kemudian bertakbirlah kepada Allah, bahagianya, atas syariat ini. Syukur  merupakan   nikmat Ramadhan. Muncul Husnu  zhon (berbaik sangka)   kepada Allah. lebih yakin minta pada  Allah apa sahaja. doa dikabulkan  dengan hati yang yakin.

Ayat  setelah itu  isinya doa

Janji Allah untuk kabulkan  semua doa  para hambanya setelah Ramadhan.

3 kelompok manusia yang Allah kabulkan doanya, salah satunya adalah doa orang yang berpuasa

Salah satu  waktu yang mustajab untuk doa dikabul adalah  waktu  sahur...minta  ampun kepada Allah.

Ceramah  Nabi  ketika Ramadhan;

Telah datang  kepada  kalian bulan Ramadhan, bulan di berkahi



Ada malam yang lebih baik dari  1000 bulan."

Tanda  lailatul Qadr, esoknya  matahari terbit tetapi cahayanya  memancar lembut, boleh kita lihat. ketika ini kita boleh perbaiki diri. "Mengapa  boleh terlepas?"

Ketika  malam lailatul qadr, tidak terhalang melakukan kebaikan yang lebih banyak



"Wahai para pencari kebaikan, datanglah sini

 Wahai pencari kerosakan, hentikanlah"






10  akhir  Ramadhan  Rasulullah lakukan 4 perkara;

1. Iktikaf  ...kita perlu belajar  bagaimana  Nabi beriktikaf?

2. Ikat sarung~ tidak  menjamah isterinya (kata  isterinya  Aisyah ra)

3. Menghidupkan malam

4. Membangunkan keluarganya

~ Keluarkan  kesemua inspirasi  ketaatan untuk dibincangkan sebelum atur  apa-apa program dalam keluarga

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil