Posts

Showing posts from December, 2021

Muhasabah Diri

Image
SEGALA PUJI-PUJIAN HANYA MILIK ALLAH Allah Yang Maha Mendengar  setiap  bisikan di qalbu para hamba-Nya Selawat dan salam buat Rasul junjungan dan kaum  keluarga baginda. Alhamdulillah, tahun 2021 sudah melabuhkan  tirainya. Banyak kenangan sedih yang menginsafkan di mana ramai sahabat dan sahibah telah mendahului kami kembali ke Rahmatullah. Insha Allah giliran kami pasti akan menyusul, hanya Allah yang Maha Mengetahui  waktu yang paling tepat. Borang Mutabaah amal yang  sudah  diisi sangat mengetuk  qalbu ini, banyak lagi rutin amal soleh yang perlu ibu perbaiki demi khidmat terhadap Deen-Nya, Namun ibu akur tidak dapat membantu  banyak aktiviti amal melainkan jika dibuat secara online. Tenaga ibu sepenuhnya amat diperlukan untuk menyantuni keuzuran suami dan semua sudah faham keadaan dan perkembangannya. Ibu perlu stabilkan  kesihatan fizikal dan emosi berpaksikan kepada roh yang sentiasa  rindu ingin mengenal dan mencintai Allah. Roh yang ingin sentiasa rindu ingin bersama rombonga

Lapar Perhatian Allah Bukan Perhatian Manusia

Image
 Ahad, pagi 19 Disember tiba-tiba cucu ibu bernama Musthofa Mishary mengingatkan:  "Tok ibu tahu tak hari ini birthday Abang Ayi".  Ibu sempat doakan Allahumma faqeehu Fideen...semoga Abang Ayi dimuliakan Allah seperti  Abdullah Ibn Abbas ra  berkat doa hebat dari Rasulullah sallalahu alaihi wassalam ketika  beliau masih kecil lagi. Musthofa Mishary  kini 9 tahun Alhamdulillah  hadiahnya istimewa buku hafazan, ibu beli melalui Lazada sudah sampai dulu sempena cucu-cucu menulis karangan seerah tentang Usamah bin Zaid. Usamah terkenal sebagai panglima termuda memimpin  tentera Islam ketika usianya 17 tahun.  Mishary dan Maher menulis karangan selepas ibu ceritakan siapa Usamah bin Zaid dan kenapa beliau menjadi insan kesayangan Rasulullah. Beliau adalah anak dua insan kesayangan Rasulullah, iaitu  Ummu Aiman dan Zaid bin Haritsah. Tercetus idea kisah itu selepas ibu ulang kaji membaca seerah Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam.  Ibu doakan agar cucu-cucu ibu sentiasa lapar

Rindumu Akan Terubat Jua...Insha Allah

Image
Dengan nama Allah Rabb Yang Maha Pengasih  Lagi Maha Penyayang Segala Puji-pujian hanya milik Allah yang Maha Mengaturkan Yang Terbaik untuk kita semua agar menjadi pengabdi yang taat dan khalifah-Nya di bumi. Semoga Allah ampuni segala kelemahan dan ketidakmampuan kita melaksanakan amanah ini sebaik Rasulullah sallallahu alaihi wassalam dan para sahabat awal. 'Asabiqqun al awwalun'. Namun inilah satu-satunya qudwah ikutan kita yang sebenarnya. Selawat dan salam ditujukan khusus buat baginda, ahli keluarga,  para sahabat, para tabiin, para salafus soleh , ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT sampai hari Kiamat. Insha Allah , semoga Allah pilih kita semua akan bersama kafilah@rombongan roh para anbia, siddiqin, syuhada dan para solehin. Aamin ya Rabbal Alamin Semalam, Khamis 16 Disember 2021, tidak terbendung air mata rindukan kota Nabi SAW, Madinah Al Munawarah. Keberangkatan anak ibu dan 28 jemaah termasuk abang ibu dengan

Pahit Manis Tarikh 12.12.21

Image
  Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alamdulillahi Robbil Alamin Selawat dan salam khusus untuk Rasul junjungan dan kaum keluarga baginda Syukur ke hadrat Allah Rabbul Jalil kini adalah hari ke-9 kami mendiami rumah anak di Melaka sebelum ke Tangkak dan Insha Allah akan kembali ke Perlis sebelum 20 Disember. Ibarat hari raya meriahnya suasana  diziarahi dan ibu amat berbesar hati dapat kerjasama ikhlas dan padu daripada anak menantu dan cucu-cucu menyambut tetamu seadanya. Walaupun dalam keadaan batuk dan selsema, masih gagah-gagahkan diri menyantuni tetamu. Buat test covid-19, Alhamdulillah nrgatif. Insha Allah semoga sentiasa di dalam peliharaan dan perlindungan Allah di samping menjaga SOP.  Meriahnya kami di sini kerana tetamu membawa rezeki menyuburkan iman dan ukhuwwah serta mahabbah di samping membawa buah tangan termasuk ikan fresh, kuih muih, pisang tanduk, pisang nipah, pelbagai jenis kerepek, lontong bahkan ada yang bawa nasi Baryani dan Nasi Arab untuk

Country Villas Resort Melaka

Image
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala Puji-Pujian hanya Milik Allah yang Maha berkuasa lagi Maha Perkasa Allah Al Jabbar Yang berkuasa menundukkan segala kedegilan dan keangkuhan insan bernama manusia. Syukur Alhamdulillah, Allah aturkan musafir kami amat mudah diiringi awan mendung dan cuaca yang amat indah sekali. Dua tahun terperap di rumah gara-gara PKP kerana Covid-19 yang belum berpenghujung lagi tidak menghalang impian ibu ingin bercuti bersama keluarga di Melaka. Diam seribu bahasa sangat banyak membantu ibu menjayakan impian ini dengan pertolongan dari Allah jua. Ibu tidak peduli dengan apapun àncaman atau halangan yang cuba menggaggàlkan  musafir kami di saat àkhir.Kalau Allah takdirkan kami akan bermusafir, InshaAllah pemusafiran kami pasti Allah yang jayakan dan lindungi kami dari sebarang fitnah. Alhamdulillah, rumah yang amat mesra untuk warga emas seperti kami menyebabkan ibu jatuh cinta dengan ketenangan di sini, lebih-lebih lagi pokok-pokok bu