Country Villas Resort Melaka


 Dengan Nama Allah

Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang


Segala Puji-Pujian hanya Milik Allah yang Maha berkuasa lagi Maha Perkasa

Allah Al Jabbar Yang berkuasa menundukkan segala kedegilan dan keangkuhan insan bernama manusia. Syukur Alhamdulillah, Allah aturkan musafir kami amat mudah diiringi awan mendung dan cuaca yang amat indah sekali. Dua tahun terperap di rumah gara-gara PKP kerana Covid-19 yang belum berpenghujung lagi tidak menghalang impian ibu ingin bercuti bersama keluarga di Melaka. Diam seribu bahasa sangat banyak membantu ibu menjayakan impian ini dengan pertolongan dari Allah jua. Ibu tidak peduli dengan apapun àncaman atau halangan yang cuba menggaggàlkan  musafir kami di saat àkhir.Kalau Allah takdirkan kami akan bermusafir, InshaAllah pemusafiran kami pasti Allah yang jayakan dan lindungi kami dari sebarang fitnah.

Alhamdulillah, rumah yang amat mesra untuk warga emas seperti kami menyebabkan ibu jatuh cinta dengan ketenangan di sini, lebih-lebih lagi pokok-pokok bunga kertas berwarna pink melambai-lambai bertasbeh memuji Allah siang dan malam sangat menawan hati ibu. Jazakumullahu khyràn kàthira Mubarak dan Sofiyah memilih rumah yang sangat selesa untuk kami beristirehat seketika sebelum kembali ke Tunjung, Perlis.

Di sini, kami hanyà menunggu sahaja tetamu berkunjung kerana  ibu tidak larat hendak drive sendiri menziarahi saudara mara, juga untuk mengelakkan sebarang risiko jangkitan yang boleh mengundang fitnah lebih besar. Alhamdulillah, Ibu dapat isi masa dengan hobi membaca dan menjahit sepuas-puasnya, Insha Allah . 

Ada 2  naskah buku tentang Nabi Muhammad Sallalahu alaihi wassalam yang belum sempat ibu baca walaupun buku itu telah dibeli di Pesta buku Jakarta tahun 2017. Inilah peluang keemasan ibu bebas dari 'stress' berkurung dan fizikal terpenjara terlalu lama di Tunjung. Rasa lemas dan perlu bebaskan diri seketika dari kongkongan yang boleh memurungkan diri. Perlu 'move on!'  dan bergerak  menceriakan diri walaupun hanya sekadar bercuti di Melaka sahaja.

Melaka sungguh memberi makna dalam kehidupan ibu, mengimbau kembali sejarah kegemilangannya sebelum tahun 1511. Tiga sultan Melaka (Sultan Mansur syah, sultan Muzafar syah dn sultan Alalauddin Riayat Shah ) telah dibantu oleh seorang ahli Tasauf bernama BendaharaTun Perak sangat banyak mencorakkan pemikiran Islam tulen para warga Melaka khususnya dan warga nusantara amnya. Melaka pernah menjadi pusat ekonomi terkaya di dunia dan sangat penting membantu ekonomi negara-negara Islam yang lain. Melaka juga merupakan pusat penyebaran Islam seluruh Nusantara dimana kepentingannya sangat membantu Kerajaan Turki Uthmaniyah meluaskan empayarnya seluruh dunia khususnya  selepas Turki dapat menawan kota Konstantinople di Rom Timur. Sultan Muhammad Al Fateh hidup sezaman dengan 3 sultan Melaka (ibu dh ceritakan kisah ini) semasa Daurah Murabbiyah bertarikh 4 November 2021.

Melaka juga negeri pilihan ibu semasa menulis novel pertama bertajuk  'Istiqomah Bersama Maher'. Seronok ibu lihat Maher rajin menghafal Quran dan tiap-tiap pagi dan petang  buat latihan memanah di belakang rumah tanpa disuruh. Semoga aktiviti sunnah ini menjadi darah daging cucu-cucu ibu sebagai persiapan diri  membina kekuatan menjadi pemimpin ummah di masa akan datang.

Kini ibu rasa sangat bahagia kerana di Country Village Melaka ini  juga , pada tahun 2022 akan mulakan Tadika 'Country Kids'  melibatkan anak menantu ibu sebagai peneraju utama di samping kerjasama padu seorang ustaz dan isterinya untuk melahirkan pemimpin ummah di masa akan datang. Semoga Allah sentiasa memberkati dan meredhai usaha mulia ini, khususnya ussha membuat surau. Mudah-mudahan sempat siap menjelang Ramadhan nanti. Insha Allah.

Alhamdulillah, syukur, terima kasih Ya Allah di atas segala nikmat kurniaan-Mu yang sungguh indah dan membahagiakan ini. Suami ibu juga turut tumpang bahagia dan mendoakan kejayaan projek mulia ini. Hazamin fadhli Rabbi...










Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil