Posts

Showing posts from February, 2021

Persiapan Menyambut Tetamu Agung

Image
Alhamdulillah, setinggi-tinggi  kesyukuran  ke hadrat Allah SWT kerana  dengan Rahmat  dan Kasih Sayang-Nya  kita  masih berpeluang  bernafas meneruskan kehidupan sebagai hamba dan khalifah-Nya di bumi yang fana' ini. Selawat dan salam buat Rasul kecintaan umatnya.  Subhanaallah, sama-samalah kita sentiasa  menaruh harapan dan berharap hanya kepada Allah kerana berharap kepada-NYA  tidak pernah mengecewakan. Ibu amat letih jika ada pihak berharap dengan kudrat kita yang serba lemah ini, pasti mereka akan kecewa dan masalah  akan terus menerus  tidak  selesai walhal pokok masalahnya antara  diri  masing-masing dengan Allah SWT. Allah izin ibu sudah terdidik sejak menjalani proses  tarbiyah di awal tahun 1980an agar  sentiasa   memikirkan buat  persiapan  awal menyambut Ramadhan. Mengemas  rumah ibu sudah mulakan seawal bulan Rejab lagi. Bulan Syaaban ibu akan tukar langsir-langsir baru seolah-olah menyambut  Hari Raya. Konsep menyambut Raya perlu diubah dengan mengemaskini keadaan j

Ilustrasi Tanaman Mencerminkan Proses Tarbiyah

Image
Jumaat Penuh Barokah 12.02.21 30 Jamadil Akhir 1442 Hijrah Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana izin-Nya kita masih dipanjangkan umur untuk perbaiki diri (mengukuhkan keimanan) dan meningkatkan kualiti ibadah hanya untuk-NYA. Selawat  dan salam ditujukan kepada Murabbi agung, iaitu Rasulullah SAW, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabieen, tabiut tabieen, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada-NYA hingga  hari kiamat. Esok, 1 Rejab 1442 Hijrah dan 59 hari lagi kita dikunjungi tetamu Agung, Ramadhan kareem. Esok juga adalah Tahun baharu Cina. Syukurlaah di Matri  ini tidak seperti di Johor, bising  bunyi letupan mercun.  Sepanjang haampir 11 bulan selepas Ramadhan 1441 Hijrah, ibu muhasabaah diri telah gagal me 'ramadhan'kan 11 bulan berikutnya. Terlalu lemah mengurus waktu 'me time' tadabbur Qur'an dan Hadis Rasulullah SAW. Kini sudah mulalah kita melatih diri perbanyakkan puasa sunat dan amal soleh

Generasi Izzah Bukan Imma'ah (Pak Turut)

Image
 Dengan Nama Allah  Yang Maha Pemurah  Lagi Maha Penyayang Ahamduliah, syukur  kita  ke hadrat Allah SWT kerana  dalam ujian Covid-19 kita semua  dikehendaki berkurung di rumah, namun Alhamdulillah  Maha Baiknya  Allah permudahkan kita bermusafir akal dan jiwa  melalui  media sosial. Bahkan anak-anak kecil juga berpeluang belajar melalui internet. Namun amat malang sekali jika kemudahan teknologi 'dunia tanpa sempadan ini  tidak diiringi dengan pendidikan mengukuhkan  akidah demi melahirkan  generasi Rabbani.  Mutakhir ini masih mem'viral' di media  sosial keganasan ibu bapa mendera anak-anak kandung, Ramai  suami isteri bercerai kerana masalah kesempitan ekonomi dan paling menyedihkan  anak-anak kecil berusia 7 tahun telah dibelikan handphone  pintar untuk pengajaran  dan pembelajaran dari rumah, namun mereka tanpa sengaja  tersalah guna menonton video 'porno'. Mereka bukan belajar dari ibu bapa atau guru atau kakak abang tetapi amat di uar jangkaan mereka  terliha

Krisis Dalam Senyap

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah  Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah di atas nikmat Iman dan Islam yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.  Selawat dan salam ke atas junjungan dan murabbi agung iaitu Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat serta  jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri  hanya sanya kepada Allah Rabbul Jalil. Pada  hari Selasa malam Rabu lalu, suami berpesan jika nak ulangkaji bahan-bahan tarbiyah cuba fokus  bab 'Menjaga Lidah'  Ibu terkejut juga apakah gerangan pesanan itu? 'Baca sahaja nanti kongsikan pada yang lain'. Itu maksudnya. Ya lah baru teringat mungkin perkongsian ibu tentang masalah ummah  yang terkini menyebabkan  suami terfikir, berlakunya  sebarang krisis salah satu puncanya  adalah kerana tidak menjaga lidah. Krisis itu boleh jadi juga disebabkan kita terlalu berharap kesempurnaan seseorang namun pihak yang diharapkan itu tidak mampu memenuhi kesempurnaan yang

CIRI CIRI GENERASI TERBAIK ‼️ Ustadz Budi Ashari Lc

Orang berwibawa kalau meninggal dunia masih memikirkan tentang umat... seperti Rasulullah sallallahu alaihi wassalam