Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan Rahmat dan Kasih Sayang-Nya kita masih berpeluang bernafas meneruskan kehidupan sebagai hamba dan khalifah-Nya di bumi yang fana' ini. Selawat dan salam buat Rasul kecintaan umatnya.
Subhanaallah, sama-samalah kita sentiasa menaruh harapan dan berharap hanya kepada Allah kerana berharap kepada-NYA tidak pernah mengecewakan. Ibu amat letih jika ada pihak berharap dengan kudrat kita yang serba lemah ini, pasti mereka akan kecewa dan masalah akan terus menerus tidak selesai walhal pokok masalahnya antara diri masing-masing dengan Allah SWT.
Allah izin ibu sudah terdidik sejak menjalani proses tarbiyah di awal tahun 1980an agar sentiasa memikirkan buat persiapan awal menyambut Ramadhan. Mengemas rumah ibu sudah mulakan seawal bulan Rejab lagi. Bulan Syaaban ibu akan tukar langsir-langsir baru seolah-olah menyambut Hari Raya. Konsep menyambut Raya perlu diubah dengan mengemaskini keadaan jiwa, fikiran untuk menyambut tetamu agung, iaitu Ramadhan Kareem.
Sejak dua tahun sudah ibu sudah maklumkan kepada suami untuk mengecat tembok rumah yang telah lama hitam. Mencari tukang cat, belum ada yang respon. Allah izin anak ustazah yang membantu menceriakan taman bunga kami menawarkan diri mengecatnya mengambil masa lebih seminggu hendak menyiapkan. Ibu rasa bangga melihat hasil kerja anak remaja berusia 15 tahun boleh menyiapkan kerja mungkin agak berat dipikul oleh rakan seusianya yang masih larut dengan jahiliyah dibuai oleh alam fantasi. Focus tarbiyah anak remaja perlu menekankan bagaimana mentarbiyahnya agar cepat matang,sematang anak-anak zaman Rasulullah SAW. Contohnya Zaid bin harithah berumur 17 tahun sudah dilantik menjadi panglima perang. Abdullah Ibn Abbas menjadi pakar rujuk tafsir Qur'an ketika umurnya baharu berusia 15 tahun sudah dimuliakan oleh Khalifah Umar Al Khattab dibawa masuk majlis syura kepimpinannya.
 |
Fahim, (tingkatan 3 Matri) selesai mengecat tembok |
Teacher ibu doakan Fahim cepat matang sesuai dengan tanggungjawab sebagai anak sulung dalam keluarganya.
Begitulah hakikatnya yang ibu faham, semakin matang seseorang itu jika segala permasalahannya dirujuk kepada Allah SWT. Mengadu hanya kepada Allah. Sebaliknya jika masalah yang kita hadapi sekecil-kecil masalah asyik mengadu kepada orang lain walaupun adik beradik maka belum matanglah walaupun usia sudah melepasi 40 tahun. Sikit-sikit mengadu, sikit sikit mengadu, macam budak kecil.
Muhasabahlah diri, jika orang tua MC (Malas Cakap) keletihan berhadapan dengan sikap mereka yang seronok menjadi CCTV menampakkan segala keburukan dalam rumah tangga sedangkan banyak yang baik tidak pula dilaporkan. Penyakit apakah ini? Istighfarlah sebanyak-banyaknya dan bertaubatlah.
Inilah punca kebanyakan orang tua hilang 'thiqah' (tidak boleh hendak mesra) dan rasa lebih selamat berterusan dalam keadaan MC. Diam lebih selamat mudah-mudahan mereka sedar punca permasalahan utama bermula dari masalah keyakinan kepada Allah yang masih longgar.
Segala pembaharuan yang ingin ibu buat, cukuplah sekadar mendapatkan 'green light' dari ketua keluarga yang amat mamahami ibu. Jika rujuk mereka memang biasa keputusannya selalunya 'lampu merah' berbunyi "tak perlu" atau "tak payah" atau sebarang jawapan yang sering mengecewakan. Alhamdulillah hingga kini, Allah izin ibu boleh bertahan dan bersabar berbekalkan MC (Malas Cakap@diam) seikhlasnya kerana Allah untuk menjaga kemasalahatan.
Ibu berdoa semoga Ramadhan1442 Hijrah nanti, segala penyakit jiwa, khususnya sikap suka mengadu itu dapat segera dikikis. Mohonlah kepada Allah agar sikap yang amat dibenci oleh setiap orang tua dapat diselesaikan. Bayangkanlah, masing-masing akan melalui usia tua. Tidak ada orang tua yang suka jika anak-anak asyik mengadu, mengumpat tentang masalah-masalah kecil atau remeh temeh. Lauk di bawah tudung sajipun sering menjadi isu utama dalam aduan dan umpatan itu. Justeru itu ibu rasa lebih selamat dan bahagia bertugas di dapur baharu ibu sendiri. Ini cara terbaik untuk menutup CCTV dan padamkan segala isu yang mendatangkan dosa. Inilah maksiat yang perlu ditinggalkan sesegera mungkin.
Berubahlah segera menjadi insan yang matang. Adukanlah segala masalah kepada Allah, bergantunglah hidup sepenuhnya hanya kepada Allah. Tempat mengadu itupun ada tanggungjawab utama dengan keluarga suami mereka. Tidak mungkin dia boleh selesaikan masalah kecil ini yang berlaku berulang-ulang kali. Di akhirat nanti diapun tak akan dapat selamatkan pengadu.
Ibu berharap sangat kepada Allah agar akan berlaku perubahan yang positif menjelang Ramadhan yang mulia. Inilah persiapan Ramadhan yang amat ibu harap dan ulang-ulang dalam doa. Semoga Ramadhan tahun ini akan terbina kethiqahan dan hidup lebih bermakna dan diredhai Allah hendaknya. Jika masih selesa dengan tabiat suka mengadu sampai bilapun tidak akan wujud keseragaman akidah, keseragaman fikrah dan keseragaman amal antara kita.
Alhamdulillah ibu ditakdirkan Allah menjadi orang tuamu lebih awal. Kebanyakan orang tua Allah kurniakan 'instink' dapat rasa ketidak selesaan dan menyebabkan kami terdiam. Memang diam lebih selamat bagi kami dalam suasana yang tidak Islamik ini Suasana menjadi CCTV@aduan, umpatan dan jadal kalami@ perbualan yang sia-sia menjadi alat syaitan menyuburkan suasana yang tidak Islami merosakkan ukhuwah dan mahabbah.
Pesanan ibu bagi mereka yang menerima aduan atau umpatan sesiapapun, tolonglah hamba Allah ini, bimbinglah dia kembali mengadu kepada Allah. Jagalah urusan keluarga masing-masing, tidak perlulah campur tangan dengan mengambil alih tugas Allah penyelesai segala masalah kita. Selaku orang tua, memang kami sentiasa memaafkan namun masih terselit dalam jiwa ini mohon Allah selesaikan atau hapuskan sikap negatif yang dibenci itu. Ibu bukan benci orangnya tetapi benci sikap buruk dan kebudak-budakan itu melambatkan kematangan menjadi hamba-NYA dan khalifah-NYA di bumi yang fana ini. Mudah-mudahan dengan usaha ini, tidak ada lagi ruang untuk syaitan memecah belahkan kita.
Cara hendak selesaikan semua masalah perlu sentiasa merujuk bagaimana cara Rasulullah sallallahu alaihi wssalam mendidik Abdullah Ibn Abbas, diceritakan dalam hadis berikut;
عَنْ ابنِ عباسٍ رضي الله عنهما، قَالَ: كنت خلف النَّبيّ صلى الله عليه وسلم يوماً، فَقَالَ: "يَا غُلامُ، إنِّي أعلِّمُكَ كَلِمَاتٍ: احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَألْتَ فَاسأَلِ الله، وإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ باللهِ، وَاعْلَمْ أنَّ الأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إلاَّ بِشَيءٍ قَدْ كَتَبهُ اللهُ لَكَ، وَإِن اجتَمَعُوا عَلَى أنْ يَضُرُّوكَ بِشَيءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إلاَّ بِشَيءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحفُ
Dari Abdullah bin Abbas RA, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Jagalah Allah, niscaya Dia menjagamu; jagalah Allah, niscaya kamu mendapati-Nya bersamamu; jika kamu mempunyai permintaan, mintalah kepada Allah; jika kamu memerlukan pertolongan, minta tolonglah kepada Allah. Ketahuilah, seandainya seluruh manusia bersatu untuk memberi manfaat dengan sesuatu, mereka tidak akan dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan untukmu; dan jika mereka bersatu untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, mereka tidak akan dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan untukmu. Pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah mengering" (HR At Turmudzi).
Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan temu
@ sampaikan kami di bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan 1442 Hijrah ini akan menjadi lebih baik dari Ramadhan sebelumnya"
Aamin Ya Rabbal Alamin
Comments
Post a Comment