Generasi Izzah Bukan Imma'ah (Pak Turut)

 Dengan Nama Allah 

Yang Maha Pemurah 

Lagi Maha Penyayang



Ahamduliah, syukur  kita  ke hadrat Allah SWT kerana  dalam ujian Covid-19 kita semua  dikehendaki berkurung di rumah, namun Alhamdulillah  Maha Baiknya  Allah permudahkan kita bermusafir akal dan jiwa  melalui  media sosial. Bahkan anak-anak kecil juga berpeluang belajar melalui internet. Namun amat malang sekali jika kemudahan teknologi 'dunia tanpa sempadan ini  tidak diiringi dengan pendidikan mengukuhkan  akidah demi melahirkan  generasi Rabbani. 

Mutakhir ini masih mem'viral' di media  sosial keganasan ibu bapa mendera anak-anak kandung, Ramai  suami isteri bercerai kerana masalah kesempitan ekonomi dan paling menyedihkan  anak-anak kecil berusia 7 tahun telah dibelikan handphone  pintar untuk pengajaran  dan pembelajaran dari rumah, namun mereka tanpa sengaja  tersalah guna menonton video 'porno'. Mereka bukan belajar dari ibu bapa atau guru atau kakak abang tetapi amat di uar jangkaan mereka  terlihat  di handphone 'tok ayah' mereka. Allahu Akbar. Amat mengerikan. nauzubillahi min zalik.

Jika zaman 80an -90an ada ibu bapa menganggap televisyen itu sebagai Jahiliyah yang masuk ke rumah kita. Kini bukan sahaja TV, handphone, tablet , lap top dan segala macm gajet amat diperlukan di rumah dijemput secara terhormat masuk ke rumah. Tanpa bekalan iman, segala kemudahan canggih itu akan disalah gunakan. Bermula dari 'mabuk'  bermain game hingga  terjebak  'mabuk' percintaan ala monyet. Di sinilah peranan ibu bapa amat diperlukan  sebagai guru  pertama  dalam rumah tangga. Rumah menjadi  madrasah pertama bagi anak-anak. Ibu bapa perlu belajar dan mencintai  ilmu  serta memahami faktor-faktor yang menjayakan tarbiyah (pendidikan) yang menyelamatkan diri dan ahi keluarga dari terjebak ke jurang  api neraka. 

Pentingnya 3 faktor kejayaan tarbiyah melahirkan  generasi  izzah (Umat terbaik menurut Al-Qur'an)
1. Manhaj atau sistem  merujuk Al-Qur'an dan Sunnah Rasuullah SAW.
2. Murabbi yang mencontohi Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.
3. Biah Solehah ~ Persekitaran  yang soleh merangkumi keadaan amar maaruf dan nahi mungkar dalam masyarakat, dalam  negara dan dunia  tanpa sempadan. 


Tanpa bekalan Iman dan taqwa, mustahil akan lahir  generasi izzah di kalangan  kita. Justeru itu amat perlu kita berada di dalam jamaah atau organisasi  yang tersusun rapi menyusun atur  program  terancang membangun  diri, membangun keluarga dan membangun ummah  terbaik di sisi Allah SWT. Generasi izzah adalah  generasi  Al-Quran  yang unik di medan Dakwah dan Tarbiyah. Manakala  generasi Immaah adalah generasi yang  larut dalam jahiliyah tanpa hala tuju kehidupan yang jelas.
Wallahu alam bisawab

💖💬💕


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil