Krisis Dalam Senyap

Dengan Nama Allah

Yang Maha Pemurah 

Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah di atas nikmat Iman dan Islam yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. 

Selawat dan salam ke atas junjungan dan murabbi agung iaitu Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat serta  jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri  hanya sanya kepada Allah Rabbul Jalil.

Pada  hari Selasa malam Rabu lalu, suami berpesan jika nak ulangkaji bahan-bahan tarbiyah cuba fokus  bab 'Menjaga Lidah'  Ibu terkejut juga apakah gerangan pesanan itu? 'Baca sahaja nanti kongsikan pada yang lain'. Itu maksudnya. Ya lah baru teringat mungkin perkongsian ibu tentang masalah ummah  yang terkini menyebabkan  suami terfikir, berlakunya  sebarang krisis salah satu puncanya  adalah kerana tidak menjaga lidah. Krisis itu boleh jadi juga disebabkan kita terlalu berharap kesempurnaan seseorang namun pihak yang diharapkan itu tidak mampu memenuhi kesempurnaan yang dihajati, justeru itu mengundang  kekecewaan dan kehampaan.  Benarlah jika kita berharap kepada manusia atau makhluk kita akan kecewa. Jika berharap  kepada  Allah kita akan bahagia dan berlapang dada. 

Dua  minggu sudah ibu tertanya-tanya  apakah gerangan  salah seorang ALP  bernama UmmuL (bukan nama sebenar)  sekolah kami  sudah lama berdiam diri dan menyepi wal hal ibu kenal dia salah seorang pemudi yang menjadi harapan mewarisi kerja-kerja Islam  yang bakal kami tinggalkan kelak. Ibu cuba wassap bertanya khabar. Sayang kerana amat besar  potensinya  untuk masa depan ummah. Setelaah dikenalpasti rupa-rupanya  ada krisis yang menyebabkan dia terlalu serik untuk bertemu muka apa lagi untuk berkomunikasi dengan Si A yang pernah menegurnya secara 'kasar' (tidak berhikmah)  dan tidak diberi peluang membela  diri. Si A menegur  menggunakan jawatannya  setelah mendengar aduan si B (lelaki) didakwa  sebagai 'pengadu domba'. Cerita UmmuL, lagi satu kes si B memaklumkan kepada si C bahawa semua guru  tidak suka UmmuL. Si C pula  menyampaikan kepada  UmmuL. Apa lagi, berhari-harilah UmmuL  sesak nafas mengalami Athma (lelah) hingga  tidak boleh tidur. Ujiannya  dengan si B . UmmuL memaklumkan agar  berhati-hati dengan si B boleh menyebabkan  banyak salah faham dan krisis dalam senyap lama-lama jadi gunting  dalam lipatan. Ibu diamanahkan agar  sampaaikan pesanan ini kepada  si A.

Alhamdulillah, berbekalkan pesanan suami 'tegur  bagai  menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak' semasa mensyuarat  ALP untuk menubuhkan surau sekolah  Sabtu lalu ibu berpeluang bersembang santai dengan si A. Semoga  krisis dalam senyap ini akan berakhir  dengan ukhuwwah  dan mahabbah hendaknya. Aamiin. Kecilkan  masalah fikirkan masaah  ummah. 

Pihak urusetia Haluanita cadangkan ibu jadi salah seorang  ahli panel program 'kukuhkan cinta dalam rumahtangga..." berkongsi suara hati selaku kaunselor . Ibu terasa ada 'krisis dalam senyap' dalam tajuk ini memikirkan kegagalan rumah tangga pertama. Memang berat dan 'lemas' melihat tajuk itu dan ibu minta izin minta pandangan suami terlebih dahulu  yang lebih mengenal kekuatan dan kelemahan ibu. Dua hari baharu dapat jawapan dari Ustaz Omar "Tajuk itu sesuai untuk orang muda" sebaliknya  beliau mencadangkan ibu dengan tajuk lain "Kaunseling Rabbani Mendidik Ummah". Ibu rakamkan  suaranya sebagai bukti alasan  beliau memilih tajuk itu. Ibu faham beliau  amat memahami potensi isterinya. Urusetia cadangkan tajuk "Rasulullah Sallallhu alaihi wassalam Kaunselor Agung" Semoga Allah permudahkan proses  ulangkaji ibu  mendalami lagi tajuk itu. Sesungguhnya memang ibu tak mampu kecuali dengan pertolongan Allah sahaja. Ibu perlukan 'team work' yang sama-sama  memahami  hala tuju Kaunseing Rabbani. Ya Allah permudahkanlah...Aamiin Ya Rabbal Alamin



Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil