Ilustrasi Tanaman Mencerminkan Proses Tarbiyah

Jumaat Penuh Barokah

12.02.21

30 Jamadil Akhir 1442 Hijrah

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana izin-Nya kita masih dipanjangkan umur untuk perbaiki diri (mengukuhkan keimanan) dan meningkatkan kualiti ibadah hanya untuk-NYA. Selawat  dan salam ditujukan kepada Murabbi agung, iaitu Rasulullah SAW, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabieen, tabiut tabieen, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada-NYA hingga  hari kiamat.

Esok, 1 Rejab 1442 Hijrah dan 59 hari lagi kita dikunjungi tetamu Agung, Ramadhan kareem. Esok juga adalah Tahun baharu Cina. Syukurlaah di Matri  ini tidak seperti di Johor, bising  bunyi letupan mercun. 

Sepanjang haampir 11 bulan selepas Ramadhan 1441 Hijrah, ibu muhasabaah diri telah gagal me 'ramadhan'kan 11 bulan berikutnya. Terlalu lemah mengurus waktu 'me time' tadabbur Qur'an dan Hadis Rasulullah SAW. Kini sudah mulalah kita melatih diri perbanyakkan puasa sunat dan amal soleh seperti mana Rasululah dan para sahabat melakukannya.Perbanyakkan semua amal soleh sebagai bekal menghadap Allah SWT. Benarlah, syarat meninggal dunia itu bukan sakit atau tua. Bila-bila masa Allah akan menjemput kita pulang  menghadap-Nya. Tugas kita  di muka bumi ini  untuk mengumpulkan amal soleh. Keutamaan  bulan Rejab dijelaskan oleh Ustaz Adi Hidayat seperti berikut:




Amal soleh kita ada  dua sifat;

i .  'Hablum minallah' (solat, puasa dan semua ibadah wajib dan sunat)

ii. 'Hablum minan Nas'~ Ibu cuba sentiasa bersangka  baik, semua manusia ada potensi masuk syurga. Nampak secara zahir  seperti tidak mesra namun sucikan hati masing-masing,  mereka  pendiam adalah ahli syurga. Jaga lidah. Lebih baik diam jika tidak mampu berkata baik. Saling mendoakan  yang  baik-baik.

Alhamdulillah, ibu amat bersyukur  ke hadrat Allah SWT kerana tidak menyangka hobi sambilan suka-suka hendak menjamu mata menanam bunga berjangkit  dengan hobi terbaru menanam sayur di belakang rumah. Semua ini tidak akan berlaku jika bukan dengan izin Allah SWT. 


Sebelum ini cuba ibu pernah cuba menanam bunga atau herba-herba  akhirnya pokok-pokok itu  mati  tidak  terbela. Mungkin kerana  ibu tidak fokus, maklumlah sebelum Covid-19 ibu selalu bermusafir.  Banyak  hikmahnya Covid-19, ibu seronok taddabur dan belajar  Mengenal  Allah dari  pelbagai jenis tanaman

Sejak dua bulan lalu ada seorangustazah sudi datang  menyiram, sekali sekala menabur baja  pokok dan berikan tunjuk ajar menjaga  pokok. Betullah nak buat apapun perlukan ilmu dan kemahiran. Berbekalkan sedikit ilmu, minat itu mula subur hingga  apa jenis biji sayur dan buah-buah yang ibu jumpa akan ibu semai. Apabila biji-biji itu  sudah bertunas, mulalah proses  memindahkannya ke dalam polibag. Paling banyak anak pokok betik rendang, limau kasturi, labu, lada, kucai, petola dan ciku. Insha Allah, mulai bulan Ramadhan  nanti dah boleh tuai sayur tanam sendiri. Bukan  hasil yang menyeronokkan ibu tetapi ada terapi  jiwa yang menyuburkan kesyukuran dan kesabaran menjalani proses itu. Ibu rasakan amat rapat  dengan proses tarbiyah madrasah Rasulullah salallahu alaihi wassallam  yang ibu jalani sejak lebih 30 tahun yang lalu.

Nak bawa  ke mana anak-anak pokok yang melambak tu nanti? Jika tanah belakang rumah tak muat, ibu nak sedekahkan anak-anak pokok itu kepada projek pertanian MATRI  dan SRATTI. Masih ada banyak ruang tanah kosong perlu diisi dengan projek pertanian. Paling tidak, lebihan hasil tuaian boleh dihantar  ke dapur asrama sebelah rumah atau kantin SRATTI. Azam dan projek baharu  ini sudah  ibu suarakan kepada suami. Pohon didoakan projek  mulia ini membahagiakan kami. Insha Allah. Bukan besarpun, cuma perlukan istiqomah, sedikit-sedikit  lama-lama jadi bukit. Masa melayan dan menyiram pokok itu cuma perlukan setengah jam pagi dan setengah jam petang. Hampir sebulan tidak  hujan,terasa bahangnya, pokok-pokok itu sabar menahan kehausan. Rasa berdosa jika tidak menyiramnya pagi dan petang. Setakat ini ibu pandai-pandai buat sendiri tanpa berharap kepada sesiapa. Harapan ibu hanya  kepada Allah sahaja menggerakkan agar hati cucu-cucu sudi membantu secara sukarela. 

Memang seronok  dan puas apabila sudah jatuh cinta  dengan hobi terbaru ini. Selesai solat sunat Israq dan Dhuha sebelum jam 8.15 pagi, ibu sudah mula menyiram pokok-pokok tersebut. Sebelum Asar siram lagi sebab tidak mahu menganggu 'me time' ibu. Selepas Asar memang nak fokus baca Quran dan tafsir atau dengar ceramah.  Segala jenis  baki makanan akan dijamu (baja) kepada tanah yang sudi  menyuburkan pokok-pokok tersebut  dengan izin Allah SWT. Kadang-kadang pukul 3.00 pagi sebelum Tahajjud dah siram pokok, khususnya pokok bunga  yang manja macam Daisy dan pelbagai jenis Rose. 

Ustaz Budi Ashari mengajak kita perhatikan lebih dalam lagi; 

"Allah SWT ketika berfirman tentang pendidikan banyak menggunakan ilustrasi tanaman. Tetapi ketika berfirman (tentang) fizikal menggunakan ilustrasi binatang"

Boleh  dengar kandungan dari you tube  berikut:





Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil