Posts

Showing posts from April, 2018

Memilih Pemimpin Menurut Al-Qur'an Dan Sunnah

Image
Menjelang  PRU14, ramai yang terpesona  dengan nilai majoriti mendapat sokongan samada secara online, undian mahupun ketika dalam perhimpunan. Majoriti kalangan mereka  hanya  menggunakan  logik akal semata-mata  dan terlupa  mendahulukan Iman   dalam penilaian untuk memilih  pemimpin. Bahkan  ada  yang sanggup menabur  fitnah merata-rata  untuk memenangi  hati  orang-orang beriman  agar  memilih parti mereka. Dalam realiti yang serba mengelirukan sekarang ini, sebaik-baiknya sebelum mengundi  nanti  solat  isthikhorah. Berdoalah semoga  Allah kukuhkan jiwa  kita  istiqomah  untuk memenangkan Deen Allah selagi  nyawa  dikandung  badan melalui apa cara sekalipun asalkan mendapat  redha Allah.   اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ . “Allaahumma rahmataka arjuu falaa takilnii ilaa nafsii tharfata ‘ainii wa ashlih lii sya’nii kullahu laa ilaaha illaa anta.” Artin

GENERASI KEBANGKITAN ANTARA GENERASI SHALAHUDDIN DAN MUHAMMAD AL-FATIH -...

Image

PRU 14~ Doakan Dunia, khususnya di Malaysia Allah kurniakan Pemimpin BerTAQWA

Image
سلام عليكم  🌷Rabu, 25 April 2018@ 9 Syaaban 1439H 2 minggu lagi kita mengundi 3 minggu lagi kita berpuasa Bersihkan fikiran dan jiwa masing-masing dari segala pra sangka Apa pilihan yang kita ada sekarang? Suburkan IMAN dan UKHUWWAH hanya kerana Allah Malam tadi, ibu 'left out' dari  group Whatsapp kesayangan kerana  majoriti dari ahli dalam group itu semakin berani  melanggar  syariat Allah, sebaliknya terus menyuburkan bibit-bibit kebencian dan menghina pihak sebelah sana, apa lagi musuh-musuh politiknya  itu  menunaikan 6 rukun Iman dan 5 rukun Islam. Parti serpihan tidak habis-habis menjaja aib 'Parti Suci' yang  mereka sindir dan sebut-sebut selalu sedangkan tujuan utamanya untuk hapuskan BN. Group wassap sudah jadi seperti TV1 dan TV3 mengulang-ulang 'mesej-mesej  sampah' satu hari lebih 5 kali. Sudah diingatkan jangan jadi agen musuh/ syaitan, tapi tak dipedulikan. Masih tak kenyang mengumpat 'makan  daging saudara sendiri.'  Benar  kat

Alhamdulillah Para Profesional Dalam Team Islam

Image
"Dua-dua  parti tu thaghut! Team Najib Thaghut, team Mahadir juga thaghut!!! Jika salah satu dari dua  parti itu menang, kita  rakyat Malaysia akan masuk dalam  'round about'  yang sama." Pesan seorang  murabbi di wilayah tengah.  Lebih selamat  undi  Parti  Islam, akar umbinya  kukuh tertancap ke bumi dengan Akidah Tauhid. Dahan dan daun-daunnya menjulang ke langit mengharapkan Redha Allah semata-mata.   S eperti dalam firman Allah SWT surat Ibrahim ayat 24 sebagai berikut: اَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللهُ مَثَلاً كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ اَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ◌ Artinya: "Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, Ayat di atas menjelaskan bahawa  akarnya teguh  menunjukkan  akarnya yang kuat menancap ke bumi. Di antara fenomena kekuasaan Allah Swt,  Ia  telah menjadikan  kesesuaian/keseimbangan ant

Kajian Gladstone Menjauhkan Islam dari Politik

Image

Wajib Memenangkan Islam Dalam PRU14 Nanti - UAI

Image

PRU14, Aku Nak Pangkah Siapa!! Ustaz Ahmad Husam Dato' Paduka Baderuddin

Image

Pilih Siapa Dalam PRU 14?

Image
13 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1440 Hijrah. Hari Jumaat penuh barokah. Sepanjang petang bersama  family di Melaka, hujan renyai kami berdoa semoga  Allah tundukkan dan cenderungkan  hati-hati rakyat Malaysia sentiasa  mengingati tanggung jawab utama  di muka bumi ini adalah untuk mentauhidkan Allah SWT  sepanjang  hayat.  Salah seorang kenalan  pesara Pegawai Tadbir Diplomatik  bertaraf  JUSA menyapa dan minta pandangan  tentang mood  politik hari ini. Menurutnya pada zahirnya  cenderung  kepada  Parti  Harapan  yang diketuai  oleh bekas PM Dr Mahadir Muhammad bersama  parti Amanah, PKR dan DAP menggunakan satu lambang iaitu bendera PKR. Kemudian terbaca pula surat Presiden PAS kepada semua  pengundi PRU 14.  Jawapan ibu ringkas sahaja; "Ikut logik akal, PH nampaknya 'gah' walaupun  akar umbinya masih rapuh. Jika Allah takdirkan PAS berpeluang, tidak mustahil. Yang penting prinsip perjuangannya masih kukuh seperti dahulu walaupun ada kekurangan dan kelemahan di