PRU 14~ Doakan Dunia, khususnya di Malaysia Allah kurniakan Pemimpin BerTAQWA

سلام عليكم

 🌷Rabu, 25 April 2018@ 9 Syaaban 1439H
2 minggu lagi kita mengundi
3 minggu lagi kita berpuasa
Bersihkan fikiran dan jiwa masing-masing dari segala pra sangka
Apa pilihan yang kita ada sekarang?
Suburkan IMAN dan UKHUWWAH hanya kerana Allah


Malam tadi, ibu 'left out' dari  group Whatsapp kesayangan kerana  majoriti dari ahli dalam group itu semakin berani  melanggar  syariat Allah, sebaliknya terus menyuburkan bibit-bibit kebencian dan menghina pihak sebelah sana, apa lagi musuh-musuh politiknya  itu  menunaikan 6 rukun Iman dan 5 rukun Islam. Parti serpihan tidak habis-habis menjaja aib 'Parti Suci' yang  mereka sindir dan sebut-sebut selalu sedangkan tujuan utamanya untuk hapuskan BN. Group wassap sudah jadi seperti TV1 dan TV3 mengulang-ulang 'mesej-mesej  sampah' satu hari lebih 5 kali. Sudah diingatkan jangan jadi agen musuh/ syaitan, tapi tak dipedulikan. Masih tak kenyang mengumpat 'makan  daging saudara sendiri.'  Benar  kata As Syahid Syed Qutb "Jika  kita lihat dari atas, jahiliyah itu bagai kanak-kanak  sedang bermain" tidak  matang dalam mengutamakan  atau mendahulukan  IMAN  ketika berfikir. Dalam hati mereka ada penyakit, Allah tambah lagi penyakit. Dalam keluargapun  agen-agen mereka  boleh ajak kita bergaduh  hanya  kerana  menegur  mereka  hentikan  kerja busuk itu. Kedegilan mereka menyebabkan  Allah menambah penyakit-penyakit jiwa. Firman Allah yang bermaksud:

‘Dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah tambah penyakit mereka dan adalah bagi mereka siksaan yang pedih dengan sebab apa-apa yang mereka dustakan’.   (Q.S. Al-Baqarah, ayat 10)

Semoga  mereka insaf akhirnya,  sentiasa  istighfar dan  bertaubat  mencari jalan keluar menjaga  IMAN dan Ukhuwwah.  Bahaya  sungguh jika terus melayan  puak-puak  ini. Mujurlah pemuda  Ashabul Kahfi  dalam keluarga tidak melayan kerenah  mereka kerana  sudah faham dan mereka terus ber'kurung' dalam  gua  demi menjaga  IMAN dan Ukhuwwah. Nampaknya  anak muda  jauh lebih matang berbanding mereka yang sedang meniti  usia senja.

Seminggu  dua  ini ibu  'excited' memikirkan mengapalah umat  Islam di dunia ini berpecah belah.
Apakah punca  umat Islam berpecah belah?

Punca utamanya menurut Abdullah Ibn Abbas ra, "mereka  faham Qur'an  tidak sama  seperti kami (para sahabat Rasulullah) memahami Qur'an..." Begitulah  jawapannya  apabila ditanya  oleh  khalifah  Umar Al Khattab ra. Alangkah  bagusnya  kalau umat Islam membaca Qur'an, taddaburi dan menjiwai  firman Allah, cepat matang pemikiran kita. Sayang sekali kebanyakan kita  hanya sekadar baca, khatam Qur'an tetapi  tidak memahami maksudnya. Masih 'lagha,' lalai  dan terpesona dengan budaya 'busuk'  mengumpat, mencari-cari, kritik bodoh tak ikut syariat, gossip  dan mengintai-intai aib orang lain. Gajah  depan mata (aib sendiri) buat-buat  'buta' dan tak nampak. Benarlah politik  hari ini  memang  kotor   dan busuk. Perlu  ada pemimpin  yang  bertaqwa yang mampu  mengubahnya  menjadi politik  yang bersih 4-5 tahun lagi. Insya Allah.

Kebanyakan puak-puak serpihan itu lebih banyak ikut emosi dan letakkan IMAN di belakang kerana  lebaih percaya  dengan  merujuk you tube yang telah diedit untuk memburuk-burukkan pihak sebelah  hingga  subur dan membarahnya 'kebencian' kepada orang  yang membaca Qur'an dan hadis. Ibu tak nafikan memang Parti Suci  sindiran mereka itu ada  banyak kelemahan. Dah tahu banyak kelemahan, kenapa  ditinggalkan? sebaliknya buat masjid baru dakwa  iri lebih betul dari masjid  asal. Dah macam cerita  orang munafik  zaman Rasulullah buat  masjid  baru agar  masyarakat Madinah  meninggalkan masjid Quba. Nauzubillahi min zalik.


Minggu ini Unit Kaunseling  MATRI  mengadakan TOT  Kaunseling  Rabbani. Perkongsian bagaimana hendak 'flush' pendaman-pendaman emosi negatif  yang berkeladak  dalam jiwa. Allah izin minggu  ini  juga  ada dua klient yang mengalami 'sakit  jiwa' kerana  menyimpan perasaan  benci, kecewa dan marah  yang terlalu lama kepada  salah seorang  ahli keluarga masing-masing. Jika pendaman emosi negatif ini bersarang  dalam jiwa, maka syaitan-syaitan  seronok  dapat berkubang dalam diri mereka yang lemah semangat. Beginilah penyakit yang membarah dalam masyarakat, bila memuja manusia, lupa Allah. Nak pilih pemimpinpun tak boleh guna  logik akal semata-mata...

Yg pasti semua rakyat mahukan pemerintah yang  membawa kesejahteraan (bagi muslim, dunia & akhirat).
Masalahnya kumpulan manakah yg mungkin mampu buat begitu?
Semua janji politik  mereka itu manis-manis belaka.



Bagi setiap muslim, Allah sahaja yang tahu siapa yang  Dia hendak beri kekuasaan ikut perancangan agung-NYA

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْ
كَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
-سورة آل عمران, آية ٢٦
Menjadi kewajipan kita semua bermunajat mohon Allah* naikkan mana-mana tokoh, kumpulan atau gabungan kumpulan yg benar-benar ingin memenangkan Deen membawa kesejahteraan  negara kita. Juga supaya Allah sentiasa beri taufiq & hidayah kpd mereka...

Mohonlah setiap hari pd setiap solat fardhu & sunat. Termasuklah solat hajat, khasnya di sepertiga malam. Malam sebelum mengundi sama-sama kita istikhorah terlebih dahulu kerana keputusan dari Allah tidak pernah salah. Bismillahi Tawwakkaltu Allallah, la hau la wala quwatta illa billah.

Do'a  dan pilihan kita semua mungkin penyebab turunnya rahmat Allah ke atas negara tercinta ini.

Sudikan kongsi rayuan ini kpd sahabat, kaum kerabat,kwn, teman taulan yg lain juga. Moga usaha murni kita do'a beramai-ramai akan  dimaqbulkan. Insya Allah
والله أعلم

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil