Memilih Pemimpin Menurut Al-Qur'an Dan Sunnah

Menjelang  PRU14, ramai yang terpesona  dengan nilai majoriti mendapat sokongan samada secara online, undian mahupun ketika dalam perhimpunan. Majoriti kalangan mereka  hanya  menggunakan  logik akal semata-mata  dan terlupa  mendahulukan Iman   dalam penilaian untuk memilih  pemimpin. Bahkan  ada  yang sanggup menabur  fitnah merata-rata  untuk memenangi  hati  orang-orang beriman  agar  memilih parti mereka.


Dalam realiti yang serba mengelirukan sekarang ini, sebaik-baiknya sebelum mengundi  nanti  solat  isthikhorah. Berdoalah semoga  Allah kukuhkan jiwa  kita  istiqomah  untuk memenangkan Deen Allah selagi  nyawa  dikandung  badan melalui apa cara sekalipun asalkan mendapat  redha Allah.

 اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ.

“Allaahumma rahmataka arjuu falaa takilnii ilaa nafsii tharfata ‘ainii wa ashlih lii sya’nii kullahu laa ilaaha illaa anta.”
Artinya:
“Ya Allah, hanya rahmat-Mu yang aku harapkan, kerana itu janganlah Engkau biarkan aku mengikuti hawa nafsuku walaupun sekelip mata, perbaikilah keadaanku semuanya, tidak ada Tuhan selain Engkau.”

Hendak  harapkan  redha  manusia atau nilai  majoriti, kita  akan kecewa  akhirnya kerana  pemimpin negara adalah faktor penting dalam kehidupan bernegara. Jika pemimpin negara itu jujur, baik, cerdas dan amanah, beliau akan sentiasa  mengundang berkah dari Allah dan Insya Allah rakyatnya sentiasa  dalam kesejahteraan dan perlindungan Allah SWT. Sebaliknya jika pemimpinnya tidak jujur, korup, serta menzalimi rakyatnya, niscaya rakyatnya akan sengsara seperti  hari ini. 


Oleh kerana itulah Al-Qur'an telah  memberikan pedoman dalam memilih pemimpin yang baik.
Sebaik-baiknya kita sentiasa  istiqomah  bersama  Islam merujuk Al-Qur'an dan Hadis Rasulullah SAW.  Dalam Al Qur’an, Allah SWT memerintahkan ummat Islam untuk memilih pemimpin yang baik dan beriman. Berikut  adalah dalil-dalil yang perlu kita rujuk jika ingin memilih pemimpin :

“Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mu’min. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah." (An Nisaa 4:138-139)

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimmpin (mu): sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagiaa yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim ” (QS. Al-Maidah: 51)

“Hai orang-orang  yang beriman! Janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu menjadi pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan. Dan siapa di antara kamu menjadikan mereka menjadi pemimpin, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” (At Taubah:23)

“Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali (teman atau pelindung)” (An Nisaa:144)

“Janganlah orang-orang  mukmin mengambil orang-orang  kafir jadi pemimpin, bukan orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, bukanlah dia dari (agama) Allah sedikitpun…” (Ali Imran:28)

Selain beriman, seorang pemimpin juga harus adil:

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata, bahwasanya Rasulullah saw bersabda: “ada tujuh golongan manusia yang kelak akan memperoleh naungan dari Allah pada hari yang tidak ada lagi naungan kecuali naungan-Nya, (mereka itu ialah):

1. Imam/pemimpin yang adil

2. Pemuda yang terus-menerus hidup dalam beribadah kepada Allah

3. Seorang yang hatinya tertambat di masjid-masjid

4. Dua orang yang bercinta-cintaan kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisahpun kerana Allah

5. Seorang lelaki  yang diajak (berbuat maksiat/zina) oleh seorang wanita kaya dan cantik, lalu ia menjawab “sesungguhnya aku takut kepada Allah”

6. Seorang yang bersedekah dengan satu sedekah dengan amat rahasia, sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya

7. Seorang yang selalu ingat kepada Allah (zikrullâh) di waktu sendirian, hingga melelehkan air matanya. (HR. Bukhari dan Muslim)

“Hai orang-orang yang beriman! Tegakkanlah keadilan sebagai saksi kerana Allah. Dan janganlah rasa benci mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana itu lebih dekat dengan taqwa…” (Q.s. Al-Maidah 5: 8 )

Keadilan yang diserukan al-Qur’an pada dasarnya mencakup keadilan di bidang ekonomi, sosial, dan terlebih lagi, dalam  perundangan. Seorang pemimpin yang adil, indikasinya adalah selalu menegakkan undang-undang  syariat; memandang dan memperlakukan semua manusia sama di depan undang-undang, tanpa pandang bulu. Hal inilah yang telah diperintahkan al-Qur’an dan dicontohkan oleh Rasulullah ketika bertekad untuk menegakkan hukum (dalam konteks pencurian), walaupun pelakunya adalah puteri beliau sendiri, Fatimah, misalnya.

“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau bapak ibu dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau miskin, Allah lebih mengetahui kemaslahatan keduanya”. (Qs. An-Nisa; 4: 135)

Dalam sebuah kisah, ketika seorang perempuan dari suku Makhzun dipotong tangannya lantaran mencuri, kemudian keluarga perempuan itu meminta Usamah bin Zaid supaya memohon kepada Rasulullah untuk membebaskannya, Rasulullahpun marah. Baginda bahkan mengingatkan bahawa, kehancuran masyarakat sebelum kita disebabkan oleh ketidakadilan dalam menegakkan hukum seperti itu. 

Dari Aisyah ra. bahwasanya Rasulullah saw. bersabda: 
"adakah patut engkau memintakan kebebasan dari satu hukuman dari beberapa hukuman (yang diwajibkan) oleh Allah?"

Kemudian  baginda  berdiri lalu berkhutbah, dan berkata: 
"Hai para manusia! Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu itu rosak/binasa dikeranakan apabila orang-orang yang mulia di antara mereka mencuri, mereka bebaskan. Tetapi, apabila orang yang lemah mencuri, mereka berikan kepadanya hukum’. (HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Abu Daud, Ahmad, Dariini, dan Ibnu Majah)

“Sesungguhnya Allah akan melindungi negara yang menegakkan keadilan walaupun ia kafir, dan tidak akan melindungi negara yang zalim (tiran) walaupun ia muslim”. (Mutiara  kata Ali ibn Abi Thalib) 

Pilihlah pemimpin yang jujur: Dari Ma’qil ra. Berkata: saya akan menceritakan kepada engkau hadis yang saya dengar dari Rasulullah saw. Dan saya telah mendengar beliau bersabda: 
“seseorang yang telah ditugaskan Tuhan untuk memerintah rakyat, kalau ia tidak memimpin rakyat dengan jujur, niscaya dia tidak akan memperoleh bau syurga”. (HR. Bukhari)

Pilih pemimpin yang berazam  mencegah dan memberantas  segala  kemungkaran seperti korupsi, nepotisme, manipulasi, dll:

“Barang siapa melihat kemungkaran, maka hendaknya ia merubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka hendaknya merubah dengan lisannya, jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Dan yang demikian itulah selemah-lemahnya iman”. (HR. Muslim)

Pilih pemimpin yang mampu mempersatukan ummat, bukan yang fanatik terhadap kelompoknya sendiri. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyatakan dalam Al Qur’an :

“ … Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian, orang-orang Muslim, dari dahulu … .” (QS. Al Hajj : 78)

Dalam menafsirkan ayat di atas, Imam Ibnu Katsir menukil satu hadits yang berbunyi :

“Barangsiapa menyeru dengan seruan-seruan jahiliyah maka sesungguhnya dia menyeru ke pintu jahanam.” Berkata seseorang : “Ya Rasulullah, walaupun dia puasa dan solat?” “Ya, walaupun dia puasa dan solat, walaupun dia mengaku Muslim. Maka menyerulah kalian dengan seruan yang Allah telah memberikan nama atas kalian, iaitu : Al Muslimin, Al Mukminin, Hamba-Hamba Allah.” (HR. Ahmad jilid 4/130, 202 dan jilid 5/344)

Ada beberapa sifat baik yang harus dimiliki oleh para Nabi, iaitu: 
Amanah (dapat dipercayai kerana  keimanannya), 
Siddiq (benar), 
Fathonah (cerdas/bijaksana) serta 
Tabligh (berkomunikasi dengan baik dengan rakyatnya). 

Sifat-sifat di atas juga harus dimiliki oleh pemimpin yang kita pilih.

Pilih pemimpin yang amanah, sehingga dia benar-benar berusaha mensejahterakan rakyatnya. Bukan hanya mampu  menjual aset negara atau kekayaan bumi Malaysia  untuk kepentingan peribadi dan kelompoknya.

Pilih pemimpin yang cerdas dan tegas, sehingga dia tidak mampu  ditipu oleh anak buahnya atau kelompok lain sehingga merugikan negara. Pemimpin yang cerdas punya visi dan misi yang jelas untuk memajukan rakyatnya.

Kadang kala kita begitu kecewa  dengan pemimpin yang korup, sehingga mereka  hanya  berkecuali. Sikap berkecuali atau tidak memilih pemimpin merupakan sikap yang kurang baik dan tidak bertanggungjawab. Dalam Islam, kepemimpinan itu penting, sehingga Nabi pernah berkata, jika kalian bermusafir, pilihlah satu orang jadi pemimpin. Jika hanya berdua, maka salah satunya jadi pemimpin. Solat wajib ketika berjemaahpun  ada pemimpinnya (imam).

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil