Sunday, 25 August 2013

Berbelas Kasihlah kepada Anak-Anakmu...


Syeikh Dr 'Aidh Al Qarni menulis:

 "Ketika aku sedang menangis  meratapi apa yang menimpa umat di seluruh dunia Islam, terutama di Mesir dan Suriah, ada seorang kawanku datang bertanya, “Kenapa kau bersedih?” Aku menjawab, “Aku bersedih kerana agamaku sedang dalam kesulitan.”

Diapun menjawab, “Islam adalah agama Allah Subhanahu wa Ta’ala DIA   sendiri yang akan menolongnya. 
Bukankah Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman  yang bermaksud, 
 “Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang.   Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa."    [Al-Mujadilah: 21].

Aku berkata, “Kalau begitu, aku menangis kerana orang-orang yang dibunuh secara zalim.”

Dia pun menjawab, “Mereka telah berbahagia, Ins sha’ Allah, hidup dan mendapatkan rezeki di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.”
Benar kata sahabat Dr Aidh, mereka telah berbahagia melancong  mengelilingi syurga menanti hari Kiamat..masuk syurga tanpa hisab... 
Bahagia bukanlah kerana kekayaan zahir..tetapi bahagia kerana jaminan rezeki, jodoh dan ajal yang Allah tentukan membawa kita  menuju keredhaan-NYA. 
Usah dirisaukan soal rezeki, jodoh dan ajal..semua itu dalam urusan Allah. 
Jika ingin yang terbaik di sisi-NYA, istiqomah bersabar  dalam mematuhi segala perintahnya, bersabar dalam menjauhi maksiat  dan bersabar ketika diuji..

Lupakan pandangan manusia tetapi hargailah pandangan Allah kepada  kita


Jika  inginkan hasil terbaik dalam tarbiyah, mendidik anak, memberi nasihat dan menghantar anak ke sekolah  belum cukup. Suri tauladan yang baik dari ibu bapa adalah hal yang sangat berpengaruh dalam membentuk akhlak dan keperibadian yang baik  dalam  diri anak. Cara  bagaimana ibu bapa melayani  dan mengkhianati  orang  yang selalu berlaku ihsan kepadanya juga sangat mempengaruhi kesan tarbiyah kepada  anak-anak yang masih kecil. Ibu bapa yang lupa daratan, menzalimi orang lain, anak-anak memerhati  dan akan  warisi sikap  khianat dan  zalim itu  apabila mereka dewasa nanti.  Kerana Sekolah yang sebenarnya ada di dalam rumah, maka sedaya upaya  berikanlah  contoh yang terbaik dari setiap kata, perilaku , tindak tanduk dan sikap  yang  sangat  takut  dengan azab  Allah  yang amat pedih di dunia  dan akhirat kerana  berani  mengkhianati, menfitnah  dan menzalimi kerana  demi kepentingan diri. Jika tidak  kasihan pada  diri sendiri menzalimi orang lain, berbelas kasihlah kepada  anak-anakmu..kesan kezalimanmu, mereka  terima tempiasnya..menderita kalian  diazab hingga  ke tua..
Hargailah  anugerah Iman dan ukhuwwah yang Allah anugerahkan selama ini, memang manis dan merupakan suatu kekuatan, apa lagi ketika diuji dengan ujian bertubi-tubi seperti rakyat  Mesir, Rohingya, Gaza dan Suriah.
Ibu berdoa semoga  syuur 'belas kasih' dan berhati budi  itu sentiasa  menjadi darah daging membahagiakan diri dan semua ahli keluarga hingga akhir hayat.. Semua ini adalah kesan dan hasil didikan arwah mak, abah dan adik beradik di samping  sahabat  sahibah setarbiyah Islamiyah yang membaja dan menyirami air bagi  menyuburkan syuur  tersebut  di hati ini...

Berbekal hati budi itu  sama-samalah kita  doakan bersama untuk keselamatan umat Islam sedunia,
"Ya Allah aku tidak memohon  kepadamu untuk mengubah takdir umat Islam sedunia, tetapi aku mohon kepada-MU berbelas kasihlah dalam menetapkan takdir kami semua..Amin" (ubah suai doa dari buku Lautan Fatehah~ Khalid al Jundi)


Sehubungan itu, isu berbelas kasih di atas ada kaitannya  dengan sambungan input dari buku Lautan Hikmah Kekasih Allah..

Alangkah beruntungnya orang-orang yang bersikap belas kasihan dan penyayang. 

Kamu telah mempersia-siakan umurmu dalam kecenderungan kepada makanan, minuman, pakaian dan mengumpulkan harta kekayaan..
Barangsiapa yang menginginkan kejayaan, maka hendaklah dia menahan nafsunya daripada semua yang diharamkan, syubhat dan sesuatu yang tidak baik.

Bersabarlah kamu dalam melaksanakan  perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya serta dalam melalui garis takdir-Nya. Suatu kaum sentiasa  mampu untuk bersabar bersama Allah, tetapi mereka   tidak mampu bersabar  terhadap semua yang datang daripada-NYA.

Sabarlah kamu untuk-NYA dan kerana-NYA, agar kamu dapat  bersama-NYA. Segolongan manusia memburu untuk mendekat kepada-NYA, mereka keluar daripada kongkongan nafsu, syahwat dan perangai mereka. Mereka  bersahabat  dengan syariah dan berjalan menuju Tuhan mereka. 

Namun mereka dirintangi  oleh berbagai bencana, kesulitan, musibah, kesedihan, kesengsaraan, kehausan, kelaparan, ketiadaan pakaian dan kehinaan serta kerendahan tetapi mereka tidak mempedulikan  semuanya itu, mereka tidak berniat untuk  mundur daripada pengembaraan mereka, dan mereka tidak berpaling  kerana sesuatu yang mereka lalui. Tidak  pernah mereka menghentikan langkah mereka, walau setapakpun. Mereka sentiasa  berkeadaan demikian  sehingga mereka  dapat melihat tetapnya hati  dan PENGGERAK hati itu.

Hai kaumku! Beramallah kamu untuk menemui Allah dan malulah kamu sebelum kamu menemui-NYA, (malunya seorang mukmin). Kerana  seorang Mukmin itu akan malu kepada Allah, kemudian kepada semua manusia, kecuali dalam sesuatu yang kembali kepada urusan agamanya dan  melanggar batas-batas syariah. Kerana  dalam  keadaan seperti ini, dia tidak boleh  merasa malu, bahkan hendaklah dia menebalkan mukanya  dalam agama Islam, menegakkan batas-batas yang sudah ditentukan  oleh Allah, mengikut perintah-NYA dan menjauhi semua larangan-NYA. Firman Allah yang bermaksud;


“..dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya itu  sehingga  mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat” (An-Nur:2)

Barangsiapa yang mengikut Rasulullah s.a.w secara benar dan jujur, maka Rasulullah s.a.w akan memberi kepadanya baju besi , perisai , pedang, kenderaan dan cara-cara menggunakannya, watak dan pekertinya, baginda  juga  memakaikan mahkota kepadanya (simbol  pertahanan, kekuatan dan diangkat darjat~ penulis) .Alangkah bahagianya Rasulullah s.a.w  dengan orang tersebut, kerana orang itu adalah dari kalangan umatnya.

Baginda  bersyukur kepada Allah atas semuanya ini, kemudian menjadikan orang tersebut sebagai pengganti baginda untuk umat baginda bagi menunjukkan  dan menyeru manusia ke pintu gerbang Yang Maha Haq. Dengan demikian , maka jadilah dia sebagai penyeru dan sebagai orang yang menunjukkan manusia kepada pintu gerbang Illahi.

Ketika Allah swt mewafatkan baginda, maka DIA  akan  mengangkat seseorang dari kalangan umatnya untuk penggantinya, seorang  dari setiap sejuta orang. Begitulah seterusnya hinggalah seseorang itupun meninggal dunia . Mereka menunjukki manusia dan bersabar atas penganiayaan manusia terhadapnya serta sentiasa  memberi nasihat kepada manusia. 

Mereka tersenyum kepada orang-orang munafik dan fasiq, merancangkan kebaikan kepada mereka dengan segala  bentuk kebaikan, sehingga membebaskan orang-orang munafikin dan fasiqin itu daripada  apa yang mereka alami dan membawa mereka  ke hadapan Tuhan mereka. Kerana itulah, maka sebahagian ulamak berkata:

“Tidak akan berani  tertawa kepada orang munafik, kecuali orang yang benar-benar arif. Tertawa kepadanya seolah-olah dia tidak mengetahui perihal mereka, hancurnya  bangunan agama mereka, hitamnya hati mereka, banyaknya  pengkhianatan dan kekejian mereka..”

Orang-orang munafik  dan orang-orang fasiq  itu menyangka bahawa  semuanya itu terselubung dalam diri mereka  dan tidak dapat diketahui orang arif tersebut..
Tetapi ketahuilah bahawa kedua-duanya itu tidak terselindung daripada para arifin, mereka mengetahuinya melalui pandangan, perkataan dan gerak gerinya. Mereka mengetahui kedua-duanya secara zahir dan bathin, tanpa disangsikan lagi...Celakalah kamu...kamu menyangka bahawa semuanya itu terselindung daripada para’arifin dan al siddiqin serta orang-orang yang mengamalkan ilmunya. Sampai bila kamu akan mensia-siakan umurmu terhadap sesuatu yang tidak bererti? Carilah orang yang akan menunjukkan jalan ke akhirat bagi kamu, wahai orang yang tersesat daripadanya

Sedutan dari  buku Lautan Hikmah Kekasih Allah halaman 190-191. Akan bersambung, In sha Allah

Thursday, 1 August 2013

Surat Cinta Dari Allah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Sesungguhnya Kami telah menurunkan al Quran pada malam  qadar.
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.
Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin  Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar
( Surah al Qadr:1-5)

Amalkan berulang kali doa yang nabi saw ajar kepada isteri dan para sahabat khususnya  setiap malam akhir Ramadhan; "Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, sangat suka memaafkan, maka maafkanlah kami"


Surat cinta dari Allah ini ditujukan kepada mereka yang sentiasa  ingin meningkatkan keimanan dan ketaqwaannya merebut bonus 10 akhir Ramadhan. Semoga setiap mereka yang berusaha menghidupkan qiamulail sepanjang malam akan di angkat darjat dengan izin Allah swt layak dianugerahkan  syahadah sebagai 'Graduan Taqwa'. Mencintai dan dicintai..Meredhai dan diredhai..

Ada 7 darjat yang perlu diusahakan untuk mencapai hakikat  Taqwa sebenarnya di sisi Allah..
Apabila darjat manusia itu meningkat daripada ;
i.  Islam kepada Iman,
ii. dari Iman kepada Yakin,
iii.dari Yakin kepada arif,
iv.dari arif kepada ilmu,
v. dari ilmu kepada cinta,
vi.dari cinta kepada mahabbah (yang dicintai),
vii.dari pencari kepada yang dicari......
Maka ketika itu, apabila ia lupa tidak akan ditinggalkan, jika ia lalai akan diingatkan, jika tidur akan dibangunkan, apabila dia diam maka akan dijadikan berbicara... (Lautan Hikmah Kekasih Allah, halaman 342)

Mahligai yang tidak pernah rosak ialah kejujuran, keikhlasan dan ketaqwaan kepada Allah..
meminta kepada-Nya dan kembali kepada-Nya dalam segala keadaan.


Lapang dada terima takdir adalah lebih baik daripada makan harta atau membantahnya.
Takdir yang manis itu bertambah manis jika redha dan kehidupan akan  bertambah baik..
IKHLAS adalah apabila berteman dengan Allah SWT ( halaman 350)

"Ya Allah hidupkanlah jasad dan nyawa kami dengan Roh Keikhlasan..
Ya Allah berilah petunjuk kepada semua untuk menuju pintu-Mu. Inilah permohonanku selma-lamanya dan urusan itu terserah sepenuhnya kepada-MU"
~ Doa  syeikh Abd Kadir Jailani

Best Friend Forever Fillah ~ BF3 untill Jannah

Ketika mana diamanahkan buat penyampaian bertajuk " Ukhuwwah" untuk tamrin Puteri Matri yang sudah selesai peperiksaan akhir tahun...