Berbelas Kasihlah kepada Anak-Anakmu...
Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa." [Al-Mujadilah: 21].
Bahagia bukanlah kerana kekayaan zahir..tetapi bahagia kerana jaminan rezeki, jodoh dan ajal yang Allah tentukan membawa kita menuju keredhaan-NYA.
Usah dirisaukan soal rezeki, jodoh dan ajal..semua itu dalam urusan Allah.
Jika ingin yang terbaik di sisi-NYA, istiqomah bersabar dalam mematuhi segala perintahnya, bersabar dalam menjauhi maksiat dan bersabar ketika diuji..
![]() |
Lupakan pandangan manusia tetapi hargailah pandangan Allah kepada kita |
Jika inginkan hasil terbaik dalam tarbiyah, mendidik anak, memberi nasihat dan menghantar anak ke sekolah belum cukup. Suri tauladan yang baik dari ibu bapa adalah hal yang sangat berpengaruh dalam membentuk akhlak dan keperibadian yang baik dalam diri anak. Cara bagaimana ibu bapa melayani dan mengkhianati orang yang selalu berlaku ihsan kepadanya juga sangat mempengaruhi kesan tarbiyah kepada anak-anak yang masih kecil. Ibu bapa yang lupa daratan, menzalimi orang lain, anak-anak memerhati dan akan warisi sikap khianat dan zalim itu apabila mereka dewasa nanti. Kerana Sekolah yang sebenarnya ada di dalam rumah, maka sedaya upaya berikanlah contoh yang terbaik dari setiap kata, perilaku , tindak tanduk dan sikap yang sangat takut dengan azab Allah yang amat pedih di dunia dan akhirat kerana berani mengkhianati, menfitnah dan menzalimi kerana demi kepentingan diri. Jika tidak kasihan pada diri sendiri menzalimi orang lain, berbelas kasihlah kepada anak-anakmu..kesan kezalimanmu, mereka terima tempiasnya..menderita kalian diazab hingga ke tua..
Hargailah anugerah Iman dan ukhuwwah yang Allah anugerahkan selama ini, memang manis dan merupakan suatu kekuatan, apa lagi ketika diuji dengan ujian bertubi-tubi seperti rakyat Mesir, Rohingya, Gaza dan Suriah.
Ibu berdoa semoga syuur 'belas kasih' dan berhati budi itu sentiasa menjadi darah daging membahagiakan diri dan semua ahli keluarga hingga akhir hayat.. Semua ini adalah kesan dan hasil didikan arwah mak, abah dan adik beradik di samping sahabat sahibah setarbiyah Islamiyah yang membaja dan menyirami air bagi menyuburkan syuur tersebut di hati ini...
Berbekal hati budi itu sama-samalah kita doakan bersama untuk keselamatan umat Islam sedunia,
"Ya Allah aku tidak memohon kepadamu untuk mengubah takdir umat Islam sedunia, tetapi aku mohon kepada-MU berbelas kasihlah dalam menetapkan takdir kami semua..Amin" (ubah suai doa dari buku Lautan Fatehah~ Khalid al Jundi)
"Ya Allah aku tidak memohon kepadamu untuk mengubah takdir umat Islam sedunia, tetapi aku mohon kepada-MU berbelas kasihlah dalam menetapkan takdir kami semua..Amin" (ubah suai doa dari buku Lautan Fatehah~ Khalid al Jundi)
Sehubungan itu, isu berbelas kasih di atas ada kaitannya dengan sambungan input dari buku Lautan Hikmah Kekasih Allah..
Alangkah beruntungnya orang-orang
yang bersikap belas kasihan dan penyayang.
Kamu telah mempersia-siakan umurmu dalam kecenderungan kepada makanan, minuman, pakaian dan mengumpulkan harta kekayaan..
Kamu telah mempersia-siakan umurmu dalam kecenderungan kepada makanan, minuman, pakaian dan mengumpulkan harta kekayaan..
Barangsiapa yang menginginkan
kejayaan, maka hendaklah dia menahan nafsunya daripada semua yang diharamkan,
syubhat dan sesuatu yang tidak baik.
Bersabarlah kamu dalam melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya serta dalam melalui garis takdir-Nya. Suatu kaum sentiasa mampu untuk bersabar bersama Allah, tetapi mereka tidak mampu bersabar terhadap semua yang datang daripada-NYA.
Sabarlah kamu untuk-NYA dan kerana-NYA, agar kamu dapat bersama-NYA. Segolongan manusia memburu untuk mendekat kepada-NYA, mereka keluar daripada kongkongan nafsu, syahwat dan perangai mereka. Mereka bersahabat dengan syariah dan berjalan menuju Tuhan mereka.
Namun mereka dirintangi oleh berbagai bencana, kesulitan, musibah, kesedihan, kesengsaraan, kehausan, kelaparan, ketiadaan pakaian dan kehinaan serta kerendahan tetapi mereka tidak mempedulikan semuanya itu, mereka tidak berniat untuk mundur daripada pengembaraan mereka, dan mereka tidak berpaling kerana sesuatu yang mereka lalui. Tidak pernah mereka menghentikan langkah mereka, walau setapakpun. Mereka sentiasa berkeadaan demikian sehingga mereka dapat melihat tetapnya hati dan PENGGERAK hati itu.
Hai kaumku! Beramallah kamu untuk
menemui Allah dan malulah kamu sebelum kamu menemui-NYA, (malunya seorang
mukmin). Kerana seorang Mukmin itu akan
malu kepada Allah, kemudian kepada semua manusia, kecuali dalam sesuatu yang
kembali kepada urusan agamanya dan
melanggar batas-batas syariah. Kerana
dalam keadaan seperti ini, dia
tidak boleh merasa malu, bahkan
hendaklah dia menebalkan mukanya dalam
agama Islam, menegakkan batas-batas yang sudah ditentukan oleh Allah, mengikut perintah-NYA dan menjauhi
semua larangan-NYA. Firman Allah yang bermaksud;
“..dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya itu sehingga mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat” (An-Nur:2)
Barangsiapa yang mengikut
Rasulullah s.a.w secara benar dan jujur, maka Rasulullah s.a.w akan memberi
kepadanya baju besi , perisai , pedang, kenderaan dan cara-cara menggunakannya,
watak dan pekertinya, baginda juga memakaikan mahkota kepadanya (simbol pertahanan, kekuatan dan diangkat darjat~
penulis) .Alangkah bahagianya Rasulullah s.a.w
dengan orang tersebut, kerana orang itu adalah dari kalangan umatnya.
Baginda bersyukur kepada Allah atas semuanya ini,
kemudian menjadikan orang tersebut sebagai pengganti baginda untuk umat baginda
bagi menunjukkan dan menyeru manusia ke
pintu gerbang Yang Maha Haq. Dengan demikian , maka jadilah dia sebagai penyeru
dan sebagai orang yang menunjukkan manusia kepada pintu gerbang Illahi.
Ketika Allah swt mewafatkan
baginda, maka DIA akan mengangkat seseorang dari kalangan umatnya
untuk penggantinya, seorang dari setiap
sejuta orang. Begitulah seterusnya hinggalah seseorang itupun meninggal dunia .
Mereka menunjukki manusia dan bersabar atas penganiayaan manusia terhadapnya
serta sentiasa memberi nasihat kepada
manusia.
Mereka tersenyum kepada
orang-orang munafik dan fasiq, merancangkan kebaikan kepada mereka dengan
segala bentuk kebaikan, sehingga
membebaskan orang-orang munafikin dan fasiqin itu daripada apa yang mereka alami dan membawa mereka ke hadapan Tuhan mereka. Kerana itulah, maka
sebahagian ulamak berkata:
“Tidak akan berani tertawa kepada
orang munafik, kecuali orang yang benar-benar arif. Tertawa kepadanya
seolah-olah dia tidak mengetahui perihal mereka, hancurnya bangunan agama mereka, hitamnya hati mereka,
banyaknya pengkhianatan dan kekejian
mereka..”
Orang-orang munafik dan orang-orang fasiq itu menyangka bahawa semuanya itu terselubung dalam diri
mereka dan tidak dapat diketahui orang
arif tersebut..
Tetapi ketahuilah bahawa kedua-duanya itu tidak terselindung daripada para arifin, mereka mengetahuinya melalui pandangan, perkataan dan gerak gerinya. Mereka mengetahui kedua-duanya secara zahir dan bathin, tanpa disangsikan lagi...Celakalah kamu...kamu menyangka bahawa semuanya itu terselindung daripada para’arifin dan al siddiqin serta orang-orang yang mengamalkan ilmunya. Sampai bila kamu akan mensia-siakan umurmu terhadap sesuatu yang tidak bererti? Carilah orang yang akan menunjukkan jalan ke akhirat bagi kamu, wahai orang yang tersesat daripadanya
Tetapi ketahuilah bahawa kedua-duanya itu tidak terselindung daripada para arifin, mereka mengetahuinya melalui pandangan, perkataan dan gerak gerinya. Mereka mengetahui kedua-duanya secara zahir dan bathin, tanpa disangsikan lagi...Celakalah kamu...kamu menyangka bahawa semuanya itu terselindung daripada para’arifin dan al siddiqin serta orang-orang yang mengamalkan ilmunya. Sampai bila kamu akan mensia-siakan umurmu terhadap sesuatu yang tidak bererti? Carilah orang yang akan menunjukkan jalan ke akhirat bagi kamu, wahai orang yang tersesat daripadanya
Sedutan dari buku Lautan Hikmah Kekasih Allah halaman
190-191. Akan bersambung, In sha Allah
Comments
Post a Comment