Posts

Showing posts from February, 2018

HEBOH - FILM TURKI INI UNGKAP SEJARAH KERAJAAN ACEH - BELANDA DAN TURKI ...

Image
Masya Allah...

Adnan Menderes, sang Syahid Adzan dari negeri Turki

Image

Penyakit Kaum Yahudi Yang Merasuki Kesatuan Umat Islam

Image

Gedung Tarbiyyah

Image
Ya Qazah Al Roh (Roh Yang Sedar) Rujuk Majnuk Rasail halaman 179 Imam  As syahid  Hasan Al-Banna memiliki pendapat yang tepat dan wawasan yang luas terhadap qadhiyah an-nahdhah (masalah kebangkitan). Beliau menghubungkannya dengan masalah kemerdekaan dari kolonialisme dan ketergantungan kepada Eropah dari satu sisi, dan terhadap kemajuan ilmu pengetahuan yang harus dicapai oleh umat Muslim pada sisi yang lain, dan beliau mengatakan:  “Kita tidak akan mampu melakukan perubahan dan kita tidak dapat menerapkan konsep perubahan secara internal selama kita belum merdeka dari campur tangan asing” Beliau juga mengatakan:  “Tidak ada kebangkitan tanpa ilmu pengetahuan dan apa yang diraih oleh orang kafir dalam menjajah adalah kerana dengan ilmu"   Beliau melihat bahawa ketergantungan umat Islam kepada Eropah terhadap tradisi dan kebiasaan-kebiasaannya dapat menghalang kemerdekaan dan kebangkitan mereka.  Beliau berkata:  “Bukankah sebuah paradoks yang

Kesan Kesolehan Ibu Bapa Untuk Anak-anaknya - Ust. Budi Ashari, lc

Image

Ya Allah Syahidkan kami...

Image
 Setiap  mukmin dan mukminah yang mempunyai visi Deen yang benar, pasti mengimpikan untuk mati syahid. Manakan tidak? kerana mati syahid merupakan jalan pintas masuk ke syurga. 10-20 tahun yang lalu ketika  ibu masih bermustautin di Johor, gembira sungguh selepas membaca tafsir Qur'an (keluaran Syamiil, Indonesia) surah Al Hasyr, khususnya  ayat 21-24, ibu kongsi pengisian  itu dalam halaqah dan usrah.  Ibu baca keluaran pertama (tinggal di Johor) Selepas  ibu berhijrah ke Perlis, mendapat berita seorang sahibah veteran dari Pontian telah meninggal dunia. Menantunya seorang doktor memang karib dan tseqah dengan ibu menceritakan pengalaman  di hujung hayat ibu mertuanya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Ibu mertuanya sempat berpesan  dengan cucunya  yang hafal Qur'an (anak doktor tersebut yang lepasan pelajar  MASDAR) agar ulang-ulang hujung  surah al Hasyr (ayat 21-24).  Begitu juga impian  ibu, agar anak-anak dan cucu-cucu ibu yang berada di samping kelak secara

Imran Hussein - Betrayer Of Islam (Subtitle Indonesia)

Image

Muhasabah Diri

Image
Ibn Qaiyyim Al-Jauzi, seorang  ulamak dan psiakitrist zaman lampau mengingatkan “Barangsiapa yang mengenal dirinya, ia akan sibuk untuk memperbaiki diri daripada sibuk mencari-cari aib dan kesalahan orang lain.” .  Salah satu input halaqah yang perlu kita ingat dan sebarkan kerana masyarakat kita rosak imannya kerana telah terlatih sejak kecil sentiasa nampak kuman di seberang, gajah di hadapan mata tidak nampak. Budaya ini diibaratkan seperti racun atau 'virus' yang amat merbahaya jika tidak dibendung akan merenggang ukhuwwah bahkan memutuskan silaturahim khususnya dalam keluarga. Budaya mengintai-intai mencari aib seseorang itu sama dengan sikapnya yang  telah gagal menjaga sebuah amanah  dan kelak dia  sukar dipercayai untuk diberi suatu amanah. Maka beruntunglah seseorang itu  jika dia berusaha  mengenali diri dan cuba merubah sikap diri dari sikap 'busy body'. Apa gunanya kita sibuk mencari kesalahan dan aib seseorang, sedangkan orang yang kita 'risau'ka

SABAR LUAR BIASA

Image
Beberapa hari lalu, ibu dikunjungi oleh seorang kaunselor muda yang telah memendam perasaan sekian lama kerana tidak tahan dengan kerenah ibunya  yang mengharapkan natijah yang tidak mampu dipenuhinya. Bukan sahaja dirinya, bahkan kesemua adik beradiknya amat sukar memahami apakah kehendak ibunya. Adik lelakinya mulai menagih dadah... Menangis teresak-esak kaunselor muda itu meluahkan tekanan perasaannya. Ibu terpana seketika dan jiwa ini terdetik "bahayanya jika ibu bapa mengharapkan natijah sedangkan  proses jiwa tidak berjalan menyebabkan  anak-anak jadi stress" Kaunselor muda ini anak halaqah ibu dan ibu perlu berusaha mencarikan alternatif solusi yang terbaik untuknya. Sebelum tapping EFT, ibu sarankan dia solat dulu dan berikan ruang masa secukupnya dia menyiapkan resume dan surat permohonan menjadi kaunselor dari NGO yang ibu yakini dapat membantunya keluar dari masalah tersebut. Kini kaunselor muda itu mewakili ibu ke mesyuarat kaunseling di Bangi kerana ibu ada prog