Muhasabah Diri

Ibn Qaiyyim Al-Jauzi, seorang  ulamak dan psiakitrist zaman lampau mengingatkan “Barangsiapa yang mengenal dirinya, ia akan sibuk untuk memperbaiki diri daripada sibuk mencari-cari aib dan kesalahan orang lain.”.  Salah satu input halaqah yang perlu kita ingat dan sebarkan kerana masyarakat kita rosak imannya kerana telah terlatih sejak kecil sentiasa nampak kuman di seberang, gajah di hadapan mata tidak nampak. Budaya ini diibaratkan seperti racun atau 'virus' yang amat merbahaya jika tidak dibendung akan merenggang ukhuwwah bahkan memutuskan silaturahim khususnya dalam keluarga. Budaya mengintai-intai mencari aib seseorang itu sama dengan sikapnya yang  telah gagal menjaga sebuah amanah  dan kelak dia  sukar dipercayai untuk diberi suatu amanah.
Maka beruntunglah seseorang itu  jika dia berusaha  mengenali diri dan cuba merubah sikap diri dari sikap 'busy body'. Apa gunanya kita sibuk mencari kesalahan dan aib seseorang, sedangkan orang yang kita 'risau'kan itu tetap bahagia bersama suaminya dengan kerja dakwah dan tarbiyyah.  Murabbi ibu sering ingatkan, walaupun orang itu ada sijil PHD dan bergelar ustaz dan ustazah sekalipun, jika mereka hidup hanya berfikir tentang diri dan keluarga semata-mata tanpa  memikirkan hal ummah, bermakna mereka tidak memahami tentang visi dan misi kita dihidupkan di muka bumi ini. 
Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda "orang yang paling cerdik adalah orang yang mengingati mati." Justeru itu  juga  orang yang cerdik dan cerdas inilah mereka akan berusaha memperbaiki dirinya sendiri daripada mencari-cari aib orang lain, menyebarkannya dan menyalahkan orang berkenaan. Sikap buruk ini digambarkan seperti  membuka pekung di dada  lantaran terbawa-bawa oleh emosi negatif didorong oleh  hawa nafsu yang akan menjerumuskannya  ke lembah  kehinaan.
Hayatilah hadis berikut; “Orang yang cerdik  adalah orang yang menghisab (mengevaluasi/ muhasabah/ menilai) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah Subhanahu wa taala” (HR.  Tarmidzi).
Firman Allah Subhanahu Wa taala yang bermaksud;
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS. Al Hasyar:18)
Jika kita yakin  bahawa kita adalah orang yang beriman, maka hendaknya kita memperhati dan memikirkan serta merancang  apa sahaja  yang akan perbaiki diri dan memberi manfaat kepada ummah dan tidak terfikir langsung  untuk  mengganggu atau menimbulkan kekacauan dalam keluarga atau di sekitar kita. Muhasabah  diri ini sangat baik  daripada menyalahkan atau mencari kesalahan orang lain. Walau sudah bergelar ustazah atau ustaz sekalipun bukan bermakna tidak ada kekurangan diri untuk difikirkan.   Apalah gunanya kita mencari-cari kekurangan orang lain?
Imam HASAN AL BASRI berpesan:
”seseorang muslim lebih banyak bermuhasabah diri sendiri daripada menilai temannya”.
Kajilah tafsir firman Allah yang bermaksud;
"Maka ambillah ( kejadian itu )untuk menjadi pelajaran, hai orang-orang yang mempunyai pandangan.”( QS Al Hasyr: 2 )
Para mukmin dan mukminah  yang sentiasa merasa diawasi oleh Allah, wajib mengerti bahawa “perkataan” itu termasuk amalannya yang kelak akan dihisab: amalan baik mahupun buruk. Kerana pena Ilahi tidak  pernah alpa, tidak pernah lalai ataupun menghapuskan satupun perkataan yang diucapkan manusia. Kata0kata itu  pasti direkod atau  dicatat dan dimasukkan ke dalam buku amal. Ingatlah bahawa semuanya, kelak harus kita pertanggungjawabkan.
Dalam sebuah riwayat, khalifah Umar Al-Khattab berwasiat : 
”Hitung – hitunglah dirimu sendiri sebelum kamu dihitung, dan timbang-timbanglah diri terlebih dahulu sebelum kamu ditimbang, dan persiapkanlah dirimu untuk menghadapi alam terbuka yang besar (Mahsyar).

Teacher Ibu
Best View Hotel
Bandar Baru Bangi

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil