Gedung Tarbiyyah




Ya Qazah Al Roh (Roh Yang Sedar)
Rujuk Majnuk Rasail halaman 179

Imam  As syahid  Hasan Al-Banna memiliki pendapat yang tepat dan wawasan yang luas terhadap qadhiyah an-nahdhah (masalah kebangkitan). Beliau menghubungkannya dengan masalah kemerdekaan dari kolonialisme dan ketergantungan kepada Eropah dari satu sisi, dan terhadap kemajuan ilmu pengetahuan yang harus dicapai oleh umat Muslim pada sisi yang lain, dan beliau mengatakan: 

“Kita tidak akan mampu melakukan perubahan dan kita tidak dapat menerapkan konsep perubahan secara internal selama kita belum merdeka dari campur tangan asing”

Beliau juga mengatakan: 

“Tidak ada kebangkitan tanpa ilmu pengetahuan dan apa yang diraih oleh orang kafir dalam menjajah adalah kerana dengan ilmu" 

Beliau melihat bahawa ketergantungan umat Islam kepada Eropah terhadap tradisi dan kebiasaan-kebiasaannya dapat menghalang kemerdekaan dan kebangkitan mereka. 

Beliau berkata: 

“Bukankah sebuah paradoks yang aneh, kita meninggikan suara menuntut untuk merdeka dari Eropah dan melakukan protes keras terhadap segala tindak tanduknya, sementara di pihak lain kita mengagungkan tradisi-tradisinya dan terbiasa dengan adat-adatnya, dan bahkan kita lebih memilih produk-produknya?”


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil