SABAR LUAR BIASA

Beberapa hari lalu, ibu dikunjungi oleh seorang kaunselor muda yang telah memendam perasaan sekian lama kerana tidak tahan dengan kerenah ibunya  yang mengharapkan natijah yang tidak mampu dipenuhinya. Bukan sahaja dirinya, bahkan kesemua adik beradiknya amat sukar memahami apakah kehendak ibunya. Adik lelakinya mulai menagih dadah... Menangis teresak-esak kaunselor muda itu meluahkan tekanan perasaannya. Ibu terpana seketika dan jiwa ini terdetik "bahayanya jika ibu bapa mengharapkan natijah sedangkan  proses jiwa tidak berjalan menyebabkan  anak-anak jadi stress" Kaunselor muda ini anak halaqah ibu dan ibu perlu berusaha mencarikan alternatif solusi yang terbaik untuknya. Sebelum tapping EFT, ibu sarankan dia solat dulu dan berikan ruang masa secukupnya dia menyiapkan resume dan surat permohonan menjadi kaunselor dari NGO yang ibu yakini dapat membantunya keluar dari masalah tersebut. Kini kaunselor muda itu mewakili ibu ke mesyuarat kaunseling di Bangi kerana ibu ada program yang telah dirancang sejak tahun lepas lagi...
"Saya selesa berada di sini" kaunselor muda itu mengakui selesa berada di bilik kaunseling yang baru siap. Ibu berfikir inilah hikmahnya, memang cantik apa yang Allah atur walaupun ibu juga berhadapan dengan sedikit salah faham dengan beberapa ahli dalam rumah yang hanya Allah boleh selesaikannya  jika mereka tundukkan ego masing-masing. Dengan adanya bilik kaunseling baru itu, merupakan hadiah yang istimewa  untuk ibu dapat bermuayasyah dengan cucu-cucu dan puteri-puteri  Matri yang hanya beberapa langkah menapak ke bilik itu dari asrama puteri. Ibu tidak kisah dengan depa  yang mungkin 'iri hati'  mengharapkan sesuatu yang ibu tak dapat penuhi kerana ibu ada tugas utama  yang perlu diaktifkan, iaitu dakwah dan tabiyyyah. Bagi ahli keluarga yang tidak berminat dengan kerjaya utama ibu, 'just look and see' betapa seronoknya  kami bekerjasama  menolong Deen Allah. Natijah itu milik Allah, ini pesanan murabbi ibu agar terus bersabar bersamanya...
'Masya Allah, Ustaz itu gedung tarbiyyah' Hampir empat tahun ibu memikirkan kata-kata seorang ustazah yang  sangat mengenali ustaz itu. Kata-kata itu ibu dengar hampir sepuluh tahun yang lalu. Tergenang air mata ibu memikirkan "kenapakah anak-anaknya tidak belajar dari ayahnya,bukankah ayahnya  gedung tarbiyyah?" Inilah ujian kesabaran...Masya Allah, memang sabar sungguh, Ukhuwwah tetap dipelihara walaupun anak-anak tidak menghargai ilmu dan pengalamannya. Jawapannya amat jelas " Natijah milik Allah, kita teruskan tarbiyah semaksima mungkin"
Elok kita hayati kisah kesabaran luar biasa berikut;
Dia pernah berdoa, “Segala puji bagi Allah yang tidak menciptakan dariku keturunan yang dapat menjerumuskan ke neraka.”
Ibnu Hibban meriwayatkan di dalam kitab “Ats-Tsiqat” kisah ini. Dia adalah imam besar, Abu Qilabah Al-Jurmy Abdullah bin Yazid dan termasuk dari perawi-perawi yang meriwayatkan dari Anas bin malik. Dan yang meriwayatkan kisah ini adalah Abdullah bin Muhammad. Berikut kisahnya :
Aku keluar untuk menjaga perbatasan di Uraisy Mesir. Ketika aku  berjalan, dia melalui sebuah perkhemahan dan dia  mendengar seseorang berdoa,
“Ya Allah, anugerahkan aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orangtuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau ridloi. Dan masukkanlah aku dalam rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang shalih.” (QS. An-Naml: 19).
Aku melihat orang yang berdoa tersebut, ternyata ia sedang tertimpa musibah. Dia telah kehilangan kedua tangan dan kedua kakinya, matanya buta dan kurang pendengarannya. Beliau kehilangan anaknya, yang biasa  membantunya berwudhu dan memberi makan…



Lalu aku mendatanginya dan berkata kepadanya, “Wahai hamba Allah, sungguh aku telah mendengar doamu tadi, ada apa gerangan?”
Kemudian orang tersebut berkata, “Wahai hamba Allah. Demi Allah, seandainya Allah mengirim gunung-gunung dan membinasakanku dan laut-laut menenggelamkanku, tidak ada yang melebihi nikmat Tuhanku daripada lisan yang berzikir ini.” Kemudian dia berkata, “Sungguh, sudah tiga hari ini aku kehilangan anakku. Apakah engkau bersedia mencarinya untukku? (Anaknya inilah yang biasa  membantunya berwudhu dan memberi makan)
Maka aku berkata kepadanya, “Demi Allah, tidaklah ada yang lebih utama bagi seseorang yang berusaha memenuhi keperluan orang lain, kecuali memenuhi keperluanmu.” Kemudian, aku meninggalkannya untuk  mencari anaknya. Tidak jauh setelah berjalan, aku melihat tulang-tulang berserakan di antara bukit pasir. Dan ternyata anaknya telah menjadi mangsa binatang buas. Lalu aku berhenti dan berkata dalam hati, “Bagaimana caraku kembali kepada temanku, dan apa yang akan aku katakan padanya dengan kejadian ini?  Aku mulai berfikir. Maka, aku teringat kisah Nabi Ayyub ‘alaihis salam.
Setelah aku kembali, aku memberi salam kepadanya.
Dia berkata, “Bukankah engkau temanku?”
Aku katakan, “Benar.”
Dia bertanya lagi, “Apa yang selama ini dikerjakan anakku?”
Aku berkata, “Apakah engkau ingat kisah Nabi Ayyub?”
Dia menjawab, “Ya.”
Aku berkata, “Apa yang Allah perbuat dengannya?”
Dia berkata, “Allah menguji dirinya dan hartanya.”
Aku katakan, ”Bagaimana dia  menyikapinya?”
Dia berkata, “Ayyub bersabar.”
Aku katakan, “Apakah Allah mengujinya cukup dengan itu?”
Dia menjawab, “Bahkan kerabat yang dekat dan yang jauh menolak dan meninggalkannya.”
Lalu aku berkata, “Bagaimana dia menyikapinya?”
Dia berkata, “Dia tetap sabar. Wahai hamba Allah, sebenarnya apa yang engkau inginkan?”
Lalu aku berkata, “Anakmu telah meninggal, aku dapati dia telah menjadi  mangsa binatang buas di antara bukit  pasir.”
Lalu dia menarik nafas sekali dan rohnya keluar.
Aku duduk dalam keadaan bingung apa yang kulakukan, jika aku tinggalkan, dia akan menjadi mangsa binatang buas. Jika aku tetap berada di sampingnya, aku tidak dapat berbuat apa-apa. Ketika dalam keadaan tersebut, tiba-tiba ada segerombolan perompak mendatangiku.


Para perompak itu berkata, “Apa yang terjadi?” 
Maka aku ceritakan apa yang telah terjadi. Mereka berkata, “Bukakan wajahnya kepada kami!” Maka aku membuka wajahnya, lalu mereka memiringkannya dan mendekatinya seraya berkata,  “Demi Allah, Ayahku sebagai tebusannya, aku menahan mataku dari yang diharamkan Allah dan demi Allah, ayahku sebagai tebusannya, tubuh orang ini menunjukkan bahawa dia adalah orang yang sabar dalam menghadapi musibah.”
Lalu kami memandikannya, mengafaninya dan menguburnya. Kemudian, aku kembali ke perbatasan. Lalu, aku tidur dan aku melihatnya dalam mimpi, beliau kondisinya sehat. Aku berkata kepadanya, “Bukankah engkau sahabatku?” Dia berkata,” Benar.” Aku berkata, “Apa yang Allah lakukan terhadapmu?” Dia berkata, “Allah telah memasukkanku ke dalam syurga dan berkata kepadaku, ‘Keselamatan atasmu berkat kesabaranmu.’” (QS. Ar-Ra’d: 24). “Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS. Ar-Ra’d: 28).

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil