Posts

Showing posts from June, 2019

Menikmati Kelazatan Al-Qur'an

Image
Mutakhir ini Allah izin ibu dapat ilham agar menghafal sedikit demi sedikit, asalkan sentiasa ada ikhtiar kita membudayakan teknik hafazan yang mudah dan santai  untuk menarik minat generasi muda  kita kembali mencintai Al-Qur'an. Pada mulanya  ibu tulis ayat di white  board di dapur agar semua ahli keluarga berpeluang membacanya. Kemudian white board comel itu di bawa ke  SRATTI ( Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiyah) agar dapat  dihafal bersama  murid-murid semasa tadarus Surah Ar Rahman. Ketika  halaqah bersama pelajar Matri  di rumah juga  ibu share ayat pendek ini untuk dihafal bersama. Rupa-rupanya ada ulamak  terkini sarankan kita ulang-ulang ayat di bawah ini  satu hari lebih 20 kali agar  kita benar-benar merasai nikmatnya  mencintai Allah.   وَالَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡٓا اَشَدُّ حُبًّا لِّلّٰهِ   Adapun orang Mukmin itu sangat cintanya  kepada Allah (Al Baqarah:165) Ayat  ini adalah potongan  daripada ayat panjang menyedarkan kita  agar tidak mencin

Mengenalpasti Ciri-Ciri Ahli Syurga

Image
Alhamdulillah   sepanjang 10 akhir Ramadhan, Allah izin  dapat ibu luangkan masa setiap  pagi memerhati fenomena  terkesannya  mata hari dan alam dengan berkahnya  lailatul qadr. Dengan Taddabur alamini, Alhamdulillah Allah kurniakan keceriaan dan kegembiraan lebih dari berada di tanah suci setiap 10 akhir Ramadhan. Sebelum tahun 2009 Allah beri ibu peluang dapat beberapa kali menunaikan umrah hujung Ramadhan, malah dua kali dapat berhari raya  di Makkah dan sekali di Madinah. Buat masa ini peluang ke tanah suci terpaksa di 'KIV' dulu memandangkan pergerakan fizikal suami agak terbatas dan ibu redha. Insha Allah, apabila sudah sampai masanya,  ibu yakin  peluang ini akan berulang kembali... Aamiin. Sekali sekala  memang menitis  air mata merindui kampung halaman umat Islam di Makkah dan Madinah.  Allah  kurniakan lintasan jawapan, "Insha Allah, apabila sampai masanya  insan  yang sangat menyayangimu akan membawamu  ke sana" Semoga  Allah ku