Menikmati Kelazatan Al-Qur'an
Mutakhir ini Allah izin ibu dapat ilham agar menghafal sedikit demi sedikit, asalkan sentiasa ada ikhtiar kita membudayakan teknik hafazan yang mudah dan santai untuk menarik minat generasi muda kita kembali mencintai Al-Qur'an. Pada mulanya ibu tulis ayat di white board di dapur agar semua ahli keluarga berpeluang membacanya. Kemudian white board comel itu di bawa ke SRATTI ( Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiyah) agar dapat dihafal bersama murid-murid semasa tadarus Surah Ar Rahman. Ketika halaqah bersama pelajar Matri di rumah juga ibu share ayat pendek ini untuk dihafal bersama. Rupa-rupanya ada ulamak terkini sarankan kita ulang-ulang ayat di bawah ini satu hari lebih 20 kali agar kita benar-benar merasai nikmatnya mencintai Allah.
Adapun orang
Mukmin itu sangat cintanya kepada Allah
(Al Baqarah:165)
وَالَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡٓا اَشَدُّ حُبًّا لِّلّٰهِ
(Al Baqarah:165)
Ayat ini adalah potongan daripada ayat panjang menyedarkan kita agar tidak mencintai dunia hingga merosakkan fitrah cinta kita hanya kepada Allah. Di mana-manapun ibu pergi, ibu akan ajak sesiapa sahaja hafal ayat ini agar mereka akan merasai nikmatnya mencintai Allah. baharulah akan terasa nikmatnya membaca Al-Qur'an. Insha Allah.
Alhamdulillah, selepas berakhirnya Ramadhan, di sana sini ada jamuan Hari Raya, tidak kurang juga di Taska dan Tadika. Tahun ini rumah terbuka kami hanya pada hari Raya pertama dan kedua sahaja untuk ahli keluarga di Perlis.3 Syawal ibu ke Shah Alam, menziarahi semua ahli keluarga yang ada di sana.Selepas pulang dari Shah Alam, rumah terbuka untuk kelas-kelas Matri yang ibu ajar serta untuk ahli-ahli halaqah sahaja. Paling membahagiakan apabila dapat menyantuni murid-murid tadika dan taska beraya di rumah. Seronoknya mereka...Masha Allah, dapat ziarah Tok Ibu dan Tok Wan. Mereka siap hiburkan kami dengan dendangan nasyid dan hafazan surah Yassin.
Aktiviti Ziarah Wan & Tok Ibu oleh anak-anak Tadika |
Selebihnya memang tak larat (kurang 3 tahun umur nak masuk 60), cepat penat apabila renyah hingga kerjaya utama menulis asyik tergendala. Syukurlah kami dapat berjumpa beramai-ramai dalam perhimpunan hari Raya dan hari keluarga Haluan di Matri melibatkan keluarga staff MATRI, SRATTI, IPTIP, Taska & Tadika KORAHMAH pada 15 JUN yang lalu.
Kini ibu iringi suami menghadiri program 'Re Union' rakan-rakan guru semasa 1st posting di Sekolah Menengah Tengku Mahmud Iskandar di Senggarang Batu Pahat. Hasrat mulia bersilaturahim dengan semua rakan setugas yang masih ada. Semoga Allah berkati usaha mulia ini. Sambil menyelam kami minum air, ibu penuhi jadual mengunjungi kakak di Tangkak sambil meneruskan seminar Khas untuk wanita bertajuk "Mencontohi Wanita Di Dalam Al-Qur'an". Selepas seminar itu kakak ibu akui selama ini membaca Qur'an tetapi tidak faham maksud dan fungsi Allah turunkan Al-Qur'an. Setelah mendengar ceramah ini, baharulah jelas bagaimana hendak manfaatkan kisah-kisah yang terkandung di dalam Al Qur'an. Ibu memang berniat sejak dahulu lagi hendak membantu kakak agar merasai nikmat kelazatan menghayati Al-Qur'an. Walaupun inputnya sedikit tetapi mudah-mudahan akan mengundang keberkahan bagi mereka yang ikhlas mendengarnya. Sebelum berikan ceramah, ibu akui memang masih ada banyak kekurangan yang perlu ibu perbaiki, khususnya dalam aspek menghafal ayat-ayat penting. Di umur senja ini maklum sajalah, hafal hujung pangkal lesap. Ibu tawakkal kepada Allah dan bermohon kerana yakin bahawa hanya DIA yang berkuasa menyentuh hati-hati pendengar agar mengambil ibrah di sebalik setiap kisah wanita di dalam Al-Qur'an.
Hafazan ayat pendek yang sering diulang-ulang akan berjaya ketika mengadakan sesi mentor mentee (kelas halaqah) bersama murid Sratti tahun 6 dan pelajar Matri tingkatan 2 dan 3. Ketika mengganti Guru Besar yang bercuti tanpa ganti ke Jepun, ibu teruskan sesi tadarus surah Ar Rahman untuk murid-murid SRATTI yang datang awal. Menariknya surah ar Rahman, apabila ibu merujuk Tafsir Khowatir Al Qu'ran oleh Amru Khalid, ada tersebut Hadis Rasulullah seperti berikut:
Alhamdulillah,kini anak-anak SRATTI yang hadir sudah hafal bagaimana hendak menjawab setiap kali mendengar kalimah
فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ
Maka
nikmat Tuhan-Mu yang mana yang kamu dustakan?
Bagi pelajar MATRI, ibu tayangkan video remaja buta yang bersyukur menjadi penghafal al-Qur'an dan kanak-kanak yang lumpuh otak boleh menghafal 30 juzu al-Qur'an berkat kesungguhan ibu bapa yang bersabar mengasuhnya dengan penuh cinta. menitis air mata mereka menontonnya.
Apabila ditanya kenapa menangis/ sedih?
Mereka menjawab; "Kami yang sempurna anggota, tidak buta, tidak cacat sepatutnya menghafal lebih baik darinya" Semoga syuur kesedaran ini melekat di hati mereka ingin menikmati kelazatan membaca Al-Qur'an sebagai syifa' penyembuh segala penyakit zahir dan batin. Al- Qur'an adalah 'manual'@ panduan / perlembagaan kehidupan kita (Dusturuna)
Hotel REMEMBER Batu Pahat
28 Jun 2019
25 Syawal 1440 Hijrah
Mereka menjawab; "Kami yang sempurna anggota, tidak buta, tidak cacat sepatutnya menghafal lebih baik darinya" Semoga syuur kesedaran ini melekat di hati mereka ingin menikmati kelazatan membaca Al-Qur'an sebagai syifa' penyembuh segala penyakit zahir dan batin. Al- Qur'an adalah 'manual'@ panduan / perlembagaan kehidupan kita (Dusturuna)
Hotel REMEMBER Batu Pahat
28 Jun 2019
25 Syawal 1440 Hijrah
Comments
Post a Comment