Posts

Showing posts from October, 2020

Rindu Rasulullah dan Mimpi Terindah

Image
 Ahad, 1 November  2020 bersamaan  15  Rabiul Awal 1442 Hijrah.  Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Sememangnya  hanya milik Allah sahaja segala puji dan puja. Allah Rabbul Jalil pemilik alam semesta. Yang Maha Pengasih lagi Maha  Penyayang. Penguasa  hari  Pembalasan. Hanya kepada-MU kami sembah (beribadah) dan hanya  kepada-MU kami memohon pertolongan. Tunjukki kami  jalan yang lurus, Jalan mereka yang Engkau telah berikan nikmat, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan golongan yang sesat. Semoga selawat dan salam tercurah kepada  junjungan Muhammad sallallahu alaihi wassalam, penutup para anbia, imam  para  dai'e yang menunjukki ke jalan yang lurus, jalan  menyeru kembali kepada  Allah dengan penuh hikmah sepenuh  hati nurani baginda   yang tulus ikhlas mencintai para umatnya  hingga akhir zaman. Setiap  kali  teringat Rasulullah dalam Tahajjud, pasti akan menitis air  mata tersangat rindu ingin mati di bumi nabi (Madinah Al Munarawah).  Sempena  12 Rabiul Awal hari Kh

Bagaimana Menangani Krisis Nilai?

Image
Salam Jumaat penuh barokah Segala puji-pujian hanya milik Allah, Rabb yang menguasai sekelian alam. Allah Yang maha Kuasa, kerana nikmat-nikmat-NYA menjadi sempurnalah segala  kebaikan. hanya kepada-NYA taufiq, hidayah dan inayah diharapkan dalam segala  urusan dunia dan akhirat.  Selawat dan salam khusus untuk  Rasul  junjungan sallallahu alaihi wassalam. Allahu masolli ala saidina Muhammad SAW . Allah menutup laluan ke Syurga-NYA dan tidak seorangpun yang boleh membukanya kecuali dengan mengikut jejak langkah  baginda  yang  bakal pemberi syafaat di akhirat  nanti. Insha Allah Tajuk ini ibu pilih sekadar melepaskan kerisauan ibu  setelah sekian lama memikirkan  krisis nilai sekarang yang tidak pernah berkurang, bahkan semakin berleluasa  dalam masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan, politik, sosial dan ekonomi. Manusia keliru hala tuju kehidupan mereka samada  ingin menjadi hamba Allah atau hamba hawa nafsu. Mereka semakin keliru apabila para pemimpin tidak menjadi contoh seper

Mengurus Takdir Yang Baik

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, segala puji-pujian  hanyalah milik Allah   الْحَيُّ الْقَيُّومُ ( Maha Hidup dan Berdiri Sendiri).  Allah  ﷻ  memperkenalkan diri-NYA  dalam hampir setiap ayat Al-Qur'an, khususnya dalam ayat Qursiy اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ Allah, tiada yang berhak disembah selain Dia. Dia Maha Hidup dan Berdiri Sendiri. [al-Baqarah : 255] Kita fokus kenali dahulu Allah Al Hayyu. Dia lah Allah Zat Yang Mengurus Makhluk-Nya  A llah  ﷻ  , tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya.  (Qs. Ali Imran:2) Allah ﷻ   yang Maha Hidup ... Kehidupan-NYA yang Maha sempurna, langsung tidak perlukan dengan selain-Nya, dan selain-Nya amat memerlukan-Nya.. semua akan hancur kecuali Dia  Yang Maha Mengurus Makhluk-Nya ... Allah  ﷻ  Mengurus dengan sendiri, yang tidak memerlukan bantuan selain-Nya Allah  ﷻ  yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus Makhluk-Nya Kehidupan yang sempurna dan mengu