Rindu Rasulullah dan Mimpi Terindah

 Ahad, 1 November  2020 bersamaan  15  Rabiul Awal 1442 Hijrah. 

Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Sememangnya  hanya milik Allah sahaja segala puji dan puja. Allah Rabbul Jalil pemilik alam semesta. Yang Maha Pengasih lagi Maha  Penyayang. Penguasa  hari  Pembalasan. Hanya kepada-MU kami sembah (beribadah) dan hanya  kepada-MU kami memohon pertolongan. Tunjukki kami  jalan yang lurus, Jalan mereka yang Engkau telah berikan nikmat, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan golongan yang sesat.

Semoga selawat dan salam tercurah kepada  junjungan Muhammad sallallahu alaihi wassalam, penutup para anbia, imam  para  dai'e yang menunjukki ke jalan yang lurus, jalan  menyeru kembali kepada  Allah dengan penuh hikmah sepenuh  hati nurani baginda   yang tulus ikhlas mencintai para umatnya  hingga akhir zaman. Setiap  kali  teringat Rasulullah dalam Tahajjud, pasti akan menitis air  mata tersangat rindu ingin mati di bumi nabi (Madinah Al Munarawah). 


Sempena  12 Rabiul Awal hari Khamis,  tugas ibu membantu  suami buat persiapan untuk menyampaikan tazkirah 30 minit untuk MPH melalui Google Meet. Syukur  anak ibu dari Melaka  sudah sampai bercuti dan sempat tolong persiapkan  bilik meeting  dalam lap top. Seperti biasa rutin ibu sejak 5 tahun lalu ingin berbakti  kepada Murabbi, selagi  masih ada hayat  ibu mohon kekuatan dari Allah untuk menutup segala aib suami dan hanya  keluarkan  segala wangiannya untuk  dihidu dan dinikmati   oleh para sahabat atau anak didik yang masih sudi hendak belajar dengannya. Semoga semua anak didik  pandai-pandailah  'adjust' diri  untuk menghargai segala  perbendaharaan  yang ada pada sang murabbi, khususnya  ilmu dan gedung  tarbiyah yang tersimpan kukuh dalam jiwa  dan fikirannya. 

"Tolong  carikan  bahan yang berkaitan  dengan kesucian hati..." Pesan suami. Tenang sahaja nampak wajahnya walaupun tempoh masa yang diberikan terlalu singkat. Dimaklumkan  beri tazkirah  tengah hari Rabu, kena bagi tazkirah pukul 9.30 pagi Khamis. Ibu faham kudratnya  tidak boleh hendak menulis seperti dahulu. Sakit juga  kepala ibu nak cari bahan kemudian  terkejar nak fotostate  (untuk besarkan 'font' bahan bacaan) kerana kedai  dah nak tutup. Alhamdulillah, ketika beri tazkirah, suaranya masih mantap menggabungkan idea  dua ulama tersohor  iaitu Syeikh  Mustafa Mahsyur (merujuk  buku Bekalan di sepanjang jalan dakwah)  dan Dr Fathi Yakan ( merujuk buku Apa Ertinya  Saya Memeluk Islam). Jazakumullahu khyran kathira kepada semua sahabat  yang sangat menghargai  penyampaiannya.

Kudrat  suami kini tidak seperti  dahulu. Jika  anak-anak dan cucu-cucu ziarah, semua  akan berkumpul bersembang  atau makan bersama  di ruang  wad VVIP agar  waktu  masuk toilet  dan ambil wudhu  tidak terganggu. Sisa tenaga yang ada perlu disimpan  ulang-alik  ke toilet untuk bersihkan diri dan berwudhu. Tidak ada tenaga lagi untuk suami berulang alik di tempat makan. Jika hendak makan dan bersembang hanya  di sekitar  ruang   tamu Wad VVIP selepas  pukul 7.30  pagi dan sebelum Maghrib. Lepas Azan Isya semua sudah faham adalah waktu bersurai dan bersihkan kembali ruang  tamu Wad VVIP. Terima kasih kepada semua anak menantu dan cucu kerana  amat memahami kudrat ibu@ tok ibu  juga tidak  seperti  dahulu. Kini tidak larat lagi hendak ulang alik ke dapur utama. Jika dipaksa akan selalu sakit pinggang dan sakit kaki.

Para sahabatpun ibu sudah fahamkan waktu-waktu  yang sesuai  hendak ziarah adalah ketika  suami bersantai  istirehat  di depan sliding  door  pada hari  Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad  antara pukul  10.00 - 11.30 pagi. Terima kasih kepada semua sahabat yang sudi menziarahi. Semoga Allah aturkan  yang terbaik untuk kita  semua  menjadi orang yang sentiasa bermanfaat dan berbakti untuk Deen Allah SWT.



 

Berbalik kepada tajuk rindu Rasulullah, ibu selalu merayu kepada  Allah, siapakah yang sudi nak bawa ibu ke Madinah nanti. Ibu bernekad, apapun yang terjadi, tidak mungkin ibu akan kembali kepada pasangan yang dahulu kerana  tidak sanggup  hendak mengganggu rumah tangga baharunya, walaupun ia sering hadir dalam  mimpi ibu. Ini bukanlah mimpi indah. Ibu pernah katakan kepadanya "Siapa  yang menyakiti dan melukai hati saya, saya tidak akan kenalnya lagi" 

Allah izin apa yang ibu kata itu menjadi  kenyataan. Bukan berdendam tetapi sekadar meluahkan perasaan agar menjadi pedoman  kepada anak muda hari ini. Maaf memang ibu tetap maafkannya, supaya di padang Mahsyar nanti  tidak disusahkan dengan isu sekecil ini. Semoga Allah ampuni  segala dosa-dosa kami.

Sentiasa  terlintas  ada nostalgia indah  ibu ketika di Madinah, air mata ibu sering menitis di bumi ini. Rindu  teramat sangat ingin ke sana  lagi. Mujur musim Covid-19 belum selesai, terawat seketika impian ibu hendak ke sana. Ketika di Madinah selalu ibu bayangkan bagaikan berada di kalangan  para sahabat yang sentiasa  mencintai Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. 

Malam tadi (hari Sabtu malam Ahad)  ibu dapat mimpi indah tetapi agak kelakar. Dalam mimpi Allah beri ibu hiburan. Sungguh terhibur dalam mimpi itu seolah-olah  tanda Allah beri ibu jawapan yang ibu cari selama ini... Paling tersentuh apabila  ibu ditanya  'do you love  her?'. Ibu tersenyum amat manis dan bercerita dengannya  dalam mimpi memang dah lama ibu kenal  satu-satunya wanita kesayangan yang dia  ada sekarang (tahun 1990an)  itu sejak di Johor lagi (sekolah yang sama dengan anak ibu). Dan ibu tahu sejak dahulu lagi wanita itu  sayang ibu walaupun tanpa kata. Sayang  tidak semestinya   melalui kata-kata. Allah  beri ibu rasa itu. Ibu amat yakin  wanita itu sudah bersedia  untuk menyayangi ibu seperti  ibu kandungnya  sendiri. Insha Allah. Ya Allah, terima kasih kerana  berikan hadiah termahal dan jawapan melalui mimpi yang cukup indah ini. Kelakarnya selepas dia tepuk bahu ibu, beliau tergolek jatuh dalam  longkang. Ibu nak capai tangannya tapi dia menolak dan ada orang lain  cuba selamatkannya. Ini yang kelakarnya. Ibu yakin insan  mulia  ini  yang telah hadiahkan ibu lap top bernilai lebih RM4,000 menggantikan lap top yang ibu  tinggalkan di Tadika Tangkak. Ibu ingin ucapkan terima kasih teramat sangat  apabila telah sampai  masa yang Allah tentukan kelak.

"Ya Allah kurniakan aku mimpi  yang lebih indah lagi iaitu  dipertemukan dengan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. Aaminn ya Rabbal Alamin"

Semoga  Allah kurniakan kami kesabaran  yang indah (sobrun jamil) dan permudahkan  segala urusan kami dalam rangka untuk  terus berbakti untuk Deen-Nya  hingga  akhir hayat. Wabillahi TaufiqWal hidayah. Wassalamu alaikum Warahmatullahi wabaraktuh

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil