Sunday, 29 June 2014

'Install' Kekuatan Ummah Sepanjang Ramadhan

Kreativiti  Anak-Anak Muda  Yang Cintakan Ummahnya
Antara Bola Dengan Ibadah mana lebih utama?
Meriahnya Menjelang Ramadhan 1435 Hijrah
Terasa  amat meriah menjelang Ramadhan kali ini, mendapat pelbagai jenis ucapan seolah-olah menyambut Hari Raya. Ramai  minta maaf zahir  Batin dan ucapkan selamat berpuasa..
Paling menarik seorang pendakwah muda  bernama Nouman Ali Khan mengingatkan kita semasa  ‘talk’  di Karangkraf agar  menceriakan   Ramadhan  sepenuhnya  dengan agenda Al—Qur’an. 

Kakak  saya rajin mendengar You tube beliau dan berkongsi idea  menyarankan agar kita   ‘Adakan pelbagai pertandingan  tentang al-Qur’an dan berikan hadiah sampai mencecah RM100 kalau anak-anak banyak hafal Qur’an sepanjang Ramadhan.’

Banyak you tube  kanak-kanak membaca Qur’an dan berceramah tentang al-Qur'an, perlu didengarkan selalu. Kkurangkan perlahan-lahan dan hentikan terus program ‘game’  dan kartun sepanjang  bulan Ramadhan digantikan dengan game yang Islami.  

Bagi orang dewasa, usah terkejar-kejar nak cepat khatam Qur’an sampai dua tiga kali..Cukup sekali dalam keadaan faham apa yang dibaca.
Baca dan fahami maksudnya.Baca dan dengar banyak you tube tafsir  ayat Qur'an yang kita baca untuk mendalami apakah seruan dan perintah yang Allah nak kita semua patuhi. Jika  kita faham maksud yang Allah kehendaki dan cuba melaksanakannya barulah layak  kita diangkat  darjat menjadi  Muslim yang produktif.

Tahniah kepada  para syabab  yang kreatif dan inovatif mempelbagai cara dakwah dan tarbiyah untuk menyedarkan ummah kini melalui ciptaan yang kreatif melalui FB, Whaats App dan Telegram..Dakwah dan tarbiyah Ramadhan bergerak dengan begitu pantas sekali. Semoga tersentuhlah  hati-hati mereka  yang ikhlas  ingin berbakti kepada Deen..

Sama-samalah kita  manfaatkan semua  nikmat Allah khususnya  harta, idea dan tenaga sepenuh masa , setiap detik dan waktu sepanjang Ramadhan membina  kekuatan  ummah di masa depan.

Macam mana nak buat ni?  Antara  ‘Bola’ dengan ‘Qur’an’ dalam keadaan kecenderungan anak muda  biasa  lebih kenal  ‘bola’ berbanding al-Qur’an, lebih-lebih lagi sekarang  ni   umat Islam diuji  dengan kehadiran ‘World Cup’ di awal Ramadhan. 
Ingatlah para syabab sekelian khususnya peminat  'bola tegar'…
Mungkinkah  ini adalah Ramadhan TERAKHIR  buat kita semua??  Umur lebih separuh abad memang sedang menanti giliran,,tidak mustahil Allah ambil dulu nyawa mereka  yang lebih muda. Biarlah Allah ambil nyawa kita dalam keadaan bermesra  dengan al-Qur'an bukan  dengan bola..
Jadi cuba kita manfaatkan sepenuhnya  dengan mendekatkan diri kepada Allah.. Ramadhan adalah Madrasah @ Universiti Taqwa. Masuk universiti ini, dapat ijazah Taqwa  hanya dalam tempoh 29 hari..tak lama. Ijazah yang disahkan oleh Allah yang mencipta  kita..

Sekarang amat terasa  setahun bagai sebulan, sebulan bagai seminggu, seminggu bagai sehari..Sehari  dilalui macam sedetik berlalu. Sebulan tidak lama..sekejap sahaja..Jadi berkorbanlah apa saja  untuk dapatkan manfaat sebanyak-banyaknya untuk ummah masa depan. Fikirkan masa depan anak-anakmu, adakah kalian ingin mereka  menjadi peminat 'bola tegar'? Biasakan anak-anak melihat  kalian menghargai setiap detik masa di bulan Ramadhan bersama Al-Qur'an dalam pelbagai cara dan  kreativiti. 

Sebulan saja kita bermujahadah melawan hawa nafsu tatkala  Syaitan  dikurung dan diikat. Nak dapat ijazah ini  dalam 11 bulan yang lain, amat mustahil kerana  syaitan sentiasa  ‘attack’ kita tanpa mengenal putus asa.  Nak dapat  ijazah Taqwa tak payah bayar  beribu-ribu ringgit. Dengan ijazah ini hidup kita  semakin senang, lebih berkat  , ceria dan bahagia sepanjang  hayat, mendapat  anugerah dan kurniaan Allah yang tidak putus-putus.  Paling  tidak  jiwa yang tenteram, Dengan Ijazah ini akhirnya  kita layak mendapat redha  dan Syurga Allah di Akhirat nanti.. jangan lepaskan peluang ini. 
Ibu nak kongsi doa-doa  yang bagus yang dibacakan oleh seorang  imam yang kreatif dan pro aktif selepas  witir  solat Terawikh..Imam ini memikirkan masa depan ummah barang kali. Semoga Allah hadiahkannya pelbagai nikmat  sepanjang  Ramadhan..Amin

MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…ya Rahman…ya rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…



Tuesday, 24 June 2014

MARHABAN YA RAMADHAN, Rasailah Kemanisan Berpuasa...

Marhaban  ya Ramadhan..5 hari lagi VVIP  akan memeriahkan pesta ibadah di bulan terkandungnya lailatul Qadr.. Bulan Rahmat, bulan Maghfirah dan bulan 'merdeka'kan diri dari azab api neraka, sekiranya  kita bersyukur,  menghargai , menghayati dan memanfaatkan setiap detik masa sepanjang kehadiran tetamu  agung ini sepenuh hati..

Alhamdulillah, segala  puji-pujian  hanya  milik Allah  yang telah mengatur  dan menyusun aktiviti  yang amat  bermanfaat dengan team  yang memahami dan sentiasa  bersangka  baik menyuburkan projek ummah  bersama. Paling  ibu tidak  duga Allah atur dapat ikuti program 'SEFT'   selama dua hari. Allah hadiahkan, hasil memerah idea di perpustakaan selama dua minggu  berturut-turut. Ketika itu juga  ibu mohon kepada Allah, tunjukkan modul terbaik yang boleh mendekatkan para pendidik kepada Allah. Jazakumullahu khairan kathira kepada  insan mulia  yang menaja, Insha Allah semoga  segala amal soleh yang lahir  dari program ini akan memberikan ganjaran berlipat kali ganda  buatnya..Amin.

Dalam program ini terselit kajian 8 tahun Dr Richard Wiseman diperkayakan lagi dengan  'Inspirational Work'  of Dr Wyne Dyer.. menggunakan konsep 'kejadian kebetulan' (mengikut fahaman masing-masing)

Sejak 30 tahun lalu, Allah izin ibu jalani proses  tarbiyyah dengan niat  hendak mendapat keuntungan di sisi Allah samada di dunia dan Akhirat. Dalam Tarbiyah Islam semua yang berlaku bukan kebetulan tetapi  Allah yang atur, Allah  izin.. Tiada  istilah 'kebetulan'. Sebenarnya jika kita pasrah ikut sunatullah, semuanya kejadian samada  ujian mahupun musibah, apabila ikhlas, redha dan pasrah semuanya akan  menjadi cantik dan indah belaka. 'Syurga  dunia' (ketenangan, ketenteraman dan kemanisan iman)  tetap bertakhta di hati. Allah yang bagi dan beri, Allah susun  dan tetapkan, Allah baik dan sayang. Kita wajib bersyukur  dan berterima kasih kepada Allah.

Ibu dinasihatkan oleh  beberapa insan mulia  agar  fokus & mantapkan  dahulu Taska di Tangkak. Semua aktiviti awal buat di Tangkak menggunakan modul ini (untuk pendidik) sebelum kongsi modul Asuh Anak Cinta Solat. Alhamdulillah, jazakumullahu khairan kathira para penasihat  yang Allah utuskan. Rasa hati lebih tenang jika duduk setempat..Apabila team 'anak-anak muda' sudah mantap baru boleh buat  di tempat lain  termasuk di Langkawi.

Nasihat  dan saranan ini juga  adalah hadiah dari Allah  yang akan 'tenangkan lagi hati dan fikiran'  tidak perlu 'sibuk-sibuk' . Teruskan rutin santai,  relax, tenang  dan pasrah  ikut 'flow' yang  Allah aturkan.
Anggaplah 'Idea gila-gila' dalam  'post'  yang lalu  hanya  menjadi  impian  yang tertanam di dalam  'sub concius mind'.. Insha Allah jika panjang  umur , sampai masanya  nanti  sempatlah lancarkan di sana  dengan izin Allah SWT jua.

Allah  anugerahkan kepuasan kerana  semua  kejadian ini  terjadi  secara konsisten untuk mendukung visi dan misi dakwah dan tarbiyah. Allah atur ibu berada di dalam bidang  yang paling diminati, di tempat  yang tepat dan pada waktu yang tepat. Alhamdulillah tanpa dicari Allah pertemukan dengan orang-orang yang dapat menolong di kala kita amat memerlukannya. Allah aturkan seluruh makhluknya menolong  untuk membuat keputusan-keputusan yang tepat dan  meraih hidayah, taufiq dan  keredhaan-NYA.

Dalam keadaan ribut atau puting beliung  macam mana sekalipun terus kukuhkan keimanan..terus kekalkan 'sakinah, mawwadah wa rahmah' dalam diri dan kongsi bersama  insan yang lain yang sedang menderita melayan 'sampah-sampah emosi' yang berkeladak dalam diri. Dalam masa yang sama  'install' persiapan  terbaik menjelang Ramadhan.."Ya Allah aku bersyukur kepada-MU, aku memohon bimbingan dan keredhaan-MU untuk  merasai  kelazatan  ibadah puasa kerana-MU...

Hari pertama program, ketika melihat buku program SEFT, baru ibu teringat  ibu pernah belajar (daripada  Puan AnizAnwar) serta amalkan 'tapping' sekitar awal tahun 2011 ketika masih di fasa  awal mendapat ujian yang  kebanyakan wanita memang tidak suka. Ibu sudah ucapkan "selamat tinggal kepada  semua keladak emosi negatif khususnya  rasa 'benci' dan telah semburkan segalanya 4 tahun lalu. Mungkin ini merupakan salah satu faktor Allah izin ibu boleh survive  dalam keadaan yang lebih baik dan  tidak terasa kehilangan bahkan rasa 'merdeka' dari segala keracunan dan pencemaran kebatilan yang menyusup masuk ke dalam baitul dakwah ..Semuanya  nikmat  ini  adalah anugerah  dari Allah  SWT.
Sumber  Inspirasi..

Ibu pernah dilabel oleh beberapa kenalan dan saudara  mara  sebagai 'bodoh' kerana redha diuji begitu. Redha serahkan segalanya tanpa berebut apa-apa. Redha  tidak  ambil apa-apa tindakan mahkamah. Nak maintain 'sakinah, mawwaddah warahmah' tidak perlu rebut apa-apa urusan dunia, Serahkan semua kepada yang berhajat..semuanya Allah yang punya, bukan kita punya.

Dalam program ini baru dapat jawapan sebenarnya apa yang ibu lalui  merupakan pengalaman yang sangat berharga untuk generasi akan datang. Menjadi sumber inspirasi dalam zaman anak-anak muda tidak lagi memerlukan motivasi. Mereka hanya perlukan sumber inspirasi.

Dalam keadaan  hati "Peaceful, No fear, Beautiful Surrender, Continuos Calmness", Jiwa  yang semarak "Fulfilled Inside, Always Grateful, Never Complain, Full of Love & Joy". Mind  state  sentiasa berpusat  kepada Allah dan akan bertambah  rajin jika semakin  dekat  dengan-NYA... Benarlah  hidup di dunia  ini adalah sebuah MISI..  Terima Kasih  Ya  Allah..

Sesungguhnya  ujian itu adalah Rahmat dari Allah dapat  menambah pengalaman dan pengajaran untuk fikirkan apa yang boleh ibu sumbangkan  untuk  generasi  puteri-puteri akan datang agar mereka juga tidak mudah tumbang dan boleh  survive tanpa insan  bernama  'suami' (samada  kematian atau  bercerai). 

Alhamdulillah  memang besar manfaat amalan  'tapping' (dalam SEFT dipanggil SEFTing~ menggabungkan 15 teori pakar psikologi dan perubatan Timur dan Barat). Allah izin kaedah ini ibarat penyapu atau vacuum membersihkan 'sampah-sampah emosi' yang mengganggu perjalanan kita ke destinasi 'syurga'  di dunia dan   di  akhirat ..
Dalam program  dua hari ini, para trainer SEFT sentiasa  mengingatkan "Saya sama sekali tidak mampu menyembuhkan..Segala kesembuhan itu hanya dari Allah". Sebenarnya  amalan SEFTing hanya  alat, 10% sahaja dari segala ilmu dalam 2 hari.. 90% lagi banyak faktor lain terutama sekali bagaimana  nak rasa BERSYUKUR..BERKONGSI  dan  DO THE BEST.. Yang menyembuhkan  segala penyakit  adalah  semurni mana  hubungan kita dengan Allah SWT.
Subhanallah , memang  syukur sangat ibu dapat lanjutkan ilmu dan amalan SEFTing' tersebut  bukan saja untuk diri, tetapi juga untuk semua ahli keluarga, warga SmarTop, sahabat-sahibah  dan  semua  yang  Allah izinkan  untuk dapatkan khidmat bakti  dengan  harapan  agar  mereka bertambah  sihat, ceria  dan bahagia serta mendapat rezeki yang berlimpah-limpah..Insha Allah.

Alhamdulillah, apabila terapi ini diamalkan kepada pesakit, penderita yang stress dan kanak-kanak..ini memudahkan  kerja-kerja  dakwah merapatkan hubungan hati  mereka  kepada Allah SWT. Sesiapa sahaja yang ingin belajar , segera  daftarkan nama  di http://www.seftmalaysia.com.my/go/index.php
Hubungi Puan Hjh Noorbaity di talian 016-2370437/ 011-23391948. Hati-hati memilih kerana tuan punya SEFT hanya iktiraf  beliau sebagai wakilnya  di Malaysia.
Kenalan  saya, Aniz Anwar Klinik Sukses akan adakan seminar pada 5 Julai 2014  di No 57, Jalan Plumbum 7/103, Belakang I-City dengan yuran RM148 sahaja  sempena  Ramadhan.

Zaman Siber serba canggih merupakan  zaman meng'install' macam-macam persiapan supaya dapat hasil yang terbaik dalam setiap aktiviti yang kita lakukan. Menanti kehadiran tetamu agung, sudah selesaikah install semua persiapan Ramadhan? 
Sama-samalah  kita  cuba buat 'check list'  berikut:
1. Persiapan kecintaan kepada Allah mengukuhkan  
a. kesyukuran di hati, 
b. kesyukuran dalam fikiran dan 
c. kesyukuran dalam tindakan (perhambaan).
2. Perkongsian;
a. wang ringgit melalui sedekah (infaq) dan zakat
b. idea dan tenaga untuk memajukan ummah
c. doa untuk semua makhluk sebagai rahmat sekelian alam
3. Do the BEST dlm
a. Kerjaya
b. Perbaharui niat
c. Peningkatan diri
Install doa ini setiap  hari...

"Ya Allah mudah-mudahan  mulai ketika ini, apapun yang aku lakukan, apapun kerjayaku, KAU  tolong  aku  untuk lebih dekat kepada-MU, lebih mencintai-MU, lebih KAU redhai dan KAU cintai. Semoga apa sahaja  yang aku lakukan  akan membawa manfaat sebesar-besarnya  untuk sebanyak mungkin segala makhluk-MU, menjadi rahmatan lil 'alamin. Dan semoga pertolongan-MU setiap  hari  aku bertambah baik dan bertambah baik hingga aku kembali kepada-MU dalam keadaan terbaik, Khusnul Khotimah  dalam dakapan cinta-MU"

Selamat bersiap sedia..semoga Allah permudahkan segala urusan mulia ini. amin..

Friday, 20 June 2014

Raikan Mereka, InshaAllah Mereka Akan Menceriakan Generasi Baru Kita

Amat terasa  begitu pantasnya masa  berlalu, sedangkan idea-idea  menyedia dan menyiapkan bekalan menginstitusikan Taska untuk ummah masa depan masih  berderet  dan  beratur  dalam  fikiran  tunggu masa dan giliran  untuk dimodulkan. Dua minggu  berkampung  di Perpustakaan Shah Alam terasa masih tidak mencukupi. Semangat  untuk menyiapkan masih berapi-api seolah-olah esok  tidak sempat lagi. Bertindaklah sama-sama ke arah menyahut  seruan Rasulullah SAW yang bermaksud;
“ Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat. Maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala.” (HR: Al-Bukhari)
Sesi perbincangan untuk memurnikan lagi modul pertama sudah selesai  bersama team taska di Bangi. Hasil perbincangan itu  keluar pula idea  baru daripada minda 'pengusaha muda' agar sentiasa berusaha memenangi hati pendidik/ pengasuh  baru  sebagai pelaksana  modul itu. Mereka juga punya perasaan perlu  diraikan. Ibu rasa terhibur menerima idea pengusaha muda  yang kreatif dan inovatif. Dalam musafir  kita berpeluang mengenali mereka  dan mereka  dapat kenal hati budi kita. Insha Allah bila dah kenal baru akan wujud kepatuhan dan  mereka  akan ikut  saranan modul dengan sebaik-baiknya. 
Teringat kisah Saidina Umar amat  berhati-hati dalam memilih pekerja..tidak semudah kita terima selepas interview..Kita akan kenal apabila berpeluang  bermusafir dengan mereka.. "Good idea.. Sahibah!!..Alhamdulillah"

Ibu berazam  dan sedang  menyiapkan modul  kepimpinan pendidik Taska dan juga  proposal untuk membawa mereka ikuti kem Kepimpinan  Pendidik/ Pengasuh Taska  di Pulau Langkawi. Bincang dengan pemilik Indra Travel, kos menyewa tiga  gerabak  keretapi termasuk 'Conference Coach', menyewa penginapan dan dewan di hotel, makan minum, sewa ATV, sewa kereta, balik naik flight  dsb mungkin akan membebankan mereka. 
"Idea gila-gila" tapi yakinlah untuk maslahat ummah masa depan, semoga projek ini akan menjadi dengan izin Allah. Kami berdoa, mudah-mudahan ada banyak penaja yang bermurah  hati untuk menyumbang ~ Allah  akan bahagiakan kita kalau kita membahagiakan bakal-bakal pendidik Taska ini.."Ya Allah, aku tak mampu, hanya ENGKAU  yang dapat permudahkan segala urusan ini".

Sejak  akhir-akhir ini ibu selalu terperasan..melihat kelibat sahibah tidak happy, rasa nak masuk dalam kehidupannya  dan  cuba untuk  menceriakannya. "Apa  yang dirisaukan tu?"
Sampai saja di rumah dapat whats app "tepat tekaan akak.memang saya amat risau......"
Tapi apakan daya, sekadar  berikan pandangan berbekalkan pengalaman serta doa untuknya.

Kadang-kadang merenung anak mata kanak-kanak yang ibu bapanya  bermasalah, ibu boleh menangis, rasa  nak jadi  ibu mereka  jika berpeluang. Kasihan anak-anak itu, jiwa  mereka  bersih  diuji seawal usia..Semoga Allah beri peluang..Amin.  Bersamalah kita memadu tenaga  menyelamatkan akidah  generasi pewaris kita  agar tidak dirosakkan oleh kejahilan kita selaku pendidik mereka.
Asuh kanak-kanak merasai  bagaimana  setiap makhluk bertasbih memuji Allah

Ibu tertarik  bahan yang besan whats app tentang 10 sebab Jepun Mencapai Kemajuan walaupun  bukan negara Islam

1. Di Jepun diajar pada awal sekolah rendah hingga darjah 6 dengan satu subjek bernama "JALAN KE ARAH  AKHLAK". Kanak-kanak belajar adab dan cara berdepan dengan orang lain.

2. Tidak ada kegagalan / failure pada awal sekolah rendah sehingga  ke peringkat tiga pertengahan kerana objektifnya ialah  MENDIDIK dan menanam konsep dan pembentukan peribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi (dictation).

3. Jepun, walaupun salah satu negara terkaya di dunia, mereka  tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa  bertanggungjawab di rumah ke atas  anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20 minit bersama-sama guru mereka. Faktor  ini membawa ke arah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat ke arah kebersihan.

5. Kanak-kanak  di sekolah akan membawa berus  gigi yang telah di 'disinfected'/ seterilkan. dan mereka membersihkan gigi mereka di sekolah setiap hari selepas  makan bagi mengekalkan kesihatan pada  usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan makan dahulu makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatanmereka, kerana  pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Kerja pembersihan di Jepun digelar sebagai "jurutera kesihatan" yang gajinya sebanyak 5K-8K USD sebulan tertakluk kepada  ujian bertulis  dan lisan.

8. Dilarang  mengguna handphone di dalam keretapi, restoren dan tempat-tempat tertutup dan dinamakan status 'silent' di handphone sebagai 'akhlak/etika'

9. Jika  makan di restoren, ambil sekadar yang perlu dan makan sehingga licin.

10. Kadar kelambatan keretapi adalah 7 saat sahaja dalam setahun kerana mereka adalah orang yang tahu menghargai nilai masa dan gemar kepada ketepatan saat dan minit
Dari media RFM

Bagaimana mereka  wujudkan suasana  'Islami'  ini jika tidak  bukan di awal usia  kanak-kanak?

Thursday, 12 June 2014

Hikmah 'World Cup' dirasmi pada Malam Nisfu Sya'ban

Nisfu Sya'ban kali ini  jatuh pada hari Jumaat. Apa istimewanya Nisfu Sya'ban?  Istimewanya  yang pertama menurut  hadis dari Usamah bin Zaid bertanya kepada baginda, 
“Wahai Rasulullah, aku belum pernah melihatmu berpuasa pada sebuah bulan yang lebih banyak dari puasamu di bulan Sya'ban?”
Maka Rasulullah S.A.W menjawab, “(Sya’ban) itu adalah bulan yang kebanyakan manusia melalaikannya antara Rejab dan Ramadhan. Sya’ban adalah bulan di mana amalan-amalan diangkat menuju sisi Tuhan Semesta Alam, dan aku suka semasa amal-amalku diangkat, ketika aku dalam keadaan berpuasa.” (HR Nasa’i).

Istimewanya yang kedua kerana  ia merupakan salah satu hari yang mustajab kita berdoa. Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada  malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abdullah Umar.)
Subhanallah....Dua kali mustajab  kerana  malam  Nisfu Sya'ban jatuh pada  malam Jumaat. Tiga kali mustajab jika kita berpuasa, berganda-ganda  mustajab jika  kita  bersedekah, berjihad dalam bidang masing-masing  dan perbanyakkan  amal soleh kerana Allah. Masya Allah Tabarakallah.. Banyaknya nikmat  Allah anugerahkan kepada kita  medan atau ladang  amal untuk kita  raih hasil di Akhirat  nanti..

Pada  hari yang sama sepatutnya umat Islam bangun malam semarakkan Tahajjud tetapi  jutaan manusia yang 'qiamulail' setakat menonton 'World   Cup' sekitar jam 4 pagi.  Betapa  cintanya  mereka kepada 'bola' atau 'team bola'. Kalau ada 'team Islam' yang ikut serta, munasabahlah kalau sekadar  jeling sekali-sekala
Apa hikmahnya World Cup membangunkan jutaan manusia untuk munajat  malam ni?
Ujian, cabaran, atau peluang? 
 'Jangan marah', tak perlu marah-marah.. senyum aje!.

Walaupun sedih , doakan  semoga  Allah ampunkan dosa-dosa mereka yang agak  cuai  mengguna  kudrat mata, kesihatan kurniaan Allah ketika 'waktu Tahajjud' untuk keseronokan diri  sedangkan  'ummah' kini dan generasi  masa  depan amat memerlukan doa  mereka. Kalau tiada Liga bola, tak mahu bangun. Kemanakah hilangnya  kejujuran.

Masa bangun nak tengok bola latihlah tukar  cannel niat  sahaja~ aku bangun nak solat tahajjud 2 rakaat..hendak seribu daya..Allah pasti tolong..
Masih teringat  kisah ahli politik yang  ramai anak, setiap  malam bangun tahajjud semata-mata mendoakan setiap anaknya  menjadi anak soleh berjaya dalam memperjuangkan Islam di masa hadapan. Satu anak satu solat  hajat, setiap hari. kalau tujuh anak, tujuh kali solat hajat (2 rakaat X 7) bermakna  solat  hajat  untuk anak sahaja  14 rakaat.
Semua  ayah  yang  peminat  tegar  bola memiliki anak dan harap sangat  anak-anak mereka menjadi soleh dan solehah..Banyak mana telah mereka usahakan solat hajat paling tidak setahun sekali? sebulan sekali? seminggu sekali?

Doakan juga  agar  mereka  istiqomah  dapat  bangun waktu seperti  ini sepanjang hayat  untuk bertahajjud sebagai persiapan diri ke alam akhirat, bukan setakat  urusan dunia saja.
Berapa banyak pahala kita dapat dera mata tengok bola?

Berdoalah dan terus berdoa  mudah-mudahan  peminat tegar bola sepak dunia semakin insaf dan bertaubat. Allah aturkan peluang bangun malam dengan mudah kerana 'bola'.
Renung-renungkanlah siapa Illah (Tuhan) kita sebenarnya? Bola  atau Allah? Cinta  bola atau cinta  Allah? . Ummah masa depan kita  akan maju ke hadapan  dengan pengorbanan  para ayah bangun malam?
1-2 jam anak  mata 'didera' fokus melihat  bola disepak ke sana ke mari menanti digolkan. Banyak pahala kita dapat? Allah sukakah? Rasulullah sukakah?. Bukankah lebih baik anak mata direhatkan  dan diraikan dengan aktiviti ibadah membaca  dan tadabbur  ayat-ayat suci al Qur'an.

Semoga 'World Cup' kali ini menjadi pencetus untuk para  pemimpin  orang beriman yang liat bangun untuk qiamulail akan terus istiqomah  bangun tahajjud sepanjang menyambut Ramadhan  hingga sepanjang hayat  walaupun  Piala Dunia  sudah tamat nanti..
Mudah-mudahan  mereka  semakin rajin  bangun setiap sepertiga  malam  seikhlasnya  solat  tahajjud kerana Allah. Letak bola di kaki bukan di hati..
Apa salahnya tunggu saja keputusan permainan dan bila ada kelapangan siang nanti lihat saja ulang tayangnya..


Ibu baru dapat maklumat Yusuf  Islam telah mengubah imej dari seorang  pendakwah  menjadi  rocker kembali  dengan nama asalnya 'Cat Steven'. 
Kalau ikut logik akal memang pelik.. tak mungkin..tak mungkin.. 
Ibu terus  bersangka  baik..bersangka  baik, Alhamdulillah masih  boleh bersangka baik, perubahan untuk tujuan dakwah memang luas medannya..Dalam FBnya  nampak respon daripada peminat-peminat  'non Muslim' amat ramai. 

Syed Qutb ada sebut  dalam bukunya 'Milestone'   tentang  konsep 'uzlah syuuriyah tammah'. Fizikal saja kita bersama  manusia  tetapi  hati tetap  bersama Allah. Dengar  dahulu  isi kandungan lagunya semuanya  memuji Allah. In sha Allah, mudah-mudahan beliau  cuba  menarik perhatian  majoriti  non-Muslim sedunia  yang masih meminatinya  agar  mengagungkan Allah. Semoga  semuanya akan berakhir  dengan Husnul Khotimah..sebaik-baik kematian di sisi Allah.
Anda dilahirkan dalam lubuk permata (Islam), Saya lahir di luar  lubuk permata
Success is not a destination, but a journey. Kejayaan bukanlah sebuah tujuan, tetapi merupakan perjalanan itu sendiri. Cuba sama-sama kita bayangkan, anak-cucu kita sekarang suka main 'solat-solat' dan akhirnya dewasa mereka cinta solat hasil keikhlasan kita berusaha menawan hati mereka kenali siapa Allah. Sebenarnya perjalanan dalam perjuangan itulah yang paling indah, iaitu ketika kita harus bersabar menghadapi derita menuju 'falah'~ kejayaan; ketika kita ikhlas menerima dugaan dan ujian dalam memikul amanat yang sangat berat; atau ketika kita berusaha keras dan bersungguh-sungguh menyelamatkan nasib dan masa depan ummah yang kita cintai agar sentiasa sujud kepada Allah SWT..

Berita dari Republika,

The Rock and Roll Hall of Fame pada Isnin  lalu, mengumumkan bahawa Cat Stevens, Nirvana, Kiss, Peter Gabriel, Hall dan Oates, dan Linda Ronstadt akan masuk Hall of Fame tahun depan. The Cleveland, Ohio Institusion juga mengatakan Brian Epstein, manager 'The Beatles' dari tahun 1962 hingga  kematiannya pada tahun 1967, akan diberikan gelar Lifetime Achievement.

Syarat untuk bergabung dengan Hall of Fame adalah penyanyi, komposer atau pemuzik yang telah merakamkan  25 tahun sebelum tahun induksi dan telah menunjukkan keunggulan muzik yang tak diragukan lagi dalam kata-kata Hall of Fame.


Cat Stevens, juga dikenal sebagai Yusuf Islam, masuk Islam pada tahun 1970 setelah mengalami tujuh tahun kecemerlangan  multi- platinum nya di Amerika Syarikat. Itu 17 tahun antara LP terakhirnya sebagai Cat Stevens ( 1978 Back To Hearth ), dan CD pertama sebagai Yusuf Islam dan lebih dari satu dekade dari album pop pertamanya dalam hampir 30 tahun ( An Other Cup pada tahun 2006 ).

Dia tidak suka hubungan seks bebas, ubat-ubatan terlarang, dan kehidupan ala rock n' roll. Tapi dia justru dianugerahi penghargaan sebagai salah satu  penghibur terbaik oleh The Rock n' RollHall of Fame

"Meski perlu waktu, saya selalu orang yang optimis," kata  lelaki berusia 65 tahun lahir dengan nama Steven Demetre Georgiou. Dia biasa dikenal dengan nama Cat Stevens. Setelah memeluk Islam pada Disember 1977 dia mengganti namanya menjadi Yusuf Islam.

"Ketika saya masuk Islam," kata penghibur kelahiran Britain ini kepada majalah muzik terkenal Rolling Stone, "banyak orang tidak mahu mengerti," kata dia seperti dilansir akhbar the Los Angeles Times, Khamis (19/12). 

Bagi para penggemarnya, kata dia, masuk Islam menjadi alasan kenapa dia meninggalkan bisnis di bidang muzik. 

Awal pekan ini The Rock and Roll Hall of Fame mengumumkan grup band Nirvana, Peter Gabriel, Hall and Oates, Linda Ronstadt, dan Cat Stevens @ Yusuf Islam, bakal masuk dalam jajaran bergengsi di dunia muzik itu. Upacara perayaan gelar itu akan dilakukan pada April tahun depan di Brooklyn, New York, Amerika Syarikat.  Hanya artis penyanyi, komposer, dan artis yang  diakui mumpuni yang boleh  masuk dalam Hall of Fame.

Yusuf dikenal sebagai penghibur  sukses peraih multi-platinum di Amerika Syarikat. 

Banyak  hasil karyanya  menonjolkan pesan buruknya godaan dunia  dan kebendaan dan mengajak pendengar lebih mencari sesuatu yang lebih abadi  berbanding nikmat dunia  hanya seketika.

"Saya telah menemukan rumah spiritual yang saya cari seumur hidup," kata Yusuf.

Pada lagu dan lirik "Peace Train" dan "On The Road To Find Out", kata dia, sangat jelas terlihat proses pencarian jati dirinya dan perjalanan spiritualnya selama ini.

"Saya telah sampai pada pemikiran, jika Anda menanti dengan sabar hingga ke titik akhir, maka orang baik akan bahagia selama sisa hidupnya. Jadi penghargaan ini semacam pencapaian dari ide itu."


Sunday, 8 June 2014

Jaminan Ketenangan Mengurus Taska

Bulan Rejab sudah berlalu, kini tampil bulan Syaaban, hari Rabu, Kamis dan Jumaat sudah masuk  hari putih (13-15 hb) dan Nifsu Syaaban, di mana Rasulullah saw mengajar umatnya perbanyakkan solat dalam Tahajjud, puasa, doa, baca Qur'an, sedekah dan pelbagai amal soleh lebih banyak dari biasa..BUKAN mengamalkan bid'ah amalan masyarakat sebelum ini.

Menunggu setengah bulan sahaja lagi untuk kita sama-sama merai tetamu agung iaitu Ramadhan.. Nantikanlah bulan penuh barakah ini dengan rindu dan cinta  yang mendalam hanya kerana -NYA  jua..
Semoga  Ramadhan kali ini  menceriakan lagi hasrat menghidupkan proses  memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Alhamdulillah Allah beri rasa  seronok sama-sama membantu pendidik Taska  menceriakan luar dan  dalam Taska. Semoga  barakah ..amin. 

Persiapan jiwa  dan minda amat perlu  agar kita  sama-sama memanfaatkan bulan yang mulia ini semaksima mungkin untuk meraih redha-NYA.  Memang banyak pengorbanan perlu dibuat, banyak cabaran perlu diharungi untuk menikmati anugerah Allah yang lebih baik dari seribu bulan..Yang penting, niat suci di atas teras akidah yang jelas sudah ditanam sejak bulan Rejab lagi untuk hijrahkan jiwa ke destinasi kampung  akhirat. Layakkah kita mendapat surat Cinta dari Allah di fasa akhir Ramadhan dalam keadaan diri  masih bergelumang  dengan kecintaan  terhadap  dunia?. 

Teringat ulasan moderator forum, Ustaz Nor Hisham tertarik dengan  istilah Tasauf yang dipermudahkan oleh Profesor Muhaya secara saintifik semasa forum 'Memperkasa pendidikan awal kanak-kanak Islam Malaysia' di Pusat Islam 25 Mei lalu. Katanya "bila kita ada, kita beri, kita dapat hasilnya..Baik yang kita ada, baik kita beri dan baik juga hasil yang kita dapat. Jika hasil tak baik, kita beri tak baik sebab kita  ada yang tak baik. Apa yang tak baik tu? Hasil tak baik itu  sebab tidak ada akidah!". 
Hasil yang  baik sebab ada nilai akidah yang sejahtera. Sama-samalah kita muhasabah diri semoga Allah aturkan dan Allah kurniakan kita kefahaman yang jelas untuk perbaiki diri terus menerus..

Ada persoalan dari peserta "kenapa kanak-kanak yang masuk Taska dan Tadika Islam, bila masuk SK dan SMK, hanyut dengan budaya semasa?"  Jawapan dari Prof  Muhaya; "mereka hanya diajar beramal tetapi tak faham apa yang diamalkan.."
Awal  agama itu adalah makrifatullah iaitu mengenal Allah.. Kanak-kanak tidak dilatih dan tidak dididik mengenal Allah . Semua yang bermula dari akidah yang sejahtera, memang baik belaka..jadi belum terlambat untuk  kita  mohon kepada  Allah, tukar hati hati kita, tukar niat dari mengharapkan ganjaran dunia kepada  mohon Allah kuatkan azam kita  harapkan Redha-NYA semata-mata..
Berbekalkan apa saja pengalaman yang kita  ada, amat  wajar fokus kepada satu bidang yang memberi keuntungan maksima sebagai ladang  amal  untuk kita raih hasilnya  di akhirat nanti.  

Kalau dahulu kebanyakan guru, termasuk saya kononnya glamour mengajar sekolah menengah tetapi masih kecundang  membawa mereka (pelajar-pelajar)  merasai  nikmat  Iman dan Islam. Lebih daripada 80 % pelajar  dari kelas terbaikpun  (di sekolah harian) masih tidak mampu menyempurnakan solat 5 waktu sehari semalam  walaupun ramai yang lulus  darjah khas sekolah agama Johor. Apalah yang nak diharap kepada  pelajar kelas hujung yang tidak berminat langsung nak belajar. Letihnya amat terasa bagai melentur buluh bentung dan  bagai mencurah air di daun keladi. 

Beginilah betapa kuatnya cabaran  yang perlu diharungi oleh para pendidik di sekolah harian biasa.. Namun tidak dinafikan  ada juga sekitar 10-20% yang sedar untuk kembali kepada Islam yang tulen..semoga  mereka  akan mewarisi  tugas para anbia kelak..Amin..

Mutakhir ini berita murtad amat mencemaskan  lebih-lebih lagi dakyah Kristian semakin subur. Banyak gambar pemuda pemudi Melayu  ditayang di  internet , whats app dan telegram menunjukkan mereka berbangga menganut  agama Kristian. Rupa-rupanya mereka yang ditawan oleh agen syaitan itu adalah mereka  yang ada masalah 'mental' dan jiwa yang tidak sejahtera. Syaitan menampakkan indah segala 'kebodohan' mereka tanpa rasa berdosa!! Dalam keadaan sedemikian, selamatkah anak cucu kita kelak di akhir zaman ini... Apa yang boleh kita lakukan SEKARANG untuk menyelamatkan ummah masa depan? Murabbi berpesan jangan putus doa  untuk anak-anak di samping pilihkan pendidikan dan sekolah Islam terbaik untuk mereka.Ibu bapa  juga perlu berubah ke arah yang lebih baik dan sediakan suasana dan persekitaran  Islam di rumah.

Alhamdulillah, Allah izin cabaran demi cabaran serta ujian demi ujian mengajak diri merasai nikmatnya jika  kita hidup ikut resmi padi, makin berisi  semakin tunduk dan semakin tenang ikut dan patuh tanpa banyak soal  dengan  apa sahaja  yang Allah aturkan terbaik untuk  kita. Bertaubatlah  dan lalukan sahaja  pengalaman yang pedih  betapa ruginya  ikut resmi lalang, makin tinggi makin mendongak angkuh dengan ego..buang masa, membazir  tenaga dan idea kerana  menyuburkan penyakit hati hingga  merosakkan amal. Nauzubillah

Jika inginkan ketenangan, redha  saja ikut  apa yang Allah aturkan. Terjawab sudah  persoalan yang dikemukakan oleh seorang 'cleaner' Smartop yang  bertanya; "cikgu betul ke kalau kita banyak berzikir hidup kita akan senang".
Senang sebenarnya bukan kerana kita dapat apa yang kita mahu, tapi kita dapat apa yang  Allah nak hadiahkan kepada kita. Allah hadiahkan sesuatu  yang amat sesuai untuk kita. Hanya DIA yang Maha mengetahui apa yang paling sesuai untuk kita sedangkan kita sendiri tak tahu apa yang paling baik untuk kita. Senangnya hidup kita  apabila  Allah  hadiahkan ketenangan  jiwa, itulah syurga dunia. Teruskan zikir, usaha dan doa..Insha Allah hidup kita pasti senang  dan menang di sisi-NYA. Tak perlu kita banyak 'demand' macam dulu atau ikut 'demand' orang lain tanpa sedar sebenarnya boleh merosakkan akidah..Fokus pada zikir dan buat sahaja aktiviti  yang menyenangkan hati dan fikiran. 

Mutakhir ini Allah  izin tergerak hati  nak lepaskan semua yang mengongkong kehidupan  hingga terganggu ubudiyyah kita..Rasa lega  jika dapat  fokus kepada satu sahaja medan. Pilih samada nak fokus di  Tadika atau di  Taska? 

Allah Maha Mengetahui sesungguhnya ibu amat letih  hendak melayan kerenah dan  memang ibu tidak ada bakat hendak menjaga  hati macam-macam ragam manusia. Sebulat hati ibu mohon kebenaran dari ALP untuk fokus kepada Taska dan  memurnikan lagi modul Taska dan training pendidik Taska. 

Semoga Tadika semakin mendapat sambutan diurus oleh ALP sendiri dengan kerjasama guru-guru berpengalaman yang ada ijazah dan diploma..Pentingnya daya fokus, lebih-lebih lagi  ada permintaan salah satu persatuan Taska di Johor  yang mengharapkan ibu membantu mereka menyeragamkan  modul yang masih  berterabur, tidak kemas dan di luar kemampuan pendidik Taska untuk memurnikannya. Lebih-lebih lagi pengasuh Taska sering bertukar ganti kerana menjadikan kerja di Taska sebagai pilihan terakhir.Dapat  tawaran lain terus cabut..

Tercetus  idea kami untuk kumpulkan senarai nama pelajar tercicir dalam SPM dari sekolah Menengah sekitar untuk ditawarkan ikuti training menjadi pendidik Taska. Alhamdulillah, kaunselor dari beberapa SMK terdekat mudah beri kerjasama dan  telah e mel senarai nama pelajar tersebut..Sama-samalah tolong  doakan  semoga Allah redhai dan permudahkan dapat  mendidik mereka menjadi murbbiyah Taska  yang berwibawa..amin..

Alhamdulillah kini  ibu lebih tenang fokus mendidik jiwa-jiwa  yang ikhlas, ada kerendahan hati , berminat dan bersedia menjaga hati  bayi dan kanak-kanak yang bersih jiwa dan fikirannya. Ibu yakin inilah pilihan yang tepat Allah aturkan terbaik untuk ibu sumbangkan kepada  ummah sebelum kembali menghadap-Nya kelak.

Terbaca artikel berharga Dr Dr. Mastura Badzis, Pengarah, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) dari UPSI. Kenapa Jepun maju walaupun pernah menderita dibom di Hiroshima dan Nagasaki?  Menurut beliau;  "Satu kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik Barat   mendapati bahawa pembinaan pemikiran masyarakat Jepun bukanlah disebabkan oleh laungan suara kebangkitan atau paluan gendang lagu membakar semangat, tidak juga tumpuan kepada pencapaian akademik mengorientasi pemikiran rakyat. Akan tetapi ianya berpunca dari keprihatinan dan kepekaan pemimpin dan rakyat negara itu terhadap pembentukan generasi awal. Masyarakat Jepun telah menyediakan generasi mereka dengan daya ketahanan menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, dan mereka juga bertungkus lumus menumpukan perhatian membina daya keintelektualan dan menggarap potensi semulajadi setiap individu kanak-kanak sejak dari peringkat awal perkembangan"
Benarlah pandangan Imam  Hasan Al Basri menyatakan "Mendidik anak di awal  usia bagai mengukir  di atas  batu, ia akan kekal. Manakala  mendidik anak ketika dewasa  seperti mengukir  di atas air, akan hilang.."  Semoga  Allah  mengampuni segala kesilapan  pendidik  dan  ibu bapa yang lalu..

Sebenarnya  peluang  membina tamaddun berakhlak dan bersahsiah terpuji generasi  akan datang amat subur di peringkat Taska. Sebab itu ketika ucapan aluan Presiden semasa penubuhan Kongres Memperkasakan Pendidikan Awal kanak-Kanak Islam Malaysia, bekas CEO Hicom kata seronok dan memang  ada kepuasan  yang luar biasa apabila  kita menguruskan pendidikan awal kanak-kanak.

Tidak ramai para sarjana dan mereka yang berkelulusan Phd  terpanggil  untuk memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak Islam di Taska kerana  menyangka itu adalah tugas 'bibik', pembantu rumah atau  guru-guru  yang  tidak terlatihpun boleh mendidik kanak-kanak seawal usia itu. Apabila sudah  berada  di medan Taska, baru ibu  terasa nikmatnya memanfaatkan  sedikit  ilmu yang ada, kemahiran dan pengalaman dapat dikongsikan di sini..Ya  Allah  amat kasihan, pengasuh-pengasuh  dan pelatih-pelatih ini perlu dilatih dan dibekalkan ilmu  yang boleh menghidupkan  hati , sahsiah, sosio emosi dan akal kanak-kanak di awal usia. Dari sinilah bermulanya ketahanan jiwa dan mental kanak-kanak perlu diransang agar mereka kelak kuat, tabah dan sabar menghadapi cabaran yang mendatang apabila dewasa  nanti.
Rintis Projek Sediakan Bakal  Pemimpin  Ummah  Masa Depan
Apabila ditanya  tentang  'lesson plan' kepada pendidik muda di Taska, kita tidak boleh hampa. Kalau ibu sendiri memang tak sempat nak buat. Seminggu dua bersama mereka, berat mata memandang, berat  lagi bahu yang memikulnya. "kami kerja dari pagi sampai petang..tak macam guru mengajar saja..sini kerja rutin, mandikan anak, pakaikan baju, tidurkan anak, buat susu anak, bagi makan anak, semua kami buat..Lebih-lebih lagi bila kekurangan kaki tangan, sementara  menunggu staff baru masuk kerja, lagilah sibuk". 

Ibu amat memahami, mereka ada keikhlasan namun  rutin  urus anak  lebih menuntut masa dan tenaga  mereka. Ibu terfikir memang perlu diseragamkan bagaimana rutin harian dijadikan lesson plan..sambil mengurus, bermain dan mendidik..
Insha Allah, berbekalkan doa dan sokongan moral semua pihak, ibu akan cuba dan cuba lagi  hingga  merasai  sesungguhnya ada jaminan ketenangan dan kepuasan apabila  kita  berada di taman-taman syurga  dipenuhi oleh ahli-ahli syurga.. Taska ini ibarat taman-taman syurga. Anak-anak  juga adalah ahli syurga  yang perlu kita layani  seperti ahli syurga. Syurga  dunia  adalah ketenangan hati..Insha Allah..

Semua saranan ini perlukan gabungan idea  dari pengurus Taska  yang lebih berpengalaman. Ibu minta  izin dari ALP untuk berkampung  di perpustakaan Shah Alam bersama mereka  yang sehaluan dan sematlamat untuk tampilkan modul yang santai dan mudah diguna pakai oleh semua pengasuh. Semoga  gabungan idea ini memudahkan pendidik termasuk  ibu bapa  di rumah mampu  mentarbiyyah  kanak-kanak di awal usia..

Baru-baru ini rakan Permata  ada maklumkan UNITAR sedang berusaha  mewujudkan Taska dalam Ladang  di  Mersing. Ibu juga pernah kemukakan hal ini kepada  kak Ngah yang juga  pengerusi Peladangnita Ledang..semoga  ada  manfaatnya nanti sebagai ladang amal kita bersama.

Semua  Taska  perlu ada  visi  dan misi  yang hendak dicapai..bukan sekadar  melaksanakan tugas rutin tetapi perlu sama-sama  fikirkan bagaimana  nak lahirkan hamba Allah dan khalifah Allah yang sudah  ada persiapan  di awal usia  untuk benar-benar bertaqwa  apabila dewasa kelak..

Ya Allah bantulah kami menyeru lebih ramai pendidik berkecimpung dan melibatkan diri  dalam medan Taska, agar lebih ramai kanak-kanak di awal usia ini dapat diselamatkan akidahnya apabila mereka  dewasa kelak...Amin  ya Rabbal alamin..Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna  dalam proses  merancang  yang terbaik di sisi-NYa  demi ummah masa hadapan...

ROH mereka KELAPARAN

Segala puja dan puji hanya milik Allah Selawat dan salam khusus  untuk Rasul junjungan... Semua di kalangan kita amat menyakini bahaw...